Friday, April 20, 2007

Tentang DUN N11-Ijok: Sedikit Ole-ole Dari Kelantan

Selepas memahami graphik statistik di atas, saya janji, pembaca akan faham mengapa UMNO-BN kini tersangat takut dengan pilihan raya kecil N-11 Ijok.

Perkara pertama yang pembaca kena faham tentang statistik di atas ialah angka-angka (a) majoriti rasmi dan (b) majoriti sebenar, yang terhasil dalam pilihan raya umum (PRU) 1999 (ke 10) dan 2004 (ke 11).

  • “Majoriti rasmi” adalah merujuk kepada angka jumlah lebihan undi yang UMNO-BN dapat, seperti diumumkan SPR melalui media arus perdana. Bagaimana angka ini diperolehi? Jawabnya mudah. Ianya adalah hasil undi UMNO-BN dapat, tolak undi DAP/PKR dapat. Contoh, dalam tahun 1999, UMNO-BN dapat majoriti 3,166 undi (6,567 – 3,401 = 3,166).

Adakah angka “majoriti rasmi” melambangkan sentimen sebenar sokongan warga DUN Ijok terhadap UMNO? Jawabnya – tidak!

Ini kerana dalam setiap PRU, ada satu pesaing bebas (parti bebas) turut serta. Dan faktor ini, kita mesti ambil kira dalam menilai sekuat mana cengkaman pengaruh UMNO-BN di Ijok.

  • “Majoriti sebenar” ialah angka yang kita dapat jika kita tolak jumlah undi semua pembangkang (arus perdana + bebas) dari undi yang diperolehi UMNO-BN. Contoh, dalam tahun 1999 dulu, majoriti UMNO-BN yang sebenar ialah hanya 1,921 undi, dan bukan 3,166! (6,567 – 3,401 – 1,245 = 1,921).

Sehubungan ini, perhatikan bahawa dalam kedua-dua PRU, ada seorang calun bebas berbangsa Melayu telah masuk bertanding. Dalam tahun 1999 calun tersebut ialah Mohd Yusof Abdul Rahim [1], manakala dalam tahun 2004 calunnya ialah Mohamed Shariff Nagoorkani [2].

Tak nak tanya mengapa setiap PRU mesti ada satu calun bebas Melayu masuk bertanding? Ahhh … nak dapat natijah kepada perincian bab ini, tuan/puan kena baca ulasan Sang Kelembai [3], [4]. Sang Kelambai orang UMNO (buat sementara ini Dolah pecat keahlian dia), tambah pula dia orang Selangor. Maka dia lagi arief bab cerita dalaman.

Dan bagi saya orang PAS yang memerhati Ijok dari jauh (belum turun lagi sebab tengah bergenuak dengan kerja yang semacam tak mahu siap-siap), kehadhiran calun bebas bangsa Melayu adalah berpunca dari salah satu atau gabungan sebab berikut.

  • Rumpun Melayu Ijok selama ini memang rasa terhina dan tidak puas hati kerana mereka dipaksa memangkah calun bukan Melayu, walhal majoriti warga Ijok adalah dari rumpun Melayu [5].
  • Pergeseran dalaman UMNO Kuala Selangor adalah sebegitu dasyat, hinggakan mereka sanggup sabotaj parti sendiri dengan cara menaja calun bebas dalam PRU sebagai tanda protes.
  • Sememangnya selama ini wakil rakyat bukan Melayu telah mengkhianati kepentingan rumpun Melayu Ijok yang telah berkorban, sanggup memberi mereka laluan atas nama “demokrasi campuran” palsu yang didokong UMNO.

Apapun sebabnya terjadi fenomena calun bebas, ayuh kita ke hakikat kedua yang dibawa statistik.

  • Perhatikan bahawa undi UMNO-BN telah menurun sebanyak 1,354 dalam tahun 2004, berbanding 1999.

Soalan: ke mana pergi 1,354 penyokong UMNO-BN dalam tahun 2004?

Jawapan mudah ialah 1,354 penyokong UMNO-BN telah memboikot PRU 2004, yakni telah tidak keluar mengundi, atas sebab-sebab yang belum sampai ke pengetahuan kita. Walaupun jawapan ini mempunyai intuitive appeal, saya secara peribadi merasakan bahawa itu bukanlah jawapan sepenuhnya.

Saya syak, sebahagian dari angka itu telah “dieksport” ke DUN lain, seperti ke DUN Khir Toyo atau ke DUN yang pernah diwakili Hassan Ali (Sungai Burong) untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO-BN di sana.

Kalau mereka betul telah dieksport, baguslah [6]. Kerana kini sudah terlambat untuk membawa mereka pulang, dalam ertikata memasukan kembali nama mereka ke dalam daftar pemilih Ijok. Lainlah, kalau SPR masih lagi ingin bermain dan berlaku curang.

  • Fakta seterusnya ialah peningkatan 163 undi yang diperolehi pembangkang. Selanjutnya, amati bahawa jumlah undi rosak pun menurun!

Kita rumus maklumat yang kita fahami setakat ini dan superimpose kefahaman ini dengan perkembangan terkini.

  • Implikasi ketiadaan calun bebas kali ini ialah undi pembangkang kini sepadu.
  • Hajat terpendam Melayu Ijok kini terlunas. Pembangkang menawarkan calun Melayu yang berwibawa. Malah terlalu berwibawa. Lantaran wayang "momok" lama -- arnakisme wal huru hara -- mesti dipertontonkan [7].
  • Tanpa faktor Dolah, menantu Dolah, anak jantan Dolah, faktor Mahathir, dan dogeng Altantuya, sokongan terhadap UMNO-BN di Ijok selama ini sudah menurun pun.

Diberi rumusan di atas, apakah firasat tuan/puan akan keputusan PRK ini? Atau kini faham mengapa terjadinya "kekecuhan" di hari penamaan calun?

No comments: