Memang, bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Mukhriz itu akan menjadi satu subjek sembang hangat diparlimen-parlimen bangsal kopi untuk sehari dua, tetapi sebelum sampai di titik itu, ada satu lagi subjek yang sepatutnya dipolemikkan juga.
Isunya, Pemuda UMNO itu sendiri yang secara terang-terangan telah membelakangkan, langsung tidak memperdulikan, amanat Abdullah A. Badawi dalam ucaptama beliau. Yang mana perbuatan tersebut telah menimbulkan satu rasa takut lagi tidak selamat di dalam masyarakat, terutama di kalangan rakyat bukan Melayu.
Kandungan ucaptama Abdullah A. Badawi semasa
Sila baca sepintas lalu ucaptama-ucaptama 2005 dan 2006, dan mungkin pembaca pun akan bertemu rumusan yang sama seperti dibuat Mukriz.
Berbalik kepada tuduhan saya bahawa Pemuda UMNO itu adalah sekumpulan manusia munafik. Di bawah saya pertontonkan perenggan 65 hingga 67 ucapan Abdullah A. Badawi di
65. GAGASAN KEDUA BELAS: membina perpaduan nasional. Semangat bersatu dalam perjuangan dan semangat berkongsi kuasa, adalah tunjang kekuatan negara bangsa; bermula dari peringkat merintis perjuangan kemerdekaan sehinggalah kepada mengurus sebuah negara merdeka yang berjaya.
66. Akhir-akhir ini kita menyaksikan peningkatan polemik berhubung isu kaum dan agama. Ia telah sampai ke tahap yang mencetuskan kebimbangan. Beberapa faktor menjadi penyebab kepada polemik yang berlaku. Salah satu darinya adalah persekitaran lebih terbuka hari ini yang membolehkan berlakunya perbahasan sehingga terlajak ke peringkat melanggar sempadan isu-isu sensitif menyentuh agama dan kaum. Persekitaran lebih terbuka ini adalah baru kepada masyarakat
67. Membincang perkara-perkara yang sensitif sifatnya perlulah dilakukan secara rasional, dengan dada lapang – fikiran tenang; dalam semangat bersama mengambil tanggungjawab, yang bengkok kita luruskan, yang jauh kita rapatkan, yang renggang kita cantumkan, yang kurang kita lengkapkan. Kerajaan BARISAN NASIONAL telah mengamalkan formula untuk menyelesaikan masalah antara kita dengan semangat muafakat dan pendekatan sederhana selama ini. Sedarilah, persengketaan amat mudah dicetuskan, untuk begitu cepat menimbulkan salah faham. Tentulah itu bukan yang kita inginkan.
Masalah dengan kemunafikkan Pemuda UMNO ialah ia bukan sahaja akan menyusahkan Mukhriz, tetapi sebenarnya boleh membawa bala kepada aktivis parti-parti pembangkang, khususnya PAS.
Sehubungan ini, masyarakat penentang UMNO harus imbas kembali kepada insiden di Stadium TPCA Kampong Baru,
Mungkin sudah sampai masanya orang Melayu yang tidak menyokong UMNO, khususnya PAS mengajar anak-anak muda UMNO jangan terlalu munafik. Untuk permulaan, boikot segala makanan sembelihan UMNO.
No comments:
Post a Comment