Thursday, October 02, 2008

Pekan Tenda Amerika Syarikat

Sewaktu dunia sedang dikagetkan oleh usaha kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menyelamatkan Wall Street (gantinama bagi industri kewangan AS) dari kebankrapan dengan meluluskan usul bantuan US$700 billion, BBC melaporkan pekan-pekan tenda (tent cities) telah pun muncul akibat runtuhnya industri gadaian rumah kediaman (mortgage industry) di AS.

Menjadikan tenda sebagai ‘rumah’ di pekan-pekan tenda adalah alternatif terbaik bagi pemilik-pemilik rumah yang telah dihalau keluar, dengan rumah dirampas oleh pihak bank ekoran kegagalan mereka membayar ansuran bulanan. Alternatif satu lagi ialah merempat dijalanan (homeless).

Punca utama fenomena ini ialah kemelesetan ekonomi AS (yang faktanya cuba disorok) akibat negara itu menanggung kos perang terhadap Islam (juga dipanggil ‘perang terhadap keganasan’) yang sudah berlarutan hampir enam tahun di Iraq dan Afghanistantanpa tanda-tanda mencapai kemenangan.

1 comment:

Pa'chik said...

hahaha...

tapi.. ada yang bising menyamakan pelan menyelamat amreka dengan pelan menyelamat serikat anak beranak... hohoho...

padan je ngan muka penjahat... Islam tak yah buat apa kat amreka... bengkrap sendiri...