Tak usah janjilah UMNO. Dan tak usah khianati kepercayaan warga yang kurang terdedah kepada hal-hal dunia luas. Don’t exploit the Orang Asli’s innocence. Itu zalim namanya. Dah lah UMNO gagal berdakwah di kalangan mereka. Awak pergunakan mereka pula. Baik hatikah namanya itu? UMNO masuk kampung Orang Asli empat tahun sekali, dah tu awak berkokok laksana jaguh. Sungguh memalukan.
Perasan kah awak wahai calun UMNO dan UMNO amnya, bahawa setiap hari kaum Orang Asli dieksploitasi oleh peniaga dan pedagang dari parti-parti yang sekongkol dengan awak?
Siapa yang masuk beli hasil hutan dari Orang Asli? Beli pisang mereka. Beli buluh mereka. Beli rotan mereka. UMNO? Tidak! Siapa yang masuk jual barang keperluan harian Orang Asli? UMNO? Jauh sama sekali.
Siapa yang masuk bertanya khabar tentang berapa ramai Orang Asli yang terlantar kerana sakit TB dan lain-lain penyakit yang kini boleh diubati dengan mudah? UMNO? Tidak.
Tahukah UMNO bahawa setiap hari, di seluruh Semenanjung
Tidak percaya?
Bayangkan, harga yang taukeh-taukeh ini tawarkan kepada Orang Asli untuk sekilogram kayu gaharu ialah hanya RM40/=. Walhal, seteruk-teruk taukeh-taukeh Cina di Indonesia pun, sanggup menawarkan harga sekitar RM400/= (Rupiah 1 juta) sekilogram!
Ya, kayu gaharu, yang mana ladang/industri ini di Muar, Johor, saya yakin sudah kini musnah akibat banjir.
Tahukah awak UMNO berapa harga sekilo gaharu di Timur Tengah? Tidak kurang dari USD10,000/= satu kilogram. Sepuluh ribu dolar Amerika Syarikat. Bersamaan dengan RM35,000/= sekilogram (kadar pertukaran sehari dua ini).
Mengapa UMNO benarkan eksploitasi ini berlaku? Mengapa untuk sekian lama ini UMNO biarkan bangsa Orang Asli dihisap darah oleh pedagang-pedagang yang tidak berhati perut? Apa strategi jangka panjang dan program jangka pendek UMNO untuk meningkatkan penghasilan ekonomi Orang Asli di Semenanjung
Setakat bina sekolah, itu janganlah didabik dada sangat. Itu tanggung jawab pemerintah. Di Afrika pun, kerajaan-kerajaan kuku besi pun buat sekolah. Malah dalam konteks Malaysia, bukankan perbuatan mendidik Orang Asli itu lagi zalim, kerana setelah mereka celik mata dan tahu akan dunia ini, UMNO yang kini memerintah abaikan peluang ekonomi untuk mereka? Malah sebenarnya, dengan berbuat demikian, awak UMNO mepenjarakan Orang Asli dalam penempatan mereka. Yang mana sekali sekala, jika ada kesesuaian dengan kepentingan awak, mereka awak lawati.
Cukuplah UMNO berdrama dengan sesama Melayu yang sudah bertamadun. Janganlah aniayakan mereka-mereka yang naif lagi tidak berdosa.
No comments:
Post a Comment