Monday, April 02, 2007

Nawaitu Suaka Politik & Nasib Islam Hadhari

Pletfom pemfitnah Malaysia, yakni internet, kini sedang rancak mengkhabar-anginkan bahawa Dolah sudah membeli sebuah(?) rumah di Australia [1], [2], [3]. Saya tidak bercadang mempertikaikan kesohihan gosip ini, kerana saya tahu dari rekod trak yang lepas-lepas, gosip ini akan terbukti benar dalam tempoh terdekat. Selepas, sebagaimana biasa, Dolah membuat penafian keras, kalau tidak pun cubaan membelit [4], [5] .

Darihal mempersiapkan rumah di Australia ini, dua perkara terlintas di kepala saya.

  • Belum apa-apa lagi, Dolah dan Keluarga Bahagianya sudah bercadang untuk mencari perlindungan politik atau suaka politik. Kata Inggeris, political asylum [6]. Belum apa-apa lagi sudah bersiap untuk lari. Begitu tidak yakinkah Dolah dan barisan penasihatnya bahawa UMNO pimpinan Dolah akan menang besar dalam PRU ke 12 kelak? Atau mungkin Dolah dan Menantunya sudah tidak yakin bahawa mereka boleh bertahan dalam UMNO itu sendiri. Yang mana sejurus tersingkirnya mereka dari tampuk kuasa, mereka akan dilayan laksana anggota kasta terbawah masyarakat Hindu kuno, yakni, pariah [7].

  • Kasihan jiran-jiran baru Dolah di Australia, kerana nilai hartanah mereka akan merudum ekoran kemasukan Dolah sebagi jiran. Ya lah, apa tidaknya, suasana damai taman perumahan ekslusif mereka mungkin akan berserabut dan bergetar dengan segala macam demonstrasi atau bantahan dari pihak-pihak yang menjejaki Dolah atau Menantunya kerana inginkan mereka diadili. Kalau tidak itu pun, rumah Dolah tentunya akan sentiasa dikunjungi pelawat dari kalangan penganut Islam Hadhari yang datang untuk solat berjemaah atau sekadar mencari barokah wal syafaah. Sekurang-kurangnya satu sudut rumah akan dijadikan surau demi melepas ketagihan Dolah menjadi imam. Dan pembaca boleh bayangkanlah betapa Australia itu alergik dengan Islam [8].

Nawaitu Dolah menghabiskan sebahagian besar masa depan beliau, sisa-sisa hidup, di Australia sekaligus membawa implikasi berat terhadap masa depan Islam Hadhari [9]. Apakah nasib ugama itu, yang mana di negara lain ianya dipanggil dengan nama – Islam Liberal [10], [11]? Mampukah Islam bentuk ini yang pertama dicadangkan oleh The Rand Corporation sebuah think tank kafir yang berpengkalan di Amerika Syarikat bertahan di Malaysia [12]? Apa akan jadi kepada segala khalifah-khalifah atau wakil mursyid Islam Hadhari di Malaysia [contoh: 13]?

Sebagai seorang Islam tradisional yang kalau nak dipanggil, orthodoks, pun, saya tidak marah; saya akui tidak tahu jawapan persoalan-persoalan di atas. Tetapi apa yang saya tahu ialah janji Allah dan hukum Nya akan tetap terlaksana jua [14]. Mungkin di zaman ini atau di musim ini kita tidak faham dengan tepat apa yang Allah wahyukan. Mungkin untuk satu tempoh yang panjang, berkurun lamanya, daya fikir manusia tidak dapat menduga apa yang Allah maksudkan sebenarnya. Contoh mudah, cerita Al-Quran tentang "langit" yang mana kata ini boleh diertikan dari pelbagai sudut, termasuk konteks modern -- atmosfera [15], [16], [17].

Langsung membuat ramai menyangka bahawa kenyataan dan perkhabaran dari Allah itu tidak lebih satu dogeng. Semata-mata karya-karya cakap pindah, ulang sebut mitos-mitos sezaman Muhammad s.a.w. Mencerminkan mindset Arab purba. Lantas memerlukan hadhari. Memerlukan tafsiran yang serasi dengan nafsu hegemoni puak Zionist-Amerika ke atas dunia. Namun, saya yakin di tahap setiap molekul kewujudan saya, bahawa dalam alir masa, seperti yang Allah janjikan, setiap kebathilan dan segala niat buruk itu akan tertonggeng jua – terhumban jauh, sampai mungkin ke Australia.

9 comments:

Anonymous said...

Tuan Rudin, tolong bagi tahu alamat url untuk terjemahan Quran di atas.

Sekian, Jazakallah.

Tok Mudim.

Anonymous said...

Tuan Tok Mudim,

URL khusus kepada ayat tidak ada. Cuma URL kepada injin carian. Sila gunakan rujukan nombor [14] dalam posting, atau link ini

http://www.islamicity.com/QuranSearch/

Di akui terjemahan ayat 2:29 dalam posting ada sedikit berbeza dari terjemahan "piawai" yang di luluskan JAKIM. Saya ada beberapa motif memaparkan ayat itu.

1. Sebab ianya datang dari sumber yang paling senang dirujuk dalam internet. Sekaligus dengan itu menunjukan concordance ayat-ayat bagi perkataan / konsep yang di cari. Kepuashatian tentang terjemahan boleh disemak dengan naskah kegemaran Quran terjemah yang ada pada pembaca. Saya jangka kaedah ini adalah common bagi kebanyakan pembaca yang menggunakan internet bila merujuk tentang Quran.

2. Mencuit perhatian pembaca yang peka bahawa "terjemahan" bagi sesetengah ayat Al Quran adalah berbeza, kadang2 meragukan. Dari pengalaman saya yang terbatas ini; sesetengah perbezaan nampak "tidak berdosa (innocent)" manakala sesetengah pula mirip sengaja ingin mengelirukan.

Tekaan saya Tuan kurang senang dengan terjemahan ayat yang merujuk kepada event yang mengikut giliran (in the order of speech), yakni langit, selepas mengkisahkan penciptaan apa yang ada dibumi. Tiga penterjemah Inggeris menterjemahkan segment ayat 2:29 ini dalam tiga versi.

and has applied His design to the heavens -- M Asad

Moreover His design comprehended the heavens -- Yusuf Ali

Then turned He to the heaven -- M Picktall.

Perhatikan beza nuasa maksud terjemahan2 di atas. Saya sendiri lebih gemar kepada kefahaman M Picktall.

Sila nyatakan secara khusus apa yang Tuan Tok Mudim ada terbuku dihati tentang posting ini amnya, dan ayat ini khususnya.

Salam.

Rudin X

Hasrul Halid said...

Assalamualaikum Tuan Rudin Dan Tuan Tok Mudim.

Harap saudara dapat juga meneliti link yang saya berikan ini. TQ.

http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=2&nAya=29&t=mal

Anonymous said...

Tuan Hasrul halid,

Terima kasih kerana memberi link.

Salaam.

Rudin X

Anonymous said...

Hmm... tak ada apa masalah... Cuma saya rasa kurang senang dengan terjemahan "Dia berkehendak menuju langit"... agak pelik bunyinya.

هو - Dia, dhamir
الذي - yang
خلق - telah menjadikan, fiil madhi (past tense)
لكم - bagi kamu (jama' - plural)
ما - segala apa
فى الأرض جميعا - yang terdapat di bumi, kesemuanya
ثم - kemudian, ni ayat sambung ni, menunjukkan selepas itu
استوى - to be equal (properly) well done, iaitu sama juga kehendak-Nya
ألى السماء - ke atas langit (hatta = zaid makan ikan hatta (dengan termasuk) kepala-kepalanya sekali, ila = zaid makan ikan ila (hingga setakat) kepalanya.
ف - maka
سواهن - sama juga keadaannya (dijadikan-Nya)
سبع - tujuh
سماوات - lapisan langit

"Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menujukan kehendak-Nya ke arah [ ila ] (bahan-bahan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit dengan sempurna...intaha".

Perkataan (سبع) - tujuh, dan (سبعين) - tujuh puluh, adakalanya dimaksudkan "banyak secara umum, iaitu tidak terhad.

Jadi, dengan pengetahuan hari ini, tujuh atau سبع yang dimaksudkan ayat adalah PELBAGAI atau banyak lapisan langit. Jadi terjemahan yang lebih tepat dengan pengetahuan hari ini::

"Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menujukan kehendak-Nya ke arah [ ila ] (bahan-bahan) langit, lalu dijadikan-Nya PELBAGAI LAPISAN langit dengan sempurna...intaha".

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam.

Tok Mudim.

Anonymous said...

Tuan Tok Mudim,

Terima kasih atas penjelasan. Kiranya firma Allah itu, bila ianya mula hendak difahami merentas bangsa dan bahasa manusia, banyak bergantung kepada tahap penguasaan bahasa Arab sipenterjemah, level of language development (tahap terbangunnya bahasa itu sendiri), laras bahasa, editorial dsb. Dalam kes ini, sah nampak bahawa hilang sebiji dua perkataan dalam ayat terjemahan, maka lari sakan maksud.

Saya amati bahawa terjemahan Tuan akan segmen ayat 2:29 adalah hampir selari dengan Picktall.

Bagaimana pun saya kurang bersetuju dengan terjemahan Tuan akan persamaa "tujuh" dengan "pelbagai lapisan" kerana masih ada lagi LAPAN ayat yang mengulang cerita yang sama. Kiranya dalam konteks ini, ada baiknya jika kita ambil falsafah dan metode Ibnu Katsir dalam menterjemah atau kupas sesuatu Firman. Yang boleh disimpulkan sebagai cari 4 lagi firman dan 4 lagi hadith yang membawa mesej yang sama. Dan bagi saya yang tidak pakar bahasa, baik Arab atau Melayu, maksudnya lay Muslim, maka saya kenalah berpuas hati dengan terjemamah literal / harfiah sesuatu ayat itu.

Terima kasih kerana sudi meluang masa dan buah fikiran di blog ini.

Salaam.

Rudin X

Anonymous said...

Kalau tidak silap kelapan-lapan ayat menggunakan kalimah Sab'a. Kalimah sab'a (tujuh) dan sab'in (tujuh puluh) ini, kedua-duanya ADAKALANYA dalam bahasa Arab membawa maksud "banyak" atau "tidak terhad". Maknanya bila ianya digunakan dalam bahasa, seseorang yang memakainya boleh bermaksud banyak atau tujuh (pada makna biasa) - ambiguous meaning.

Ada satu lagi lagi ayat yang menerangkan keadaan galaxy bahawa "kamu akan dapatinya berkembang" - saya tak ingat ayat surah mana... Maka dengan pengetahuan hari ini, yang betul adalah KALAM ALLAH. Begitu banyak galaxy yang ditemui menjelaskan kebenaran ayat tadi. Juga dengan bantuan teleskop, maka ahli yang terbabit menjumpai galaxy yang sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

Kalau kita lihat Tafsir Jalalain, dia menyatakan langit pertama itu di bulan, langit kedua di planet dan sebagainya hingga 7. Ulama ini tidak salah kerana ia mentafsrikan berdasarkan pengetahuan pada masa itu. Pengetahuan hari ini kita dapati semua lapisan langit dengan had bulan dan planet-planet yang disebut oleh Imam Jalalain itu hanyalah di bawah satu galaxy, iaitu galaxy bima sakti.

Saya berpendapat bahawa makna yang dimaksudkan dengan sab'a dalam ayat ini dan juga kelapan-kelapan ayat lain, tetap membawa maksud pelbagai lapisan atau banyak lapisan langit.... Ini adalah lebih wajar dengan pengetahuan manusia pada hari ini akan hal keadaan galaxy.

Dan yang benar itu, demi sesungguhnya, adalah kalam Allah.

Wassalam.

Tok-Mudim

Anonymous said...

Tambah sikit yang di atas tadi, tujuan hanya berbincang sahaja... dalam memahami kebenaran al-Quran.

Kalimah samawaat itu adalah kalimah jama', maksudnya plural. Jadi, dengan sab'a yang boleh membawa 2 maksud (iaitu 7 atau banyak), dan samawaat (yang bermaksud plural/jama'/banyak)... maka BANYAK yang kedua itu lebih tepat dengan pengetahuan hari ini, pada pendapat saya.

Wallahu A'lam.

Tok-Mudim.

Anonymous said...

Tapi jangan silap faham... maksud saya kedua-dua maksud sab'a itu betul... 7 atau banyak... Itulah hebatnya kalimah-kalimah di dalam al-Quran.

Dengan hadits shahih nabi saw, seperti hadits isra' - mi'raj, kita tahu 7 lapisan langit sebagaimana yang disebut ayat.

Dalam konteks ilmu astronomi... makna banyak itu lebih betul... banyak lapisan galaxy, dan betul lagi dengan keterangan ayat lain bahawa langit itu berkembang - kerana kita dapat bukti pemerhatian saintifik bahawa galaxy itu berkembang.

Cuma... di manakah had lapisan langit pertama itu? Allah Ta'ala sahaja yang mahu tahu, dan hamba-hamba-Nya yang diberitahukan sedikit pengetahuan berkenaan, khususnya Nabi kita Nabi muhammad saw sendiri. Yang pastinya keterangan dalam tafsir Imam Jalalain bahawa langit pertama itu dibulan tidak lagi "updated".

Adakah 8 galaxy yang telah ditemui (sistem kita bumi ini di dalam galaxy bima sakti, galaxy pertama) masih lagi belum capai had langit pertama?

Banyak sungguh soalan yang memeningkan saya...:-)

Sorryla mengganggu dengan bahasan yang semacam ini.

Wassalam..

Tok-Mudim.