Friday, August 29, 2008

Aku & Permatang Pauh (1): Salah Sangka Kepada Jangka


Dalam penulisan Mustahil Anwar Dapat Majoriti 15,000 Undi? saya telah membuat jangkaan Anwar Ibrahim akan menang dengan majoriti 20,000 undi. Namun realitinya Anwar cuma menang dengan majoriti 15,671 undi -- maksudnya saya telah buat silap, terlebih anggar, pada darjah 22%.

Diakui saya membuat jangkaan dari jauh. Kerana sewaktu dengan tempoh kempen, isteri saya masih lagi dalam pantang, dan kurang sopan jika saya keluar ‘makan angin’ di waktu itu, maka saya terpaksa ikuti perkembangan pilihan raya kecil Permatang Pauh dari Kota Bharu. Mengikuti dari membaca komen dan lapuran internet, dari mendengar lapuran “lintas langsung” atau sms dari kawan-kawan yang berkesempatan berada di tapak untuk turut serta berkempen atau menjalankan kerja-kerja lain yang berkaitan.

Apapun alasannya saya tidak sepatutnya silap ke tahap 22%.

Pengalaman harian saya menunjukan kebencian terhadap Regim Dolah Badawi adalah menyeluruh, malah merebak menjangkiti penyokong-penyokong setia UMNO-BN yang sanggup memberi peluang kedua (second chance) kepada Dolah semasa PRU ke-12 dulu. Yang mana ramai di kalangan mereka kini menyesal sakan berbuat demikian setelah melihat telatah Dolah yang degil tidak mahu akui kesilapan. Malah bebal tidak mahu iktiraf wujud masalah dalam batang tubuh UMNO-BN.

Dalam konteks itu jangkaan saya, 1 dalam 5 atau 20% dari saki baki penyokong UMNO-BN semasa PRU ke-12 dulu akan berpaling tadah adalah satu sangkaan yang agak saksama. Yang mana jika itu berlaku Anwar sepatutnya mendapat majoriti sekitar 20,000 undi.

Malah sangkaan saya bukanlah dibuat semata-mata di alam khayalan. Ia sebenarnya mempunyai benih di alam nyata, berpasak pada fakta sejarah – kali terakhir Anwar bertanding di Permatang Pauh dalam tahun 1995, beliau menang dengan majoriti 23,515 undi.

What went wrong? Or is it that I am getting old hence not getting any sharper? I suppose forecasting has become like what golf or sex has become of me – I am not getting any better it seems.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum'
saya adalah salah seorang penggundi diPRK Pmtg Pauh yang lepas,semasa saya beratur menunggu giliran untuk menggundi,ada dua kejadian yang berlaku didepan mata saya iaitu yang pertama.seorang kakak keluar dari bilik menggundi dengan raut muka yang marah mengatakan namanya telah pun membuang undi.kedua,seorang makcik juga dengan muka yang marah2 menyalahkan pihak SPR kerana seperti mempermainkan dirinya katanya,iaitu lokasi menggundi,mulanya dikatakan lokasi menggundinya diTANAH LIAT,pergi kelokasi TANAH LIAT,apabila dibuat semakan disuruh pula pergi ke SEK MEN MENGKUANG.patah balik ke SEK MEN NENGKUANG,disuruh pula ke TANAH LIAT,kalau macamni lebih baik makcik balik tidoq lagi baik,kata makcik tu......

ibnmustaffa said...

majoriti sebenar anwar pd 1995 adalah 19444.