Saturday, December 09, 2006

Hadhari: Fe’el & Nafsu Pemimpin

Saya berani bertaruh segelas teh tarik dengan dua pembaca terawal yang menyahut cabaran, bahawa sepuluh hari dari sekarang, pelayar internet Malaysia akan melupai insiden “ketersasulan” Abdullah Ahmad “menjamah” bahu gebu Michelle Yeoh di Majlis Makan Malam Monsoon Cup.

Abdullah Ahmad bernasib baik kerana bak kata Tun Mahathir, “Melayu mudah lupa.”

Apa pula yang nak di”nasib-baik’kan? Tanya sesetengah pembaca yang pernah melihat gambar insiden tersebut. Bukannya dia buat apa-apa yang bersalahan dengan undang-undang pun! Bentak mereka.

Ya, memang, dari segi undang-undang sekular saya tidak tahu samada apa yang Abdullah lakukan itu salah atau tidak. (Kendati, dari perspektif Islam bukan-Hadhari hukumnya jelas).

Kerana sepengamatan saya, salah atau benar sesuatu insiden dalam hubungan antara-gender itu adalah terlalu subjektif – banyak bergantung kepada ehsan wanita, dan terletak pada pertimbangan “Datuk Balai,” Pengawai Penyiasat (I-O), dan Pegawai Pendakwa (P-O). Kalau salah satu dari tiga penjawat awam ini berkata “salah,” maka salahlah sesuatu khilaf itu.

Itu situasi semasa nilai moral di Malaysia sepengamatan saya.

Malah, nampaknya begitu juga dengan asas undang-undang dan penghukuman – kini sudah berpindah dari mahkamah ke kabinet. Kabinet boleh arah berlaku atau tidak berlaku apa juga yang Abdullah Ahmad dan anak beranaknya suka atau tidak suka.

Toleh saja kepada kes perebutan mayat Rayappan Anthony yang berpunca dari pertikaian status ugama selepas beliau meninggal dunia. Usah lagi bercerita tentang “Artikel 11” kerana kabinet telah membuat keputusan muktamad. Segala JAIS, MAIS, Mahkamah Syariah dan umat Islam Malaysia hanya mampu lopong.

Abdullah Ahmad bekas ikhwan Nasrul Haq (ajaran yang difatwakan sesat) bukan peduli pandangan sesama Islam. Malah pendapat pakar dalam bidang ketenteraman awam pun dia pandang sebelah mata.

Di bawah ialah pendapat peribadi seorang PCK (Pengarah Cawangan Khas) pencen tentang kes Rayappan Anthony.

"PM directs AG to take over in deciding religious status of Rayapan is a direct interference of Syariah domain. It's indeed a dangerous precedence. This is what IFC group wants. Once AG has access in Syariah cases maybe interpreted thats Syariah is subordinated to Civil laws. It's not a case of national importance & doesn't need cabinet inteference!"

Amati bahawa pendapat di atas adalah sedutan dari (kononnya) SMS hamba Allah tersebut, yang mungkin telah di intercept (pintas) oleh pihak-pihak tertentu, dan entah bagaimana telah bertemu jalannya ke wilayah internet. Silsilah mesej mungkin sohih mungkin tidak.

Bertolak dari rempah ratus cerita, dan kembali kepada insiden Iman Besar, Si Lebai Malang Hadhari di Majlis Malam Qiyamulail Tengkujuh, kita dapati bahawa jika insiden yang sama berlaku di negara-negara Barat, pemimpin pasti akan mendapat celaan rakyat.

Ya, insiden seperti yang dibuat Abdullah Ahmad pernah dilakukan oleh perdana menteri Australia kini dan yang sebelumnya. Yang mana rata-ratanya rakyat negara tersebut telah mencela secara terbuka pemimpin mereka.

Sungguh menterkejutkan, kan? Masyarakat Barat yang kita cap kafir, yang kita sangka reput dan dekadans (decadence) moral mereka, pun, mempunyai batas kesopanan.

Langsung saya bertanya – apakah, dan di manakah batas kesopanan Hadhari?

No comments: