Thursday, December 14, 2006

Talkin Untuk UMNO: Semadikan UMNO Di Unit Peti Undi

Maaf, jika saya berbunyi macam cekera padat (CD) rosak (kata orang Kelantan, CD lekat tule [tulang]), mengulang poin yang sama. Tetapi perkara ini penting. Jika aktivis pembangkang tidak faham dan hafal poin berikut, lupakan hasrat melihat UMNO jadi melukut.

Parti pembangkang menang sebilangan besar Unit Peti Undi (UPU), insyaallah kemenangan DUN atau Parlimen adalah dalam tangan.

Perhatikan dari peta contoh di bawah bahawa yang di katakan UPU itu ialah satu kawasan yang lazimnya menggabungkan beberapa buah kampung atau taman perumahan. Dalam kes ini, DUN N33 Pulai Chondong mempunyai 12 UPU “semulajadi” yang wujud dalam peta, dan 1 UPU “jadian,” yang tidak wujud dalam peta, yakni “Undi Pos.”

Dalam peta ini, perhatikan bahawa SPR memberi satu kod rujukan kepada setiap UPU. Sebagai contoh, kod rujukan untuk UPU Pangkal Gong ialah 29/33/05. Bermaksud UPU ini ialah yang ke-5 dalam DUN ke-33, yakni Pulai Chondong, dalam Kawasan Parlimen ke-29, yakni Machang.

Perhatikan juga bahawa UPU Pangkal Gong merangkumi 8 kampung.

Amnya, bergantung kepada faktor geografi dan kepadatan penduduk, sesebuah UPU itu boleh merangkumi 2, 3, 4 hingga berbelas kampung atau taman perumahan.

Ingat, sempadan UPU di tentukan oleh SPR! Dan sinilah, dalam sesetengah kes (tidak semua), SPR boleh dituduh memihak kepada UMNO.

Bagaimana pula yang dikatakan SPR bersekongkol dengan UMNO dalam hal sempadan pilihan raya?

Perhatikan dari peta DUN Pulai Chondong bahawa sempadan sesuatu UPU itu adalah tidak konsisten! Ada sempadan yang dilukis menegak (contoh UPU Kampong Bandar) dan ada sempadan yang dilukis melintang (contoh UPU Pangkal Gong). Malah ada UPU yang sempadannya hanya “seteluk” atau “sejemput.” Lihat sempadan UPU Kedai Pulai Chondong!

Tak nak tanya mengapa sempadan sesuatu UPU jadi begitu, tidak bersaiz dan berbentuk konsisten?

Jawabnya, selain dari kekangan semula jadi faktor geografi dan penduduk, tujuannya ialah untuk memecah belahkan, memisahkan, mengecilkan kumpulan pengundi yang memihak kepada pembangkang. Atau untuk memusatkan, melebarkan kawasan yang mana pengundinya memihak kepada UMNO!

Inilah yang dimaksudkan dengan frasa “pecah dan perintah.” Dan perbuatan ini adalah amalan sejagat oleh parti politik berhati perut jahat yang berkuasa. Istilah untuk perbuatan memainkan sempadan pilihan raya ini dipanggil “gerrymandering.”

Dah? Agak-agak boleh faham?

UPU adalah unit strategik politik dalam ertikata ianya merupakan batu bata bagi institusi yang boleh di panggil “empayar politik.” Di UPU lah sebenarnya medan tempur politik. Kalah menang sesebuah parti politik di UPU adalah pembayang samada parti itu boleh menang atau tidak di peringkat DUN atau Parlimen.

Kerana UPU itulah sebenarnya medan politik, perhatikan bahawa UMNO mempunyai sekurang-kurangya satu cawangan untuk setiap UPU! Fakta inilah penyebab mengapa parti pembangkang seperti PAS tidak dapat mengenyah keluar UMNO dari sesuatu kerusi DUN atau Parlimen.

Hakikatnya, di luar dari Kelantan dan sesetengah daerah di Kedah, PAS tidak mempunyai cawangan di setiap UPU. Cuma di Kelantan, cawangan PAS membayangi jumlah cawangan UMNO. Malah disesetengah tempat, PAS mempunyai lebih dari dua cawangan dalam satu UPU. Konsep ini adalah sama dengan konsep “marking one-to-one” dalam permainan bolasepak.

Apa fadhilat cawangan parti dalam satu-satu UPU?

Jawapnya mudah. Kewujudan sebuah cawangan parti politik memastikan sebilangan undi tegar. Undi harcore.

Ambil PAS sebagai contoh. Jumlah minima ahli untuk menubuhkan satu cawangan ialah 25 orang. Maksudnya, bila ada satu cawangan PAS, paling sikit PAS pada teorinya mempunyai 25 penyokong hardcore. Penyokong tegar.

Itu belum ambil kira suami atau isteri ahli. Yang mana secara mudah boleh diandaikan bahawa di setiap UPU yang ada cawangan PAS, undi minima yang PAS gerenti dapat ialah 50 undi.

Itu masih belum ambil kira penyokong senyap, simpataizer dan seumpamanya. Katakanlah tambah lagi 50 orang, menjadikan jumlah penyokong 100 orang di setiap UPU. Maksudnya kalau DUN tersebut mempunyai 10 UPU dan disetiap UPU PAS mempunyai 100 penyokong, undi minima yang PAS bakal dapat dalam sesuatu pilihan raya ialah 1,000.

Penaakulan (reasoning) di atas ialah pertimbangan yang membuatkan kewujudan cawangan di setiap UPU itu satu kemestian.

Langsung saya bertanya: Sudahkah PAS Selangor, Perak dan Pahang melakukan muhasabah cawangan? Dah ada satu cawangan dalam setiap UPU untuk setiap DUN atau Parlimen yang diidamkan?


Nota: Khabarnya dalam PRU 12 kelak SPR akan menggunakan peti undi (ballot box) lutsinar seperti dalam gambar di atas untuk menzahirkan ketelusan. Peti undi yang bermodelkan apa yang digunakan di Uzbekistan ialah ganti kepada cadangan mencelup jari pengundi dengan dakwat seperti dilakukan di sesetengah negeri.

3 comments:

Anonymous said...

kesilapan sebenarnya, salah hakiki, khilaf yang tulin adalah di pihak kita pembangkang. Kita silap dari segi organisasi politik. >>>> adakah PAS begitu teeruk sekali??? Tak sangka pulak!

Anonymous said...

Jika diamati pada informasi yang dikemukakan oleh penjaga blog ini beliau mungkin saorang PhD (Permanent Head Damage). Jadi sabagai pelayar blog2 dlm IT, saya khuatiri mungkin spin informasi yang beliau cuba ketengahkan adalah bercorak fantasi beliau sendiri, atau ada udang disebalik batu. Boleh dikatakan juga mungkin beliau sebagai Pembunuh Upahan, Askar Upahan dan mungkin dlm katagori A Spice within A Spy (Rempah ratus saorang pengintip).So berhati2

Anonymous said...

wow gold,World Of Warcraft gold,ffxi gil,world of warcraft power leveling wow power leveling,wow gold,World of warcraft power leveling,buy wow gold,wow gold,Cheap WoW Gold,buy world of warcraft gold for cheap Cheap WoW Gold,WoW Gold,world of warcraft gold,WoW Gold,cheap wow gold,cheap wow gold,wow gold
wow gold,wow power leveling.wow power leveling,wow power leveling,world of warcraft gold,world of warcraft gold,wow gold,world of warcraft gold wow gold,wow gold,wow gold,wow gold,wow gold,wow gold,传世私服传世私服, 传奇世界私服传奇世界私服 i2f4b4pn