Pengasas UMNO (Baru), Tun Dr Mahathir berfirasat bahawa partinya mungkin tewas; tetapi PAS memboikot PRK ini. Macam mana tu? Mimpikah semua ini? PAS tidak buat kajian prospek kemenangan?
Bukan sahaja Pak Chat Genduk di Sungai Kantan, Kajang, Selangor atau Sham Joki Komando (UMNO) Toh Puan di Putrajaya yang tertanya-tanya, malah ratusan ribu, kalau tidak pun jutaan lagi pemerhati politik sambilan tertanya-tanya.
Pendapat piawai pembesar dan penyokong UMNO tentang boikot ini ialah PAS takut kalah. Boikot PRK ini adalah jalan keluar untuk menyelamatkan imej. Menabung dan merawat imej untuk PRU ke-12 kelak. Jika tuan/puan pun berpendapat sebegini, maka sila jawab soalan saya – sejak bila pula PAS takut kalah, hatta hilang wang pertaruhan? Malah, adakah perkataan “takut” wujud dalam perbendaharaan kata, vocabulary, PAS?
Mungkin penjelasan PAS tentang sebab dan muslihat disebalik pemboikotan ini kurang menyengat, kurang terperinci, kurang menyakinkan. Kalau begitu, sila teliti apa yang ditulis oleh Sang Kelembai, seorang (bekas) hulubalang UMNO yang sudah menyaksikan dan menyertai ratusan tempur politik nasional, tentang “hikmah” pemboikotan ini. (Sila klik di sini).
Bermudek dari soalan itu, saya ingin mengajak pembaca mengamati visual di sebelah, yang selama ini segala warga dan sarjana politik
Soalan: Bolehkah angka-angka “rasmi” dipercayai?
Oleh kerana saya ragui kesohihan “fakta” dari media arus perdana, maka saya terpaksa pergi ke sumber berita (data) untuk kepastian. Dengan bantuan sahabat-sahabat di Pahang, jadual di bawah dapat dikonstruk dari data berpunca scoresheet keputusan pilihan raya yang dipanggil Borang SPR 760 Pin. 1/99.
Darihal jadual di atas perhatikan:
- Angka majoriti UMNO untuk PRU 1999 ialah 751 undi dan tidak 931 undi seperti dilapur oleh media.
Mengapa ada perbezaan antara angka rasmi SPR dengan angka lapuran media? Tekaan tuan/puan adalah sama baik dengan tekaan saya. Dan dalam ketiadaan watak berotoriti yang berani tampil menjelaskan perbezaan itu, apa juga penjelasan tentangnya adalah spekulasi belaka. Maksudnya, penjelasan mungkin betul, mungkin tidak.
Namun, satu penjelasan yang munasabah bagi saya ialah – UMNO ingin tunjukan kepada dunia (dan orang Melayu khususnya) bahawa majoriti yang mereka perolehi dalam kawasan yang dicanang sebagai “kubu kuat” mereka adalah melepasi garis 10% dari keseluruhan undi. Maksudnya, sejak tahun 1999 lagi, UMNO sudah
Mengapa perlu berbuat demikian?
- Kerana UMNO sebenarnya telah pun kalah di Peti Undi Chenua (70 undi), Batu Talam (99 undi) dan Kundang Patah (10 undi).
- Juga perhatikan kemenangan tipis UMNO di Peti Undi Hulu Atok (54 undi), Sega (48 undi) dan FELDA Tersang 1 (53 undi). Puratanya UMNO menang tidak sampai 10% dari keseluruhan undi.
Diberi fakta-fakta di atas, rumusan yang boleh dibuat tentang DUN Batu Talam yang ditabuhkan sebagai “kubu kuat UMNO” ialah -- dalam tahun 1999 UMNO sudah nyaris-nyaris tewas.
Langsung membawa kita ke soalan kedua. Apa sudah jadi pada PAS dalam tahun 2004? Mengapa begitu teruk sekali susut sokongan? Hilang sampai 1,000 undi. Ahhh … dan ini pun satu cerita yang kiranya menakjubkan untuk episod yang berikut.
Nota: Angka PAS kehilangan 2,000 undi telah ditukarkan kepada 1,000 undi. Angka 2,000 adalah penurunan undi PAS mengikut data akhbar. Manakala jumlah 1,000 ialah merosotnya undi PAS mengikut data SPR. Pembetulan dibuat pada Januari 18, 2007.
No comments:
Post a Comment