Monday, August 25, 2008

KEMASKINI: Darihal Mengundang Bala Lewat Sumpah Lahanat

Agaknya niat drama sumpah laknat Saiful ialah meledakkan karisma Anwar Ibrahim. Sebaliknya reputasi UMNO & Barisan Nasional yang termusnah. Agar episod ini menjadi pengajaran bagi semua strategis dan pemikir politik Melayu-Islam hingga ke hari kiamat.

Darihal sumpah Saiful, terdahulu saya telah rumuskan seperti berikut:

Sehubungan, apakah Saiful dan bapanya yang nampak bersikap lebih sudu dari kuah itu masih lagi menunggu dipanah petir? Sebelum mereka mengakui fakta bahawa mereka telah berdusta!

Dan nampak gayanya, bala yang diundang kini telah datang satu demi satu silih berganti. Kalau saksi terpenting upacara tersebut telah tebarkan keraguan, di mana Saiful dan abahnya kini sorokkan muka?

2 comments:

bisu said...

Masih mengenai method... bukan substance..

sila baca...http://ktemoc.blogspot.com/ untuk ulasan seorang bukan islam yang nampaknya lebih faham

Zahar said...

Apa kena mengena kenyataan Imam Ramlang Poriggi dengan bala dari Allah swt? Saya kurang faham.