Wak Gimin, Wak Arjo, Wak Pandi.
Tuan-tuan warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok tahu tentang sumbangan besar tuan-tuan dalam pencarian saya akan paksi jatidiri. Saya belajar pati geni [1] dari tuan-tuan. Saya berbai’ah Yaasin 40 [2] dengan tuan-tuan. Isteri tuan-tuan adalah ibu-ibu saya. Anak cucu tuan-tuan adalah handai taulan yang saya raikan.
Si Halid Brahim, anak tuan-tuan, adalah saudara saya.
Sebagaimana juga tuan-tuan, darah yang mengalir dalam diri Halid adalah UMNO. Ya, memang Halid kini sepentas dengan PAS. Tetapi itu kerana Halid sayangkan UMNO. PAS adalah ruhul Islam UMNO yang hilang. Ruh yang terbuang dalam UMNO mabuk mengejar dan bertuhankan dunia.
Tentunya tuan-tuan masih ingat, bahawa jawatan, Ketua, UMNO Bahagian Kuala Selangor adalah tahta yang tuan-tuan berazam hadiahkan kepada Halid.
Halid anak tuan-tuan yang nilai pencapaian dan jasanya adalah sebukit emas. Namun tuan-tuan pun tahu, bahawa Abu Hassan Omar sipenzina tua [3], [4] telah berkhianat, langsung menafikan Halid tempatnya yang hak.
Ketika itu tuan-tuan sudah pun berdiri di belakang Halid menyokong usaha anak tuan-tuan itu merebut kerusi Ketua Bahagian. Kerana Halid itu berjiwa harmonis, Halid mempercayai cakap Abu Hassan Omar. Lalu Halid menarik diri dari bertanding, memberi ruang kepada Abu Hassan bertahta sepenggal lagi, dengan janji Halid dijadikan Timbalan tanpa bertanding. Abu Hassan Omar nyata seorang pembohong. Tetapi Halid tidak pun mengeluh bila dikhianati.
Bukan kerana Halid pasrah dengan nasib. Tetapi kerana jiwa Halid adalah lebih besar dari kerusi Ketua Bahagian. Kerana UMNO yang Halid jiwai adalah lebih besar dari ke-entengan rebutan kerusi dan jawatan dalam parti.
Hari ini Halid memakai baju Keadilan dan berdiri sepentas dengan PAS. Kerana inilah jalan yang difikirkan afdhol untuk merefomasikan, meg-islah-kan UMNO yang telah rosak nilainya sampai ke tulang hitam. Seperti tuan-tuan, Halid sayangkan UMNO. Dan kerana sayanglah maka Halid terpaksa tangan-tangankan UMNO. Terpaksa tinggal-tinggalkan.
Selagi UMNO terus menang, selagi UMNO merasakan dunia ini mebujur lalu melintang patah, selagi itu UMNO tidak akan muhasabah diri. Selagi itu UMNO tidak akan terlintas untuk insaf dan pulang ke pangkal jalan. Yakni, UMNO pulang ke titik UMNO yang tuan-tuan pernah kenali.
Sokongan tuan-tuan kepada Halid bukan setakat mampu menyedarkan UMNO yang telah hanyut dalam kebobrokkan, tetapi tuan-tuan juga akan merangsangkan semula generasi cucu cicit tuan-tuan yang telah ter-disilusi. Bahawa ada manfaatnya berpegang pada adat dan ugama. Beridealisme tinggi. Berusaha keras. Menyumbang kepada negara dan rumpun bangsa. Karna mereka tahu, tuan-tuan datuk moyang mereka akan tidak teragak-agak mengiktiraf pencapaian dan jasa mereka.
p.s. Hadiahkan Ijok. Balasannya saya endorse ke-Shogun-nan Najib. – Tombei Sang Kabus.
No comments:
Post a Comment