10. Tabik saya kepada peranan duta muhibah yang Datuk Seri mainkan.
10.1. Menjadi jambatan silaturahmi di antara PAS dan DAP, yang kalau tidak kerana kebijaksanaan Datuk Seri, mustahil mereka dapat duduk semeja, apatah lagi berkompromi (… touch wood) dua parti politik yang prinsip perjuangan masing-masing adalah terpisah dua khutub.
10.2. Juga saya (sederhana) kagum melihat kebolehan Datuk Seri menjadi ‘juru bahasa’ kepada dua entiti (PAS dan DAP) yang laksana ayam dengan itek bezanya, dengan masing-masing berbangga akan bahasa politik tersendiri, hingga dapat mereka berkomunikasi ke tahap boleh mencapai kata sepakat dalam beberapa hal penting.
11. Diplomasi, diplomasi juga. Tetapi pada hemat saya, peranan duta antara dua ideologi yang Datuk Seri mainkan sejak dua tahun kebelakangan ini tidak semestinya merangkumi peranan Datuk Seri menjadi seorang martyr.
11.1. Mengorbankan nyawa politik Datuk Seri sendiri demi menjaga keharmonian hubungan antara parti politik bukanlah satu opsyen, pilihan, yang bijak.
11.2. Dan sebelum sampai ke titik itu, perbuatan membisu memendam rasa – internalizing failures not of your doing – bukanlah satu keputusan yang waras sepenuhnya. Kerana dengan berbuat demikian, persepsi kredibiliti Datuk Seri di mata hati masyarakat yang menaruh harapan akan menggelincir deras.
12. Hingga hari ini penyokong tertanya-tanya mengapa Gerakan September 16 gagal menjadi kenyataan. Kemudian itu di tunda pula keberlangsungannya kepada September 24; pun, masih juga tidak menjadi. Ini membuakkan rasa kecewa di dalam dada penyokong yang berharap.
Berkongsilah Dengan Dunia Apa Masalahnya
13. Kegagalan menepati dateline atau mencapai milestone (tanda kemajuan) sesuatu projek bukanlah perkara-perkara yang menghairankan saya. Tetapi apa yang menghairankan saya ialah kegagalan Datuk Seri menjelaskan kepada rakyat -- baik secara langsung, mahupun secara proksi, hatta secara drama diplomasi -- mengapa hingga hari ini Pakatan Rakyat masih belum berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan.
13.1. Jika rancangan terbantut kerana Pak Lah telah membuang negara (buat sementara) 33 ahli parlimen Barisan Nasional yang bakal memeluk Pakatan Rakyat – beritahulah begitu. Berterus teranglah dengan rakyat. Kerana bukan semua penyokong punyai kepintaran untuk menangkap implikasi dari aksi-aksi seni sebegitu.
13.2. Sebaliknya, jika kehadiran fizikal 33 ahli parlimen Barisan Nasional itu hanyalah satu formaliti sunat, memadai dengan dokumen penyataan hasrat yang mereka tanda tangani secara individu, tetapi hakikatnya PAS dan/atau DAP yang menjadi batu penghalang (atas apa juga alasan dan songel mereka) -- maka katakanlah begitu. Beritahulah apa sebenarnya berlaku.
13.3. Sehubungan, izin saya ulang apa yang saya bilang sebelum ini -- tiada ertinya Datuk Seri mengorbankan kredibiliti politik Datuk Seri demi menjaga air muka Haji Hadi Awang (topeng Mustafa Ali) dan/atau Lim Kit Siang.
14. Ingat Datuk Seri, rukun akidah teratas utilitarianisme, yakni falsafah politik yang Datuk Seri sedang
15. Maka itu silalah Datuk Seri persetankan Haji Hadi, Kit Siang, Karpal Singh atau sesiapa juga yang menjadi penghalang kepada kelunasan aspirasi rakyat.
… bersambung.
2 comments:
Salam Tuan,
Bukankah sekarang kita menunggu Parlimen bersidang semula pada 13 Oct.? dimana pada hari ini undi tidak percaya kepada PM akan di buat seperti yang di war-warkan sebelum ini?
Sok sek dah berdengung seantero Malaya, PAS keberatan dengan idea DSAI.. benarkah PAS diwujudkan untuk jadi pembangkang..?
Post a Comment