Monday, April 30, 2007

PRK DUN Ijok di mata Rudin X

Dalam tempoh 24 jam selepas keputusan PRK diumumkan, saya dapati sakan analisis bernas, kokokkan bongkak dan rintihan pilu yang telah dibuat tentang mengapa PKR kalah atau kenapa UMNO-BN menang.

Namun saya masih tetap dengan hipotesis awal saya (sejak belum ditiup wisel pertandingan pun) bahawa keputusan pilihan raya di Malaysia – umum atau kecil – sebenarnya bergantung besar kepada:

  • keupayaan parti bertanding mencatur penyokong (supporter/voter mobilization), dan
  • darjah persekongkolan SPR dengan UMNO-BN di sesuatu kawasan yang dipertandingkan.

Malah darihal SPR, kalau tuan/puan amati, terciptanya blog ini pun sebenarnya didorong oleh rasa ingin membincangkan atau mengutarakan aspek-aspek “janggal” perjalanan SPR yang difikir menjejaskan mutu demokrasi di negara kita.

Berbalik kepada Ijok, jika tuan/puan perasan, sejak awal lagi saya telah pun mengkiaskan (hint) kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung dengan PRK ini bahawa logistik adalah faktor penentu kalah-menang PRK ini. Logistik, maksudnya paling tidak menyelesaikan isu-isu berikut:

  • Siapa pengundi.
  • Di mana pengundi.
  • Dari arah mana pengundi akan datang.
  • Bagaimana, dengan kenderaan apa pengundi akan sampai.
  • Di mana pengundi ditempatkan, makan minum serta penginapan mereka.
  • Imbuhan penat lelah pengundi yang datang.
  • Kaedah sampai ke tempat untuk berkempen.

Malah segala apa juga yang bersangkutan dengan logistik pengundi. Dan segala-galanya bermula dengan daftar pemilih dan kerja cula.

Rumus saya tentang PRK ini ialah Keadilan menang tipis dari segi pengundi bermastautin, tetapi kalah besar dari segi pengundi dari luar. Segala pemikiran saya tentang Ijok adalah berpunca dan dirumus dalam jadual di atas.

Sila klik di sini untuk membaca analisis saya yang agak panjang tentang keputusan PRK Ijok. Pembaca juga boleh e-mail saya untuk mendapatkan analisis ini dalam versi “pdf” atau fail MSWord (doc).


Nota: Di peringkat peribadi saya cukup berpuashati dengan outcome doa saya sehubungan Ijok. Saya seru langit dan bumi bertepuk menterpenyekkan UMNO-BN, tetapi cuma siling dewan Kementerian Pembangunan Usahawan di Putrajaya saja yang runtuh. Kira orait sakan lah tu.

2 comments:

joe penang said...

Tak bolehkah kita memulaukan PRU12? Kita cuma bertanding di satu dua negeri seperti kelantan, Kedah, Kelantan & Pulau Pinang. Semua jentera BA kita mobilised kat sana saja.

Biarlah dunia melihat apa sudah jadi dengan demokrasi(baca daddy PM yg kasi).

Maybe brader ada idea lain? Ada pro & con idea saya? silalah komen

A Voice said...

Sir or Mem

I have nominated you for the Thinking Blogger Award. To accept the Award, do refer to my blog and its link for the purpose and rule of the memetag.

Thank you.