Wednesday, October 08, 2008

Oops ... Maaf, Silap Teka -- Pak Lah Memang Bersara

Diakui saya silap. Pak Lah telah umumkan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO.
Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden
08/10/2008 5:28pm
KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.
Tekaan saya dalam artikel Bertanding Juga Pak Lah Akhirnya terbukti meleset. Ya lah, apa tidaknya, sejak mula pegang jawatan Perdana Menteri, Pak Lah telah acap kali cakap tidak serupa bikin. Itulah sebabnya saya tercenderong untuk memihak dengan pendapat ramai atau 'maklumat kelas satu' yang berlawanan dengan apa yang Pak Lah cakap atau isyaratkan.

Sehubungan, saya teka Datuk Ron orang kuat UMNO Bahagian Parit Sulong, Johor, pun akan menotakan ralat di atas kesilapan yang dibuat dalam artikelnya di blog Kuda Kepang.

Sebelum mengakhiri kalam, izin saya ingatkan pembaca untuk notakan bahawa 24 jam dalam politik adalah tempoh yang terlalu lama. Dalam tempoh ini macam-macam boleh berlaku. Apatah lagi tempoh empat atau lima bulan. It is as good as eternity.

5 comments:

Gelombang Rakyat said...

Biarlah kita silap teka.

Nama lagi teka-teki.

Usahlah kita tersilap mengangkat pemimpin pengganti berikutnya.

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Berita yang amat sedih di terima.. sama ada esok orang akan bersuka ria kemungkinan minyak akan turun lagi atau orang akan sedih dan terharu dengan pengumuman Pak Lah ni... apa pun... selamat sejahtera buat PM kita yang ke-5..

Tetapi heran kenapa kata Paklah Ni kesinambungan dari Perdana Menteri yang Ke-2? apa persamaannya? mungkin kerana perletakkan jawatan? atau tidak bertanding???

Apa pun satu keputusan yang tepat buat masa kini...


Salam mesra,

Anonymous said...

agak sedih juga dengan berita pengunduran Pak Lah kerana menjangkakan dia akan mempertahankan jawatannya.

apapun,saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah menjalankan tugas sebagai PM.

Unknown said...

blog di sini mengatakan yang Pak Lah bertindak bijak kerana dengan mengumumkan untuk tidak bertanding dan akan berundur pada Mac 2009 mungkin akan terdetik di hati bahagian-bahagian UMNO di seluruh Malaysia untuk mencalonkan Pak Lah.

mungkin ada kebenarannya tapi itu masih bukan salah Pak Lah kerana dia tidak memaksa bahagian untuk mencalonkan malahan sebaliknya bahagian yang terbuka hati dan dengan rela mencalonkan Pak Lah.

Panglima Perang Cyber said...

saya pun rasa Pak Lah akan kekal Presiden.

Sbb utk kebaikan kita.

kecuali ada Mr Clean II datang...