Tuesday, January 09, 2007

Batu Talam: Belum Lagi Bertanding PAS Sudah Pun Berjasa Kepada Rakyat

Sehingga pukul 6.00 petang Januari 9, 2006, PAS masih belum mengumumkan samada akan bertanding atau tidak dalam PRK Batu Talam.

Kelewatan mengumumkan penyertaan ini timbul bukan kerana PAS tidak bersedia, samada dari segi calun atau jentera, tetapi kerana ada satu isu besar yang masih belum diselesaikan oleh pihak yang berkepentingan – isu ketelusan dan kesaksamaan SPR.

Darihal ini, PAS sebenarnya hanya ada satu tuntutan teras – syarat pemilih yang telah mengundi dicelup satu jari dengan dakwat kekal. Isu-isu lain bersangkutan SPR dan operasinya adalah collateral, sampingan.

Dan malangnya di pihak SPR pula, Pengerusinya sanggup tawaf, kona (corner) dan lencung pusing keliling satu alam dengan segala macam cerita wal dalih di pelbagai sidang akhbar, tetapi permintaan PAS yang semudah itu pun SPR tidak mampu tunaikan.

Apapun tindakan SPR dan keputusan PAS yang jangkanya diumum besok, PAS telah pun berjasa kepada warga Batu Talam.

Belum lagi PAS umum bertanding, apatah lagi berkempen, UMNO sudah tabur “budi” kepada warga Batu Talam. Kalau tidak kerana gerunkan PAS, saya tidak fikir UMNO sanggup berjanji untuk mengagihkan 200 hektar tanah pertaniaan kepada 150 bakal “peneroka” baru.

Pun begitu dengan Wanita UMNO yang kini sudah mula masuk kampung untuk bertanya khabar tentang kebajikan rakyat jelata. (Apa! Selama ini mak encik-mak encik tidak terlintas untuk ber-K10 dan mengutip data keadaan kampung? Isy .. isy, nampak sangat keikhlasan puan-puan dalam kononnya berjuang demi bangsa dan agama).

Wanita kumpul data Batu Talam

Oleh Sariha Mohd Ali

KUANTAN: Wanita Umno Pahang akan menggerakkan Kumpulan 10 (K10) bagi menjalankan bancian pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN itu, 28 Januari ini.

Ketuanya, Datuk Maznah Mazlan, berkata mesyuarat dengan ketua cawangan dan bahagian Wanita Umno Raub, Rabu lalu memutuskan antara tindakan yang perlu dilakukan ialah membuat bancian pengundi.

Beliau berkata, maklumat awal itu penting bagi memudahkan gerak kerja yang dilakukan sebaik penamaan calon 16 Januari ini.

"Wanita Umno memberi tumpuan kerja kepada pasukan K10 untuk mengadakan bancian dari rumah ke rumah dengan seorang anggota Wanita Umno menjaga 10 rumah.


Saya pun tidak boleh nak agak apa yang bakal diumumkan esok oleh PAS. Tetapi apa yang saya yakin ialah kalau PAS jadi menyertai PRK ini, UMNO dan segala SB dan MIO, baik yang rasmi atau tidak, akan terkejut sakan dengan isu dan taktik kempen yang bakal PAS mainkan.

No comments: