Tuan/puan pembaca yang saya hormati dinasihatkan jangan percaya apa yang saya cakap di sini.
Tuan/puan ambil telefon tu, dan hubungi sendiri markas gerakan PAS/PKR Ijok. Tanya sendiri, betul atau tidak talian talipon ke markas telah di potong. Harfiahnya dawai telefon dikerat, dicuri buang. Depa panjat tiang telefon dan potong dawai. Pasang pagi, petang hilang. Pasang petang, malam sikit kerat. Semata-mata kerana UMNO-BN tidak mahu petugas di markas dapat berhubung dengan dunia luar, khususnya mendapat input dari aktivis pembangkang di internet.
Kerana itu pihak kita terpaksa menggunakan peralatan satelit seperti gambar di atas untuk membolehkan saf petugas mendapatkan maklumat dan hujah bernas dari tuan/puan di internet untuk disebarluaskan ke pengundi Ijok.
Kiranya tuan/puan kini semuanya dah jadi “terroris intelektual” dari segi ideologi dan pemikiran yang tersangat digeruni UMNO-BN [1]. Aaaamin!
6 comments:
Harap-harap penduduk di Ijok dapat bezakan antara syaitan dan manusia.
Adakah ini dinamakan demokrasi ???
Memang sah perbuatan ini sangat memalukan rakyat Malaysia yang dianggap berpendidikan/pelajaran.
pakdin, pinje gambar 'urut ubat saiz' tu. nak letak di blog.
Tuan "pa'chik" silakan.
Wahhh.... nampak sangat pelawoknyooo. Ini peralatan satelit di makmal komputer sekolah.
shifu67
membohong biar betempatlar.
g sekolah balik.
Post a Comment