Saturday, April 07, 2007

Isu Lojing: Bila Orang Baik-baik Belajar Belawok (Berbohong)

Visual di atas ialah gambar satelit kawasan Cameron Highlands di Pahang. Perhatikan contrast warna dalam gambar. Gradation [perbezaan cerah gelap sesuatu warna yang sama] warna hijau membayang tahap berapa banyak pokok telah ditebang di permukaan bumi. Warna putih-kelabu membayangkan bahawa kawasan tersebut telah gondol tiada berpokok lagi. Tapi apa pula dengan tompok-tompok merah, kuning dan coklat dalam gambar di atas. Adahkah perbezan warna membayangkan bahawa bukan setakat pokok telah digondolkan, malah bumi juga telah dijentolakkan, ditarah, mungkin untuk dilanskapkan laksana Hong Kong. Mengapa pembesar UMNO tidak menjadikan pemerkosaan alam sekitar Cameron Highlands satu isu penyelamat akidah Islam Hadhari [1]?

Bila kita berkhutbah tentang alam sekitar, yang mana subjek ini adalah salah satu dari rukun teras Islam Hadhari, sebenarnya, adalah tidak sah rukun khutbah jika kita tidak sebut tentang Cameron Highlands. Sehubungan ini, adalah digesa barisan pembesar UMNO Kelantan, yang mana Kelantan adalah tanah tumpah darah mereka, supaya berhenti dari mencaci nista diri sendiri [2]. Ludah ke langit tidak ke mana jatuhnya geriyok (kahak), kalau tidak ke muka sendiri [3].

Visual di atas dan yang berikutnya adalah perbandingan muka bumi kawasan Lojing yang digegak gumpitakan itu dengan Cameron Highlands Pahang yang disepikan seribu bahasa. (Mengapa, takut kena tulah Tengku Wong, ya?) Pembaca digalakkan menyaksikan sendiri visual-visual asal hasutan dan pembohongan pembangkang ini dari Google Earth [4]. Garisan putih dalam gambar membayangkan sempadan negeri. Manakala garis kuning membayangkan jalan raya.

Maka itu saya bertanya pembaca -- kemarukkah saya jika bertanya: Ada apa dengan mu UMNO Kelantan?

1 comment:

Anonymous said...

Mana artikel baru.? Terhenti lama...

Tok Mudim