Thursday, November 16, 2006

Dosa Si-Sufi Palsu (Isu-isu Yang Tidak Didebatkan Di Perhimpunan Agung UMNO ke 57)

Mungkin dalam memplagiatkan tema “The Philosopher King,” yakni idealisma tertinggi tentang kepimpinan dalam budaya Yunani purba; atau dalam menceduk dari keselarian tema itu dalam kesusasteraan tasawuf Islam, konsep yang dikenali dengan frasa “Raja Yang Sufi;” Abdullah A. Badawi memulakan kerjayanya sebagai pemimpin nombor satu orang Melayu dengan menggurindamkan sifat wara’ yang kononnya ada pada dirinya. Beliau mencari Al Ghazali dan As Shafie, katanya. Bukan emas bertimbun.

Tetapi kerana Abdullah bukanlah seorang sufi sebenarnya, maka dia tidak kasyaf (istilah sufi bermaksud, boleh melihat peristiwa yang akan berlaku). Lantaran beliau tidak boleh nampak “makam” (istilah sufi bermaksud, persinggahan/setesyen) yang bakal beliau dan bangsa Melayu yang diheret sama temui. Dalam mencari Al Ghazali (sebutan tepat “Al Rhozali”), kita semua bertemu dan singgah di makam Al Maya Karin. Dan terbaru, kita semua dipertemukan dengan Al Tantuya.

Tun Mahathir, orang yang melantik Abdullah ke kerusi Perdana Menteri kecewa sakan dengan apa beliau saksikan – Abdullah A. Badawi yang telah fana (istilah sufi bermaksud, lebur) dalam buaian kuasa.

Tun Mahathir adalah manusia yang penuh paradoks. Di satu faset, beliau adalah seorang sekularis. Di faset yang lain beliau nampak terlalu ingin menjadi Islamis. Betapa sekian lama telah mencuba mengadunkan, tetapi tidak menjadi. Langsung Tun Mahathir melihat Abdullah A. Badawi sebagai pelengkap yang boleh mewarnai wasawan beliau akan masa depan negara. Di wajah Abdullah, Tun Mahathir terlhat sang sufi.

Kerana seorang sekularis jarangnya kasyaf, maka Tun Mahathir tidak nampak liku dan becak yang beliau bakal saksikan ekoran menabalkan Abdullah. Terkecewa jua Tun Mahathir. Jika Tan Sri P. Ramlee punyai anakku Sazali, Tun Mahathir punyai penggantiku Abdullah A. Badawi. Langsung Tun Mahathir bingkas mengkritik Abdullah A. Badawi.

Perbuatan Tun Mahathir membuat ramai rakyat kebingungan. Maka bertanyalah rakyat bak nyanyi Peter Pan -- apa ada dengan mu?

Semulanya saya bercadang untuk lakukan satu “content analysis” tentang polimik Mahathir-Abdullah untuk menyelami apa sebenarnya intipati. Namun, banyak kali sudah termenung mengenangkan volum kerja yang perlu dilakukan. Mungkin detik hati saya diperkenankan Allah, maka saya terjumpa disenaraikan di laman rasmi Tun Mahathir apa itu sebenarnya yang membuat Tun Mahathir sakit hati.


PENGKELASAN/JENIS ISU

ISU

#1

#2

#3

Penguasaan Kalimullah Hassan dalam NSTP yang berleluasa yang menyebabkan tersingkirnya ramai editor Melayu, jatuhnya jualan dan readership akhbar tertua negara ini.

Ideologi negara

Ejen asing

Khianat negara





Pemberian AP sebanyak 30 ribu setiap tahun kepada dua orang bernama Hanif dan Aziz yang menyebabkan Proton dalam keadaan nazak.

Ekonomi

Rasuah

Khianat negara





Penjualan MV Augusta sebanyak RM 4.50 tanpa tender

Ekonomi

Rasuah

Khianat negara





Pemberian kontrak pembangunan Pelancongan Kesihatan di SJER kepada kepada Parkway (Singapura)

Ekonomi

Ejen asing

Khianat negara





Penggabungan ECM Libra- Avenue Capital yang merugikan kerajaan.

Ekonomi

Rasuah

Khianat negara





Pembatalan projek Landasan Berkembar yang merencatkan pembangunan.

Ekonomi

Karektor






Kecacatan demi kecacatan dalam RMK9

Ekonomi

Bebal

Khianat negara





Fungsi EPU sudah diambil alih oleh Ethos Consultant.

Ekonomi

Ejen asing

Khianat negara





Isu politik wang dan perlanggaran etika berkempen dalam pemilihan Perwakilan UMNO Kubang Pasu.

Demokrasi

Salah guna kuasa






Pelaburan Khazanah Nasional yang banyak mengalami kerugian di luar negara.

Ekonomi

Bebal

Khianat negara





Penjelasan Kerajaan Mengenai Jambatan Bengkok yang mengelirukan dan penuh tanda tanya.

Ekonomi

Ejen asing

Khianat negara





ISU BERULANG (RECURRING ISSUES)




Ekonomi

82%



Demokrasi

9%



Ideologi negara

9%







Ejen asing (Talibarut)


36%


Rasuah


27%


Bebal


18%


Salah guna kuasa


9%


Karektor


9%






Khianat negara



91%



Jadual di atas ialah senarai isu besar yang Tun Mahathir selama ini persoalkan. Idealnya, satu perlaksanaan content analysis memerlukan sepasukan pakar pelbagai bidang untuk merumuskan apakah intipati sesuatu isu. Namun , untuk tujuan parlimen bangsal kopi, kita tidak perlu bersusah payah ke tahap itu. Cukup kita berserta dua tiga orang sahabat berbincang merumuskan apakah intipati sesuatu isu yang tersergam.

Sebagai contoh, isu pemberian AP sebanyak 30 ribu setiap tahun kepada dua orang bernama Hanif dan Aziz yang menyebabkan Proton dalam keadaan nazak.

Siapa juga yang waras, pernah bersekolah ke tahap Sijil Pelajaran Malaysia, tidak boleh tidak akan merumuskan bahawa ini adalah isu ekonomi. Yang sekaligus boleh juga dilihat sebagai isu rasuah. Yang mana kesan perbuatan ini adalah sama dengan perbuatan mengkhianati negara oleh seorang talibarut musuh.

Seterusnya pembaca boleh menilai sendiri jenis atau kelas isu-isu yang lain.

Tidak dinafikan bahawa pengkelasan, atau perbuatan meletakan jenis sesuatu isu itu adalah subjektif, namun dalam itu pun kita boleh mencapai satu rumusan yang objektif. (Itulah matlamat content analysis, mencapai satu rumus kuantitatif kepada gagasan fenomena kualitatif yang berbagai). Pembaca digalakkan mempertikaikan rumusan saya, tetapi setakat hari ini, diberi segala maklumat yang ada, rumusan saya tentang Abdullah A. Badawi dan pentabirannya adalah kekal seperti berikut.

Abdullah A. Badawi (dan menantunya) dalam ketidakcerdikan mereka telah bertindak laksana talibarut musuh, persis ejen asing yang berjiwa rasuah, yang cuba menjahanamkan ekonomi negara.

No comments: