Monday, April 07, 2008

“KOD TOYOL”: Bibit Kemusnahan UMNO

“Ke-penyu-an” situasi ini terukir jua. Hanya selepas 22 hari kalah teruk dalam PRU 12, barulah tergerak hati Dollah Badawi untuk mengaku bahawa dialah orang yang bertanggung jawab di atas kekalahan tersebut.

Seterusnya, setelah 27 hari mencipta sejarah sebagai khalifah UMNO paling lekeh dalam sejarah Tanah Melayu, barulah Dollah tergerak hati menjawab tuduhan yang dilemparkan Tun Mahahir dan ramai lagi pemimpin veteran UMNO terhadapnya dan Menantu lulusan Oxford yang ber-IQ boleh dipertikai (questionable IQ).

Hari ini saya tidak bercadang membuat appraisal panjang lebar tentang mutu dan relevansi jawapan yang Dollah berikan semalam kepada 1,000 ahli UMNO di PWTC. Saya cuma ingin memperturunkan pengamatan berikut tentang jawapan Dollah:

Dollah sebenarnya bertindak laksana tikus membaiki labu.

Bila diisytiharkan beliau dan Menantunya telah disabotaj oleh UMNO di 14 Bahagian (yang tidak disebut nama) beliau sebenarnya secara terbuka telah mendefinasikan siapa musuh beliau – sekaligus itu menggera mereka-mereka yang terlibat supaya siaga, kalau pun tidak mendorong mereka bersekutu dalam satu plot memastikan dinasti haram yang Dollah cuba bina itu berkecai lumat dalam tempuh terdekat.

Dollah Badawi mungkin tidak minat untuk tahu mengapa UMNO sendiri sanggup mensabotaj beliau, tetapi saya kira ramai pembaca yang curious akan punca dan asal usul penentangan. Dan jawapannya adalah cukup mudah!

Rancangan Dollah dan Menantunya untuk lakukan satu purge, satu pogrom, pembersihan dalaman UMNO secara besar-besaran telah backfire.

Rancangan jahat tersebut yang dikenali dengan nama popular “Kod Toyol” telah terdedah sejak awal lagi. Untuk jasa ini, adalah tidak wajar jika sejarah bangsa Melayu tidak merakamkan terima kasih kepada Ruhanie bin Ahmad, wira Melayu yang telah menyedarkan bangsanya akan malapetaka yang bakal bertandang.

Dengan pendedahan tersebut watak-watak yang menjangka mereka akan tercantas telah melakukan pre-emptive strike, menyerang awal, kalau tidak pun bertindak secara reaktif – kau cantas aku, aku tebas kamu! Kamu gugurkan nama aku dari senarai calun PRU 12, aku pastikan UMNO kalah di kawasan aku.

Episod ini tentang Dollah dan Menantunya membuat saya tertanya akan mutu kurikulum pengajian di Oxford. Tak kan siswa unversiti Oxford tidak diajar hukum alam -- bahawa bagi setiap tindakan akan ada tindakbalasnya – for every action there is a reaction.

Kalau sebelum ini tuan hamba tidak tahu, kini saya sudah beritahu. Maka itu stop whinning! Hentilah merengek. You asked for it.

No comments: