Wednesday, October 08, 2008

Bertanding Juga Pak Lah Akhirnya

Datuk Ron orang kuat UMNO Bahagian Parit Sulong, Johor, mengesahkan Pak Lah akan mempertahankan jawatannya dalam UMNO. Sila baca butiran dan plot drama ini di blog Kuda Kepang.

Mengejutkan? Tidaklah sangat. Kerana dua-tiga hari sebelum ini pun tuan/puan sebenarnya telah mencapai kata sepakat akan outcome (kesudahan kisah) ini.

Tinjauan pendapat yang berada di kolum kanan blog telah diklik, dijeling, sebanyak 3,268 kali. Tetapi hanya 27 pelawat (0.8%, tidak sampai 1% pun) yang sudi mengambil bahagian. Tidak kisahlah kadar kesudian mengambil bahagian yang rendah, kerana bagi saya yang berpandukan petua-petua sains persampelan, darjah ralat (kesilapan) tentang rumusan yang bakal dibuat berdasarkan 27 responden ialah disekitar (+/-) 20%.

Bagi saya hasilnya jelas: 67% (dalam julat 47% hingga 87%) dari pemerhati perkembangan politik Malaysia meramalkan Pak Lah akan bertanding. Soal apa maklumat, apa kaedah penilaian, apa wahyu yang membuatkan seorang itu sampai ke rumusan tersebut, itu cerita lain. Yang pentingnya, rumusan majoriti – Pak lah bertanding!

Samada Pak Lah bertanding tanpa regu, bertanding dengan Najib sebagai regu, atau bertanding dengan regu yang belum dinamakan, itu semua bertanding namanya.

Langsung membawa kita kepada acara kedua dalam pesta ini – adakah Muhyiddin Yassin akan mengambil sikap ‘do or die’ (buat atau mati) dengan menawarkan diri bertanding jawatan presiden UMNO sekiranya Najib enggan (takut) dilihat melawan penghulu?

5 comments:

Anonymous said...

tidak hairan jika Pak Lah mengambil keputusan untuk bertanding kerana dia masih lagi mempunyai sokongan yang padu dari penyokong-penyokong beliau samada kita suka atau tidak dan itu adalah fakta.

Anonymous said...

Saya setuju dengan copycat..
Pak Lah memang berhak untuk bertanding kerana beliau masih mendapat sokongan padu daripada penyokongnya. Jangan pedulikan bermacam-macam khabar angin yang bertiup dan dahan pokok yang digoyangkan oleh monyet. Saya yakin Pak Lah masih mampu mempertahankan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO...

Unknown said...

mungkin pada petang ini Abdullah akan mengumumkan jika beliau tarik diri dari bertanding atau tidak.

tapi telah banyak kedengaran ura-ura beliau tidak akan berundur dan akan terus bertanding bagi jawatan yang dipegangnya sekarang.

jika itu benar maka penyokong beliau boleh menarik nafas lega.

Anonymous said...

Sudah2lah buat tuduhan liar. Pak Lah dah pun umum tak akan bertanding lagi dan letak jawatan Mac ni.

falckonfaherty said...

Casino City - MapyRO
Welcome to 경주 출장마사지 Casino City, home 제천 출장마사지 of the world's 청주 출장샵 most popular casino games. 안양 출장마사지 Play over 1200 of the latest and greatest slots, table games, and 거제 출장마사지 more.