Monday, December 25, 2006

Nota Mental Selama 3 Hari: Siapa Sebenarnya Menteri Pertahanan?

Banjir terburuk di Johor dalam tempuh 100 tahun. Tuan/puan pun lagi tahu cerita terperinci tentang peristiwa yang belum lagi habis melanda ini. Darihal ribuan tragedi individu. Tuan/puan lagi tahu.

Namun, saya kira tuan/puan tidak perasan bahawa dalam kelam kabut tragedi, krisis, yang menimpa, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kita seakan-akan terkaku. Seolah-olah sama ketandusan idea seperti Perdana Menteri dan Menantunya. Atau mungkin, sama seperti dengan geng bangsawan-baru ini, semua anggota dan pegawai ATM pun turut bercuti.

Di mana command and controlarahan dan kawalan angkatan bersenjata kita yang perlukan berbilion ringgit setahun untuk dibela dan digembirakan? (Mengapa? Menteri Pertahanan masih dilamun ekstasi dan khayal berlaga pipi dengan Salman Khan!)

Ya, saya pasti, pada skala kecil-kecilan ATM pun turut membantu mangsa banjir di Johor. Itu saya tidak nafi. Tetapi saya sebagai rakyat yang pernah bayar cukai merasa kecewa dengan lapuran skala penglibatan ATM.

Tak kan ATM hanya mampu turunkan 120 orang anggota dan pegawai manakala Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia boleh gerakkan 3,000 petugas untuk operasi selamat dan bantu? Apa punya cerita ni?

Ya lah, kalau digebangkan tentang kederasan respons saf kepimpinan dan jentera PAS terhadap tragedi banjir di Johor, pembaca akan tuduh saya over pula. Terlebih promosikan PAS. Tetapi saya ajak tuan/puan secara realistik terokai arkib berita Malaysia, dan sangkal sindiran saya. Jika saya silap, sila beritahu.

Biasiswa dan pembiayaan untuk anggota dan pegawai ATM adalah berjuta setahun. Tak kan lah seramai-ramai yang telah dihantar berkursus di luar negara itu, tada seorang pun yang ikuti kursus pengurusan krisis (crisis management)? Kalau public order (keamanan awam) pun tidak boleh beri sumbangan menyerlah, apakah rakyat boleh harapkan ATM untuk menyelamatkan negara, sekiranya diserang dari luar?

Di mana silapnya dengan ATM? Silap di peringkat menteri? Kalau itulah punca, maka buatlah petisyen supaya ganti/tambah dengan menteri muda. Saya congak, dari kalangan pegawai dan anggota perajurit wanita pun ramai yang layak dan masih perawan.

1 comment:

Anonymous said...

Apapun, setiap deployment mana mana sayap ATM samada laut darat dan udara adalah melalui 'PERINTAH' atau 'ORDER'. Dalam kes ini, pihak ATM tidak boleh sama sekali (dalam skil yang besar) bertindak sesuka hati mereka melainkan atas arahan Menteri Pertahanan.
Secara umumnya, Tentera berbeza dgn Polis yang mana sudah menjadi doktrinnya untuk berada di belakang tabir dalam semua hal kalau boleh.

Namun muthakir ini media memang pantas dan banyak juga yang dibuat liputan tentang penglibatan tentera dalam satu satu aktiviti awam atau menyelamat ini. Dalam satu kes (tak perlu saya nyatakan) yang pertama tama sampai dan menghulurkan bantuan adalah ATM tetapi yang mendapat nama adalah Jabatan lain yang sampai kemudiannya yang mana segalanya telahpun 90% selesai. Namun memang itu sebenarnya yang kami mahu.

Ringkas cakap, masih ada di kalangan kami yang dikebumikan dgn darah masih mengalir dan tidak dimandikan. Saya pasti saudara maklum tentang perkara ini apa maksudnya. Di kala rakyat tidur nyenyak, ada kawan kawan kami yang gugur syahid... Dalam sijil kematian dicatitkan..mati akibat kemalangan jalanraya... Amat pahit untuk kami telan..tapi itulah natijah perjuangan kami... Di sebalik tabir.. Kami berjuang di waktu 'aman' (pada kalian)..kepergian mereka terlalu sensitif untuk keselamatan negara untuk disiarkan, maka perginya kami hanya sebagai mati 'kemalangan'

Bulan lepas sahaja, seorang anak bangsa gugur ketika rakyat sibuk membuat persediaan Hari Raya Korban...nyawanya yang dia korbankan.. Dia sememangnya tabah, kepergiannya tidak berseorangan, ditangannya mampus 4 musuh agama dan negara!! Dan sekali lagi KAGAT menyempurnakannya jenazahnya tanpa dimandikan...darah merah masih mengalir!! Kamu semua tidur enak sahaja di rumah!

Seperti yang saya katakan..kami di sebalik tabir...Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan keadaan negara ini dan hanya Dia tempat tumpuan kami dan Dia Maha Mengetahui sedangkan manusia tidak mengetahui apa apa pun...

Apa maksud saudara tentang 'keperawanan' sebahagian kami ini??

Ampun..

Sekian.