Sunday, October 05, 2008

Insiden September 23, 2008: Dijamin Sejarah Akan Kutuk PAS

Pra- dan apatah lagi pasca- PRU ke-12 telah menyaksikan rakyat Malaysia pelbagai kaum menaruh harapan tinggi terhadap PAS. Harapannya banyak lagi berbagai, tetapi amnya dapat dirumus bahawa rakyat berharap PAS:

(i) sebagai pengganti peranan UMNO dalam negara dapat menjadi komponen yang berwibawa dalam ‘Pakatan’ Rakyat, dan

(ii) membawa satu kelainan yang menyegarkan, dapat menghidupkan ideal-ideal tinggi kemanusian dalam pentadbiran dan politik negara, kerana PAS itu dikatakan mendokong ajaran Islam yang syumul (lengkap lagi menyeluruh).

Malangnya rakyat yang terlalu ingin menyaksikan perubahan dalam pentadbiran negara telah meletakkan harapan ditempat yang salah. Menuang harapan ke wadah yang bocor.

Seperti diketahui umum, keengganan Haji Hadi Presiden PAS menanda tangani dokumen perjanjian pembentukkan kerajaan pusat dengan PKR dan DAP pada 23 hb September (seminggu sebelum Aidil Fitri) lepas, telah memusnahkan harapan rakyat untuk keluar dengan pantas dari kebuntuan sosio-politik yang mencengkam negara kini.

Sekaligus itu, keengganan Haji Hadi membayangkan terlalu banyak perkara yang pincang lagi tempang dengan saf kepimpinan PAS.

Untuk semua tujuan praktis, rancangan penubuhan kerajaan pusat Pakatan Rakyat yang telah ditunda dari September 16, kepada September, 24 telah gagal kerana pada sidang tertutup tiga pemimpin -- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Haji Hadi Awang dan Anwar Ibrahim -- di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Haji Hadi bukan setakat enggan berkerjasama, sebaliknya datang dengan minda tertutup.

Lebih buruk dari tu, Haji Hadi datang melakunkan watak ‘spy leman’ (penyuluh) UMNO.

Sepatutnya diperjumpaan itu Haji Hadi mendalami dan fine tune, menala halus road map penubuhan kerajaan pusat ‘Pakatan’ Rakyat; sebaliknya, beliau lebih menyungguh untuk dapatkan senarai 33 wakil parlimen Barisan Nasional yang telah bersetuju menyertai ‘Pakatan’ Rakyat.

Dan saya bersetuju sakan dengan layanan kelas tinggi yang Anwar Ibrahim gunakan untuk menepis permintaan bertubi-tubi Haji Hadi untuk memperolehi salinan senarai keramat itu.

Menoleh kepada YB Saifudin Nasution yang turut hadhir, Anwar yang tersenyum berbisik “Din … minta senarai.”


Menatap senarai yang diunjuk, dengan rentak yang sengaja dilambatkan untuk meningkatkan suspens, Anwar bacakan nama teratas “... Si Polan.”


Sambil tersenyum, mata Anwar mencari mata Haji Hadi. Direnungnya mata itu untuk beberapa detik. Mata milek empunya yang tidak begitu tinggi IQ-nya. Mata milek empunya yang masuk ke bilek mesyuarat dengan hati tidak senang, tidak redha, kerana Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz telah tidak melayan permintaannya supaya dibenarkan Dato’ Halim Ismail bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan turut hadhir sebagai ‘pengeras semangat.’


Anwar kembali kepada senarai lalu dibacanya lagi “... Si Polanah.” Dan sekali lagi matanya mencari mata Haji Hadi.


“Cukup … cukup” seakan menjerit bunyinya Tuan Guru Nik Aziz yang tiba-tiba mencelah kerana tidak tertahan lagi melihat adegan Anwar memperbudak-budakkan Haji Hadi. “Tidak perlu baca habis … ini bukan isu … isunya setuju atau tidak setuju!”

Begitulah khabar yang digossip hangat di sesetengah rumah terbuka hari raya tahun ini di Kota Bharu, Kelantan, tentang klimaks perjumpaan September, 23.

11 comments:

CERITA BONUS CNI said...

ENTAH LAH KOT?

Anonymous said...

cammana boleh jadi lagu ning

Lot 250 said...

http://lot250.blogspot.com/2008/10/ceramah-perdana-di-kota-bharu-9-oktober.html

ibnmustaffa said...

Amboii, mcm le iq dia bergeliga sgt.

Harap, cukuplah setakat itu wahai si rudin menghina ketuanya sendiri, atau dia tidak mahu berketuakan seorgn ulama dari terengganu?

Semacam saudara, ramadhan yg lepas 'ter'lepas begitu shj. harap jgnlah begitu.

Maaf zahir dan batin.

ps- jgn taksub sgt dgn anwar, bahaya,.....

Anonymous said...

Hoi Mangkuk...mana u ambik cerita ni oii...kalau takat u ambik kat mimpi u tu...tak payah siar dalam blog la

Anonymous said...

Aku rase le... lebih baik kau bele kambing je. Leh kaye tau. Tok sahlaa.. mung duk bebel dalam komputer ni. Kompeng mung dok kaye...

Anonymous said...

Jika benar apa yang dicerita ini berlaku maka memang malang bagi umat Islam Melayu di Malaysia ini.

kita tidak mengambil pelajaran daripada sejarah bagaimana pemimpin Islam (sesudah Nabi dan Para Sahabat) mentadbir negara mereka. Mereka adalah bukan hanya seorang ulama tapi dan strategis politik dan panglima Perang yang cekap dan terbilang contoh seperti Salahuddin Al-Ayubbi (pemimpin yang berfikiran licik demi keuntungan umat Islam)

Politik dahulu tidak sekompleks politik sekarang yang penuh dengan tipu muslihat dan strategi. Jangan terlalu lurus bendul. kadang-kala hari ini tidak memihak kepada kita tapi esok mungkin milik kita.

wassalam

harap paham-paham je lah...

Anonymous said...

Nama nya pun MIMPI ....Takan mimpi hang semua nak caya . Ini kan blog mimpi...semua yang ditulis lebih kepada mimpi...orang tua-tua kata kebanyakkan mimpi daripada syaitan..so kalau blog mimpi dikuahatiri banyak daripada fitnah syaitan....HINDARKAN...

Anonymous said...

Memang bodoh betul tindakan Haji Hadi ni. Dulu kafirkan UMNO, skarang nak jadi best fren pulak.

Sebenarnya cerita ni mmg betul pun.

Haji Hadi ni dah berkali-kali ditegur oleh ulama2 ikhwan seperti Qardhawi dan Rashid Ganoushi agar support Anwar tapi dia lebih suka dengar kata Mustafa Ali yang dah lapok tu!

Aku mmg taknak Ulama Trengganu jadi pemimpin aku TAPI aku nak Ulama Klantan yg sorang tu yg jadi pemimpin aku..sebab dia cerdik lagi.

Anonymous said...

Bila Haji Hadi nak pakai tali leher dan berkot seperti Mustafa Ali? Bila lagi pulak nak keluarkan fatwa kafir mengkafir edisi kedua?
Hello brother hadi, rock brother! Lets jump to the sky! Heavy metal thunderrrrrr

Anonymous said...

pe la yang stopa ali ni buat kat mung hadi weyyy!!! stopa, stopa,,,mu ni ranking no 2 org yng plg dibenci lepah khairy 'beruk' jamaludin ...hadi?? sendirik mau igt la...