Tuesday, April 08, 2008

Apa Yang Silap Dengan Ratib “DEB, Pembangunan” UMNO? (Bahagian 1)

Bagi Dollah Badawi Anak Beranak Sdn Bhd serta konco-konco, selain dari disabotaj, prestasi buruk UMNO dalam PRU 12 adalah kerana salah rakyat yang “emosional” lagi tidak mengenang budi.

Ini kerana UMNO sekian lama ini bukan saja begitu tekun meratibkan mentera hikmat “DEB” dan “pembangunan” tetapi telah membazirkan berbilion wang negara untuk melaksanakan pembangunan. Ya, tiada siapa, hatta Bangsa-bangsa Bersatu sekalipun, yang dapat nafikan fakta ini.

Maka itu memang wajar Dollah Anak Beranak dan konco-konco bertanya: what went wrong? Apa yang silap? Dan jawapannya cukup mudah, hingga boleh diringkaskan melalui screen capture di bawah.

Orang Melayu serata negara sedar dan faham ditahap keupayaan intelek masing-masing bahawa sehingga hujung tahun 2007, UMNO yang ditugaskan untuk menjayakan misi Dasar Ekonomi Baru telah gagal!

Kesannya, jurang pendapatan (kekayaan) antara kaum tetap luas seperti tahun-tahun sebelum DEB diperkenalkan. (Kini pendapatan bulanan isirumah bukan Melayu, Cina khususnya, ialah RM4,437/bulan berbanding Melayu RM2,711/bulan).

Dan jurang pendapatan isirumah penduduk bandar (RM3,956/bulan) dengan luar bandar (RM1,875/bulan) pun tidak semakin sempit.

Sekaligus ringkasan kedudukan ekonomi isirumah Malaysia menyingkap misteri mengapa rakyat Kelantan menolak UMNO habis-habisan dalam PRU 12 yang lalu, dan selamanya akan terus menolak UMNO yang berpegang kepada falsafah “apartheid” – yang pincang serta pencong -- dalam dasar dan perlaksanaan pembangunan.

Bersambung di Bahagian 2.

Nota: Angka-angka yang digunakan adalah berpunca dari Jabatan Statistik dan Pusat Kajian Strategik Kelantan.

No comments: