Sunday, November 05, 2006

Setengah Dozen Kat Sini, Enam Kat Sana, Singapura Tetap Menang!

Antara punca perang besar antara Tun Dr Mahathir dengan Abdullah Ahmad ialah pembatalan pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau. Mengikut penjelasan Abdullah Ahmad (Bardawi) kepada rakyat, pembatalan ialah kerana Singapura meletakan syarat persetujuan laksana hantaran meminang Puteri Gunong Ledang. Khususnya syarat Johor mesti menjual sejumlah pasir untuk membolehkan Singapura menambak laut bagi membesarkan kawasan negara itu.


Baiklah, kita terima penjelasan Abdullah Ahmad (yang dipercayai sebilangan besar rakyat sebagai bercakap ajuk apa yang dituturkan menantunya). Tetapi apa hal pula dengan berita di bawah: Zon Khusus Untuk Rakyat Singapura.


STAR November 4, 2006

Special zones for foreigners

News update from The Star Newsdesk


JOHOR BARU: Foreigners can live in designated Free Access Zones (FAZ) and travel to work in Singapore without being subjected to immigration and customs checks under the South Johor Economic Region (SJER).

According to the SJER's Comprehensive Development Plan, Johor Baru and Nusajaya have been identified to house the FAZ.

It said smartcards would be used to facilitate movement of residents in the FAZ.

The FAZ is based on the concept of providing a 'seamless' work and living environment between Johor and Singapore.


Apa cerita ni, Perdana Menteri? Sekali cakap bahawa kita tidak rela menjual bumi (pasir) Tanah Melayu kepada Singapura. Tetapi, selang tidak sampai tiga bulan, kerajaan Tanah Melayu dengan rela hati telah membolehkan Singapura membesarkan pulaunya dengan jalan menswastakan sebahagian dari bumi Johor!


Ungkapan “six here half a dozen there” adalah simpulan bahasa yang lazim digunakan oleh masyarakat “redneck,” yakni kelompok tidak terpelajar khususnya di kawasan pendalaman wilayah selatan Amerika Syarikat. Simpulan bahasa ini membawa maksud “dua kali lima”. Dalam konteks komentar ini, mesejnya yang ingin disampaikan oleh simpulan bahasa ini ialah -- melalui kaedah mana sekalipun, Singapura telah berjaya mengintegrasikan Malaysia ke dalam wilayahnya.


Persoalannya kini ialah mengapakah Pentabiran Abdullah bergitu bersusah payah untuk menyenangkan dan memakmurkan Singapura? Agenda siapa ini?


Adakah agenda ini dimanifestokan oleh UMNO-BN semasa PRU 2004 dulu?

2 comments:

A Voice said...

Kami org Johor tuntut UMNO Johor yang sedang mengadakan Konvensyen pada hari Ahad dan Isnin ini supaya menyokong tuntutan DYMM Tuanku Sultan Johor untuk merobohkan Tambak Johor yang merupakan legasi penipuan penjajah terhadap negeri Johor.

Kami juga tidak setuju dengan rancangan K(haz)ianat untuk SJER mengadakan Free Access Zone, pihak berkuasa otonomi SJER, memberi keutamaan kepada pelabohan & lapangan terbang singapura, dan menjadikan JB bandar satelit & tempat berhibur untuk Singapura.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Andin Salleh said...

Salam,

Saya tidak pasti sama ada titah Sultan Johor supaya Tambak Johor dirobohkan itu patut dilihat sebagai sesuatu yang serius atau sebagai lawak sahaja.

Bagaimanapun, saya tidak lihat kewajarannya pendapat itu disokong, kecuali jika kita hendak berfikiran suntuk seperti baginda.