Persepsi manusia adalah begitu sifatnya – diberi sesuatu gambar, kita akan tumpu pandang kepada apa yang kita mahu lihat, dan sering pula kita akan fokus kepada apa yang orang lain mahu kita lihat.
Begitulah halnya kita dengan Bajet 2009. Kita cari di mana habuan kita dalam bajet tersebut. Jika ada, dan pada jumlah yang kita nilai ‘selesa,’ kita puji karyawan bajet. Jika sebaliknya, kita akan caci dan nista. Itu di peringkat peribadi.
Dan dalam hal inilah Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar itu tersangat bijak semasa mereka berkuasa dulu. Mereka tahu bahawa rakyat tidak akan terlalu peduli bahagian habuan yang mereka rembat, selagi rakyat turut serta dapat “menumpang tulang dan kuah.”
Walau pun sudah agak lambat, Dolah Badawi, Anak & Menantunya nampaknya sudah mula belajar realiti kenegaraan ini. Jika selama ini mereka bersikap “pulun semua hingga mangkuk pun nak digalas” kini mereka sudah mula belajar tinggalkan “kuah” kepada rakyat. Dah kenyang sangat lah tu agaknya.
Berbalik kepada cerita Bajet 2009, ada beberapa item besar yang saya dapati meragukan dari segi naiwatu dan hasrat sebenar.
Muka depan Utusan Malaysia Ogos 30, 2008. Maka mencurahlah peruntukan ke sektor pengangkutan awam.
Ambil contoh peruntukan kepada pengangkutan awam. Falsafah yang saya amati tentang subjek itu ialah – Belanja, Buat Baru – Belanja, Buat Baru – Belanja, Buat Baru! Langsung tidak sebut usaha atau keinginan untuk membaikpulih aset dan infrastruktur yang sedia ada.
Sikap sedemikian memberi kredibiliti kepada sindiran Tun Dr Mahathir (melalui blog beliau) tentang cara Dolah & Menantunya mengurus aset angkutan awam. Di mana mengikut sindiran Tun Mahathir, demi membolehkan Scomi syarikat Kamaluddin anak jantan Dolah mendapat tender membina bas-bas baru, 1,000 bas milik Rapid KL yang masih elok dan boleh digunakan telah dilupuskan begitu saja.
Rupa rupanya Scomi syarikat anak Pak Lah ada terlibat dalam bisnes buat koc keretapi dan bas. Bertuahnya sektor pengangkutan awam.
Jika sebegitu blatant – terang terangan – Dolah boleh buat kepada harta dan kemudahan rakyat demi mengkayakan anak dia seorang, agaknya berapa banyak item tersorok, kunci harta karun tersembunyi, telah diselitkan dalam bajet tahun depan demi memboncitkan perut anak beranak beliau?
1 comment:
Golongan Swasta Tak Menyumbang Kepada Ekonomi Negara Ke?Sepatutnya Golongan Swasta Yang Dapat Lebih Daripada Kakitangan Kerajaan.Kami Kerja Lagi Teruk!
Post a Comment