Ke tahap itulah kurang ajarnya puak Hindraf yang telah mengambil kesempatan suasana rumah terbuka Perdana Menteri untuk menunjuk perasaan, membantah penahanan pemimpin mereka di bawah ISA. Seolah-olah sudah tiada masa lain yang lagi sesuai untuk tunjuk perasaan.
Nampaknya, sudah tiada lagi istilah ‘gencatan senjata’ dalam perbendaharaan kata musuh-musuh Pak Lah. (Mengalah sikap Arab kafir di zaman jahiliyah pra-Islam)
Kalau di zaman Tengku Abdul Rahman perdana menteri pertama dulu, apa juga kelakuan biadap oleh puak-puak yang baru dapat kewarga negaraan akan di maafkan – tak paa – kerana andaian Tengku ialah mereka pendatang baru, masih belum faham sensitiviti budaya Melayu. Dan Tengku paksa orang Melayu lain bersikap seperti dia.
Tetapi kini sudah 50 tahun jadi warga negara pun masih belum faham sensitiviti kaum? Atau Hindraf sengaja ingin tunjuk besar kepala?
Sehubungan, izin saya bertanya bos-bos PEKIDA kumpulan ‘jagoan tengik’ belaan Pak Lah – apakah kamu orang mahu biarkan saja kepala dan air muka bos kamu dipijak-pijak? Tak
Ok-lah, saya setuju ada banyak lagi masa sesuai untuk PEKIDA bertindak balas. Untuk turut raikan budaya baru
Tapi,
Nota: Amati akhbar tidak berani laporkan insiden ini, demi nak jaga hati entah siapa!
2 comments:
tu hindraf ori ke hindraf klon?
pas tu... bila masa lagi nak bersemuka ngan paklah kalau bukan masa tu... masa lain... sah sah tak de peluang nak jumpa...
Kes tak reti bahasa ni bukan berlaku era Pak Lah sahaja tetapi sejak mula merdeka lagi. Kes ini berpunca daripada bahasa Melayu yang tidak dikuat kuasa pemerintah dari awal. Kalau dah reti bahasa tentu tak buat begini. Maksud bahasa itu serta sekalilah dengan adab dan budi.
Post a Comment