Monday, November 27, 2006

Hadhari (1): Memahami Mengapa Azhar Mansor Enggan Bersyahadah

Seperti jutaan Melayu lain, buat beberapa detik, saya pun tergamam menonton keengganan Azhor Mansor mengucap syahadah bila diminta untuk menamatkan kontroversi dan spekulasi tentang akidah beliau. Yang membuat ramai semakin keliru bila mendapat gambaran mental – Makhluk apa ini? Keli bukan, haruan pun tidak.

Di sebelah malamnya saya tidak dapat tidur. Bukan kerana visual yang saya tonton dikaca televisyen itu terlalu menghantui, tetapi kerana kebetulan malam itu “syurga dunia” saya ditutup buat beberapa hari untuk selenggaraan berkala.

Dalam-dalam saya menunggu azan dikumandangkan, terilham saya persoalan berikut:

  • Mengapa semuka-media (outing) Azhar Mansor ditaja UMNO pada majlis kemuncaknya?

Bagi saya, isu samada Azhar Mansor itu masih Muslim atau tidak adalah sekunder (secondary). Isu ini sebenarnya telah pun lama dulu dijelaskan oleh Sydney Anglican Network. Takkanlah sebuah badan Kristian yang berotoriti berani memandai, sengaja menempah saman malu berjuta dolar Australia, kalau mereka tidak yakin ada kesohihan?

  • Isu primer (primary) bagi saya ialah mengapa Abdullah A. Badawi terlalu beria-ia menonjolkan Azhar Mansor.

Jawapan persoalan ini mungkin dapat digarap dari mengamati rukun Hadhari seperti yang disabdakan Imam Besar Hadhari, Abdullah A. Badawi.

… sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah …

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;

Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah

Kerajaan Adil dan Beramanah

Rakyat Berjiwa Merdeka

Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

Kehidupan Berkualiti

Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Keutuhan Budaya dan Moral

Pemeliharaan Alam Semulajadi …

Perhatikan bahawa seperti juga dengan kepercayaan Kristian, Qadiyani, dan hampir semua fahaman syncretic*, dalam kepercayaan Hadhari, Muhammad bin Abdullah Rasul Allah tidak mempunyai tempat sebagai tunjang kepercayaan.

Oleh kerana syahadat itu merangkumi penegasan bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah, maka tidak hairanlah kalau sebagai Duta Besar Hadhari, Azhar Mansor enggan mengucap kalimah syahadah.

Diberi penjelasan alternatifnya, yang mana jika dibuat oleh seorang Muslim akan dipertanggung jawabkan oleh Allah, maka penaakulan (reasoning) di atas tentang episod Azhar Mansor adalah paling munasabah.

Nota: Syncretic atau sycretism, membawa maksud “kepercayaan olahan dari berbagai ugama.” Lazimnya sesuatu sinkretisma itu adalah juga satu sekte (sect) atau mahzab dalam sesuatu ugama arus perdana. Perkara ini adalah meluas dan tidak terkhusus kepada Islam. Mungkin terjadinya begini kerana dunia ini penuh dengan manusia yang tersilap anggap bahawa tanggung jawab seorang Nabi itu adalah kerja mudah lagi berglamer.

No comments: