Monday, August 25, 2008

Tanah Jerlus Di Jalan Bellamy* -- Majoriti Anwar 42,000 Undi

Suspens? Hingga menggigit jari? Ya, saya pun begitu. Terlalu banyak berita dari Permatang Pauh dalam internet dan yang melimpah masuk ka inbox handphone. Hampir semuanya pendapat dan luahan harapan, luahan kekhuatiran, spekulasi atau luahan fear of the unknown.

Kepada apa kita harus bersandar untuk menyaring berita?

Kalau dalam budaya pengajian sekular, kita sandarkan pertimbangan kepada bukti empirik. Namun sayang di Malaysia kita jarang ketemu bukti empirik – bukti sumpah lahanat atau sumpah berkanun kos RM4/= berlambak.

Cuba kita imbas kembali apa bukti empirik yang ada.

Salah satu implikasi, walaupun agak totok yang dapat dibuat dari penemuan-penemuan empirik tersebut ialah “karat biru,” sokongan tegar, di kalangan saki baki penyokong UMNO-BN semasa PRU-12 dulu kini sudah tinggal 11% atau pun paling tinggi 26%.

Maksudnya jika kita jadikan 16,950 orang -- yakni jumlah pengundi UMNO-BN di Permatang Pauh semasa PRU-12 sebagai asas perkiraan, kita akan dapati saki baki penyokong UMNO-BN di Permatang Pauh kini hanya tinggal sekitar 1,800 hingga 4,400 orang sahaja.

  • Di samping penemuan kajian Merdeka Center, pengamatan sepintas lalu (dalam slanga pengajian metodologi kajian di panggil “eye ball test”) mendapati kehadhiran ceramah Pakatan Rakyat berbanding UMNO-BN ialah dalam nisbah 25:1.

Sebagai contoh, wartawan Harakah semalam mendapati kehadhiran sekitar 500 orang di ceramah Dr Hatta Ramli di Seberang Jaya, berbanding kehadhiran 20 orang di ceramah UMNO-BN yang dijalankan pada waktu yang sama di tempat yang terpisah jaraknya hanya 50 meter.

Nisbah ini membayangkan saki baki penyokong UMNO-BN di Permatang Pauh hanya tinggal lagi sekitar 4% sahaja. (Anggaran ini pun tidak boleh di “pooh-pooh”kan begitu saja kerana pengamatan semalam menunjukan hampir semua bilek gerakan UMNO dari negeri-negeri lain sudah pun ditinggalkan kosong. Fenomena ini tidak akan berlaku sekiranya petugas tidak menjangka satu kekalahan besar).

Seperti simulasi sebelum ini, jalan cerita jadual di atas adalah seperti berikut. Bermula dengan undi majoriti yang Wan Azizah perolehi dalam PRU-12 dulu, di andaikan:

(a) tiada pengundi baru didaftarkan,

(b) tiada tambahan pengundi pasif keluar mengundi,

(c) penyokong Pakatan Rakyat semuanya masih setia,

(d) semua undi UMNO-BN yang lari diberikan kepada Anwar, dan

(e) peratus keluar mengundi kekal 81%.

Diberi andaian di atas, sebagai contoh, jika dikatakan saki baki penyokong UMNO-BN sekarang hanya tinggal 11% lagi, maka adalah wajar dirumus paling banyak undi calon UMNO-BN mampu perolehi ialah 1,865. Jika itu sememang berlaku, maka majoriti Anwar ialah 43,559 undi. Itu satu senario.

Kerana kita mempunyai 3 senario saki baki penyokong UMNO-BN yang berbeza, maka untuk menjurus kepada satu pertimbangan saksama, kita harus ambil purata dari ketiga-tiga senario. Dan puratanya ialah Anwar mendapat majoriti sekitar 42,500 undi.

Satu rumusan yang keterlaluan? Sama-samalah kita saksikan kesudahannya esok.

*Nota: Jalan Bellamy, Kuala Lumpur ialah di mana letaknya kediaman peribadi Abdullah Ahmad (Badawi)

2 comments:

ibnmustaffa said...

Sudah lama tidak mendengar berita. Akhirnya hilanglah rasa kerinduan untuk melayari blog mr rudin x yg penuh dengan angka statistik yg marveles.

Harap jangan menyepi lagi.

Anonymous said...

ALLAH telah berkonspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Doa solat hajat Anwar, Badrulamin, Hadi Awang dan Nik Aziz tidak makbul.Laknat yang dipohonkan kepada Najib,IGP, Saiful tidak berlaku. ALLAH menzalimi Anwar, ALLAH anti Anwar.TAKBIR,reformasi.