Tuesday, November 21, 2006

Dasar Media Mencipta Azhar Mansor Serta Perbezaan Antara Perempuan Melayu Dengan Perempuan Bangsa Lain

Subuh tadi, sejurus meraut muka selepas salam kedua, hati saya tergerak untuk mengambil risiko. Ya lah, bukannya macam sejak blog ini dimulakan saya tidak mengambil risiko -- saya tahu saya mengambil risiko. Tetapi kali ini saya beranikan diri untuk memperkatakan pendapat saya dalam isu gender (isu jantina).

Risiko yang saya hadapi ialah didoakan dek sekian ramai umat perempuan penghuni bumi Tanah Melayu, bangsa Melayu khususnya, agar Tuhan “mengajar” saya. Namun, seperti juga (mungkin) dengan Mukhriz Mahathir, saya timbangkan saya mesti jujur kepada suara hati saya, jujur kepada perkiraan intelek (yang tidak seberapa) saya.

(Berserta risiko saya membosankan pembaca kerana menulis satu komentar yang panjang untuk mengeksplikasikan [explication] sudut pandangan saya).

Tidak seperti isu politik, isu gender tidak mempunyai garis pemisah jelas dari segi puak penyokong, atau siapa yang akan “terkena.”

Merujuk bangsa Melayu, batas dan garis pemisah keterkenaan isu politik ialah penyokong PAS atau UMNO. Terpukulkah Abdullah & Menantunya Sdn. Bhd., dalam berpolemik dengan Tun Dr Mahathir dan penyokong senyap beliau. Itulah batas sejauh mana pembincang akan dipersalahkan atau dikutuk.

Tetapi bila menyentuh isu gender, pembincang akan dinilai bukan saja oleh kaum perempuan, tua dan mudanya, tetapi juga mungkin akan menyinggung lelaki yang punyai ibu, isteri, anak, adik, kakak, sanak saudara, dan handai taulan perempuan. Inilah magnitud (magnitude) risiko yang saya sedang ambil.

“Sex sells.” Seks melariskan. Itulah mentera hikmat di kalangan pengamal bisnes iklan khususnya, dan pengamal media amnya. Yang ralatnya bagi segmen profesional ini, diberi norma masyarakat Timur, pengiklan dan pengamal media sepanjang masanya meniti garis di antara gelojak hasrat ingin laris dan menjaga kesopanan serta susila.

Sehubungan ini, pada hemat saya, lebih dari pihak lain, pengamal media, khususnya bekas editor akhbar; Kadir Jasin, Johan Jaafar, Zainudin Maidin, contohnya, adalah terlalu bersalah.

Dalam tempuh sedekad lepas, akhbar yang pernah mereka terajui telah berjaya mentransfomasikan masyarakat Melayu kepada satu yang terlalu hipokrit, tetapi obses (ketagihan) dengan seks.

Akhbar Melayu adalah terlalu silu untuk membincangkan seks secara faktual dan objektif. Namun editor akhbar adalah terlalu peka bahawa seks melariskan. Langsung, akhbar mencari jalan memaparkan seks -- tidak seks secara objektif, tapi seks secara sensasi. Maka saban hari akhbar menghidangkan pembaca dengan cerita rogol. Membicarakan seks secara sipi.

“Rodok golok” adalah kata asal kepada kata singkat “rogol” yang kini kita semua fahami sebagai seks paksa. Dan inilah cerita (yang dijulang sebagai berita) yang kuat membentuk sikap masyarakat Melayu. Yang daya kesan ceritanya adalah jauh lagi mendalam dari Islam Hadhari yang kini sedang ditekan masuk ke tembolok umat Islam Tanah Melayu.

Selain dari pelaris, akhbar Melayu yang juga menjadi lidah rasmi UMNO adalah bersalah kerana menggunakan cerita rogol sebagai satu sudut untuk mempotretkan PAS sebagai parti manusia biasa, bukan parti manusia berugama. Malah parti manusia-manusia jahat lagi bernafsu buas.

Lantaran cerita pak haji, ustadz, lebai, imam, khatib, bilal, tok siak, guru al Quran yang dituduh merogol akan di letakan di muka-muka depan. Dengan harapan massa Melayu akan menghubungkaitkan secara tidak sedar; "pengamal ugama" dengan PAS, PAS dengan jenayah seks.

Dan gambar mental inilah yang berada dalam kepala Azhar Mansor bila dia mencabar pemberita yang memintanya bersyahadat. Dalam kepala Azhar Mansur, murtad itu tidak jahat. Tetapi rogol itu jahat. Lalu Azhar mengherdik pemberita supaya membandingkan dia dengan perogol.

Sebelum pembaca silap faham, dengan tegas saya katakan bahawa saya tiada simpati sebesar zarrah pun dengan siapa juga yang dituduh merogol kanak-kanak. Saya juga teramat benci kepada siapa juga yang dituduh merogol beramai-ramai. Merogol prempuan cacat. Tetapi saya kadang-kadang merasa simpati kepada tertuduh rogol dari kalangan tunang (yang tidak jadi nikah), teman lelaki, atau kenalan.

Izin saya tanya: berapa ramai di antara kita lelaki yang tidak pernah meletakan sebelah kaki ke dalam penjara jika diambil kira perlakuan dalam konteks (sekular) menjalin hubungan lelaki perempuan. Dalam konteks bercinta, berkasih, atau bertunang. Paling tidak, ramai di kalangan lelaki yang ada semerdekanya kini layak dituduh pernah mencabul kehormatan.

Namun, sebenarnya apa yang membolehkan kita membaca blog ini dari pejabat kita, rumah kita, atau kamar nyaman di kelab-kelab kita, ialah semata-mata ehsan perempuan terhadap lelaki.

Tidak pernah “terusik,” “terpegang,” “teraba,” “terjamah”dan “teramas.”? Tidak pernah? Jangan temberang. Ya, memang diakui ramai lelaki Muslim yang tidak pernah berbuat demikian dalam konteks hubungan gender bukan muhrim, tetapi bak kata arwah P. Ramlee -- terlalu jarang, jarang.

Itu semua perlakuan rutin yang sebenarnya melayakkan seorang lelaki dituduh mencabul. Dan seterusnya jika dilapurkan dan disabit kesalahan, boleh dihukum penjara. Dan risiko inilah yang dhadapi setiap lelaki Melayu dalam perhubungan antara gender. Bermula dari umur remaja.

Ramai yang mungkin tidak setuju dengan ganasnya, jika saya katakan bahawa seks bagi lelaki dan perempuan itu adalah dua komoditi yang berbeza nilainya.

Bagi lelaki permintaan akan seks adalah kerana nilai hakikinya. Sebaliknya bagi perempuan, penawaran seks ialah kerana nilai manupulatif-nya. Jelas satu rajah keluk permintaan dan penawaran yang tidak sempurna. Sentiasanya dalam keadaan ketidaksetaraan (state of disequilibrium).

Hari ini akhbar The Star melapurkan seorang wanita India telah mengheret, membawa saman malu ke atas bekas teman lelakinya di mahkamah kerana si-lelaki telah tidak menikahinya selepas si-perempuan membekalkan seks sebanyak 31 kali dalam tempuh empat tahun.

Alasan perempuan dalam membawa saman. “Saya ditipu. Saya malu dan mengalami keresahan jiwa.” Maka dia mahu mahkamah menghukum ganti rugi dari pihak lelaki.

Woman sues former lover for not marrying her

By CHRISTINA KOH

IPOH: She claimed that she had sex with him 31 times on the belief that they were in love and would marry.

She denied having any ill intention when she recorded the date and place of each sexual encounter from 1998 to 2001.

I had a sexual relationship with him because I loved him. I thought our relationship was special,” said legal clerk S. Nagamah, 38, who is suing her ex-boyfriend R. Punnosamy, 40, for not marrying her.

Nagamah, who claims to have suffered shame and mental anguish, is asking for aggravated damages, exemplary damages, costs and compensation for assault.

Cross-examined by Punnosamy’s lawyer, Abdul Malik Matjudi, Nagamah disagreed that she kept the records of their sexual encounters to prevent him from “running away from me.”

”He deceived me,” she said, adding that Punnosamy had given no sign or warning during their four-year relationship that he would fail to keep his promise.

She testified that Punnosamy had slapped her when he went to her office on July 11, 2002, forcing her to seek outpatient treatment.

During re-examination by lawyer S. Muthuveeran, Nagamah said in the Indian community, it is believed that a couple would not have a perfect marriage if the girl had lost her virginity beforehand.

“By right, a woman is to tell her would-be husband about her background before marriage. I turned down two other marriage proposals for this reason,” she said.

Punnosamy, a legal office administrator, said they were never a couple and that she was “only a friend.”

He denied that he had promised to marry her, saying it was always Nagamah who contacted him and asked him out.

Punnosamy, who had earlier denied in his testimony that he had slept with Nagamah, admitted that he had sexual relations with her “more than 20 times” but only because she had wanted it.

I accept her as a friend, nothing else. I never said that I loved her or arranged any engagement ceremony,” he added.

He admitted that he slapped Nagamah because she had threatened his fiancée at a tuition centre in Teluk Intan.

Judicial Commissioner Mohd Azman Husin fixed Feb 6 for decision.

Sentimen pertama yang menerpa saya bila membaca berita ini – nasib baik kes ini melibatkan bangsa India. Kalau Melayu, sudah lama si-jantan kena tuduh merogol. Maka si-jantan akan merasa penampar, penumbuk dan penendang gratis dalam lokap polis, yang dihadiahkan oleh (mungkin) sesama kenalan selokap, kalau tidak pun oleh pengawai penyiasat.

Pengajaran yang saya dapat dari berita di atas adalah mudah. Bangsa lain akan bertungkus lumus atas daya sendiri, sanggup melabur dalam bentuk kos guaman, demi mendapatkan imbuhan ekonomi. Melayu sebaliknya akan melonggokkan masalah mereka ke meja-meja “datuk balai” kalau tidak pun sebising yang boleh di salah satu sessi Perhimpunan Agung UMNO.

Mungkin sikap yang kita sedang saksikan ini adalah salah satu dari kesan negatif Dasar Ekonomi Baru ke atas orang Melayu, perempuan khususnya.

Semuanya memerlukan bantuan dan subsidi, malah menjadi bebanan kerajaan untuk menyelesaikan apa juga masalah yang melanda. Baik masalah massa seperti ekonomi dan pendidikan, hinggalah masalah malu dan resah jiwa individu yang berpunca dari sendiri silap congak (yang mana boleh diubati dengan imbalan wang ringgit).

Tidak setuju dengan pendapat saya? Sila pertikaikan.

2 comments:

Unknown said...

Bukan setakat Kadir Jasin, Johan Jaafar, Zainudin Maidin yang bersalah, ostad-ostad pun banyak yg menggunapakai teori seks melariskan.

Mengajar agama. Tetapi diselangselikan dengan kelucahan melampau. Kalau jumpa ostad-ostad begini, ambik serban depa , lempaq dalam longkang.

Dalam Islam, bukan solawat 'ala Muhammad wa alihi sahaja yang mendapat ganjaran pahala yang besar, melaknat musuh-musuh Allah (wa la'anaLlahi a'da Allahi zalimihim minal awwalina wal akhirin) juga mendapat pahala yang tidak terkira. Antara musuh-musuh Allah ialah ostad-ostad penjual agama itu. Mereka yang mesti dipatahkan dahulu. Lepas itu barulah nak berkira dengan penganut-penganut ajaran seks melariskan etc etc

n.b. Penjual agama tidaklah termasuk ustaz-ustaz yang menerima token amount of money untuk duit minyak, sikit-sikit habuan untuk anak bini depa nak makan, minum teh tarik dsb..

Mr. Right said...

Betul, semua orang percaya sex sell, but yang penting kita jgn terikut-ikut trend ni.