Umph. Umph. Ummmmph. Sudah pun dijangka, UMNO Kelantan mempunyai agenda tersembunyi dalam menjadikan Lojing sebagai isu [1]. Nyata sekali dalam hal ini, kepentingan UMNO Kelantan di Lojing tergugat kerana -- ikut cakap khabar angin -- kemungkinan besar tanah yang dikurniakan kepada KADA [2] akan ditarik balik oleh Kerajaan Negeri kerana aktiviti pertanian di tapak itu telah mengkhianati alam sekitar [3].
Untuk memahami isu ini, pembaca perlu ketahui bahawa Ketua Perhubungan UMNO Kelantan adalah juga Pengerusi KADA [4], [5], [6]. Dan terbaru watak yang sama telah juga dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Negeri yang “mengawalselia” Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP) [7], [8], menggantikan Mustapha Mohamed [9].
Ketua Perhubungan UMNO Kelantan = Pengerusi KADA = Pengerusi JPP.
Hanya seorang wali mampu mengawal nafsu serakah bila hampir segala kuasa politik dan ekonomi negeri tertumpu ditangan dia seorang [10]. Tetapi adakah Ketua Perhubungan UMNO Kelantan itu seorang wali? Soalan ini, saya kira pembaca adalah lagi arief akan jawapannya [11].
Berbalik kepada cerita KADA, sayang sungguh, agensi kerajaan pusat yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan petani (Melayu-Islam) Kelantan nampaknya sudah berlaku curang. Lagi selesa menyusukan kera di hutan. Yakni, tanah pertanian prima Lojing itu telah disewakan kepada pengusaha sayur bukan Melayu dari
Isy, isy. Balik-balik modus operandi yang sama [12]. Kalau tidak Ooi [13], Wong [14]. Kalau tidak pun segala Tan, Gan, Teo atau seumpamanya. Khianati kepentingan Melayu-Islam miskin, tidak boleh tidak, mesti guna bangsa bukan Melayu.
Persoalan saya, bagaimana hasil sewa/pajak tanah KADA di Lojing diperakaunkan? Masuk ke akaun KADA semua hasilnya, atau ada ketirisan di mana-mana?
No comments:
Post a Comment