Tuesday, November 28, 2006

Hadhari (2): Apa Beza Lembu Dengan Islam?

Saya boleh bayang, tuan/puan pembaca sudah melenting, mahu cekik saya kalau boleh, kerana tajuk posting saya. Semata-mata kerana saya gandingkan Islam dengan lembu. Tetapi sebelum tuan/puan berpeluang berbuat demikian, atau paling tidaknya mengkafirkan saya, saya mohon tuan puan tarik nafas sejenak, dan baca berita berikut dari Utusan Malaysia:

Laporan Khas

Hadhari Cattle kuasai pasaran dalam 3 bulan

SERDANG 25 Nov. – Berkat kerja keras, Hadhari Cattle Industry Sdn. Bhd. berjaya menjadi salah sebuah pengeluar utama produk daging lembu di negara ini, dalam tempoh tiga bulan beroperasi.

Apa yang menarik syarikat bumiputera itu menghasilkan produk-produk yang berlainan daripada produk daging di pasaran.

Ini kerana, produk syarikat itu, yang dikenali sebagai ‘Hadhari Cattle’ dihasilkan melalui penggunaan teknologi terkini, selain mengalakkan pemilik tanah melibatkan diri dalam penternakan lembu.

Pengurus Besarnya, Syed Abdul Rahim Syed Rashid berkata, pasaran produk daging lembu di negara ini amat besar berikutan permintaan yang tinggi dari sektor berasaskan makanan.

‘‘Kita tahu industri daging lembu di negara ini semakin meningkat, khususnya dalam sektor perhotelan, restoran dan pengguna.

‘‘Oleh kerana itu, kami mengambil keputusan menceburi bidang tersebut,” katanya ketika ditemui pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2006, di sini hari ini

Hadhari Cattle memulakan operasi September lalu dan kini mempunyai ladang ternakan seluas 400 hektar dengan 6,000 ekor lembu, selain memiliki pusat penyembelihan sendiri.

‘‘Kami menggunakan teknologi terkini dalam aspek pembiakan, pemprosesan dan pembungkusan yang kebersihannya lebih terjamin,’’ jelasnya.

Syed Abdul Rahim berkata, syarikat tersebut turut menawarkan lembu kepada pemilik tanah khususnya bumiputera untuk diternak bagi memastikan bekalan daging berterusan.

Syarikat itu merancang memasarkan produknya ke peringkat antarabangsa.

Dah reda marah? Baiklah.

Yang sebenarnya apa yang saya ingin katakan disini ialah barisan pembodek dan pengampu Abdullah A. Badawi nampak terdesak belaka. Terdesak dan terlalu inginkan perhatian Abdullah A. Badawi hingga ke tahap hilang pertimbangan dan kewarasan. Sampai sanggup menamakan haiwan ternak mereka –Hadhari Cattle – Lembu Hadhari.

Adakah tersawur di akal, masuk akal, terlintas di akal, bagi seorang manusia Muslim yang waras, untuk meletak taraf lembu dengan Islam Hadhari?

Adakah perbuatan meletakkan nama ini membayangkan penyokong Abdullah A. Badawi itu semuanya kurang siuman? (Kemungkinannya besar, kan?)

Dan soalan cepumas: Adakah Abdullah A. Badawi kembang hidung, bangga dengan lembu yang berjenama “Hadhari Cattle.”? Berbangga kerana penyokong beliau nyata telah menjiwai perkataan“Islam Hadhari” yang dia cipta. Tekaan pembaca adalah sama tepat dengan tekaan saya.

Kalau Abdullah A. Badawi berbangga, maka sah, dia layak digulingkan secepat mungkin. Semolek-moleknya direbahkan bersama dengan lembu-lembu Hadhari lain di pagi Raya Korban kelak.

Nota: Mufti Perak tidak sudi memurtadkan orang yang memberi nama Hadhari Cattle tu?

3 comments:

Anonymous said...

untuk kemajuan dalam apa juga bidang, baik, ekoniomi, politik, pendidikan, bahkan kemajuan agama sekalipun, buruk sangka mesti dijauhkan sama sekali.

saya harap tuan tau apa makna HADHARI tu.

saya bukan penyokong paklah atau mana2 badan politik. Tapi saya masih rasional untuk menilai tentang baik buruk satu2 perkara.

setidak2nya syarikat ini milik bumiputera, dan mampu untuk bantu umat islam khususnya di Malaysia tu untuk amal agama dengan lebih baik, dengan makan makanan halal, penyediaan pekerjaan yang halal, dan mengurangkan pergantungan kepada import dari luar. banyak masalah selesai disitu, kerana syarikat tu sendiri berorientasikan Islam.

Biaq pi la paklah dengan kuncu2nya, yang penting kita ni ade ke selesaikan masalah ummat? maaf kalau terkasar bahasa, tp harap mesejnya sampai.

alieimran@hotmail.com

UMNO PARTI PENJARA said...

Beza antara manusia dan haiwan adalah akal :)

Anonymous said...

Orang2 yang mengampu itu harus menggunakan nama yang berkaitan dengan perkara yang diutarakan oleh Ketua. Tak boleh melawan, kalau melawan maka melepaslah peluang. Apakah ampu mengampu dan membodek itu salah satu dari sikap Hadhari? Pikir-pikirkanlah.