Alhamdulillah, mulai hari ini harga petrol turun 15 sen. Umum percaya tindakan Pak Lah mengarahkan penurunan ini ada hubungkait dengan asakan Anwar Ibrahim dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Apa juga alasan Pak Lah berbuat demikian, saya tidak mahu tahu.
Sebaliknya apa yang saya mahu ialah rakyat tahu bahawa sengsara kita menanggung inflasi dalam tempoh dua bulan lepas ekoran kenaikkan mendadak harga petrol adalah kerana salah menantu Pak Lah. Bukan kecil anak punya sengsara, tetapi sengsara mengharung inflasi terburuk dalam tempoh 26 tahun kebelakangan ini.
Kita rakyat sengsara kerana Khairy menantu Pak Lah mempunyai kefahaman cetek yang tidak realistik serta songsang tentang falsafah ekonomi pasaran bebas dan peranan subsidi dalam skema itu. That smart ass has got an unrealistic, shallow and a convoluted understanding of the free market philosophy and the role of subsidy therein. Apa yang jelas menantu Pak Lah mempunyai satu kebencian tidak rasional tentang subsidi.
Walhasil, pengurusan ekonomi
Pengurusan harga petrol sebagai contoh. Khairy bencikan "subsidi am" petrol, maka Pak Lah pun demi menjaga hati menantu arahkan "subsidi am" ditarik balik. Kesannya harga petrol naik mendadak. Tetapi dalam pada itu cuak juga Pak Lah akan libas balik rakyat, maka subsidi langsung dalam bentuk tunai diberi kepada pemilik kenderaan. Tidakkah komedi jadinya kesemua itu? Tangan kanan tarik subsidi, tangan kiri hulur subsidi. Itu satu bab.
Dalam bab yang lain pula, dengan mengambil perspektif yang menyeluruh, ramai pakar ekonomi dan ahli politik berpendapat mereka boleh mengawal-urus harga petrol dalam negara dengan lebih bijak, lebih cakna kebajikan pengguna.
Tetapi dalam bab ini pun saya tidak mahu tahu apa pendekatan dan teknik yang mereka akan gunakan.
(Dan sememangnya pun, hingga hari ini tiada seorang pun dari kalangan yang mengaku boleh turunkan harga petrol jika mentadbir negara telah mendedahkan “resepi” bagaimana harga boleh diturunkan ke tahap yang memuaskan hati rakyat. Tengku Razaleigh tidak beritahu, dan Awar Ibrahim pun tidak beritahu.)
Apa yang saya mahu, ialah melihat harga petrol dalam negara turun ke paras RM2.00/liter sebelum tanggal 31 Disember. Apakah ekspektasi saya itu tidak realistik? Bahkan sebalik!
Dari memerhatikan pergerakan harga minyak mentah dunia (bukan setakat dari geraf-geraf yang dipamerkan di sini) saya menjangka harganya akan stabil dan berlegar dalam julat US$80 hingga US$90 dalam tempoh 6 hingga 12 bulan lagi. Di tahap itu harga petrol di
Satu ekspektasi yang rasional? A rational expectation? Ya. Satu lagi subjek dalam ekonomi yang Khairy nampaknya tidak begitu cerap.
1 comment:
Saudara mungkin lupa kenyataan Dato' Husam berhubung kaedah menurunkan harga minyak? Kaedah penggunaan NGV...
Post a Comment