Wednesday, January 10, 2007

Batu Talam: Perlukah PAS Geruni Abdullah & Menantunya?

Terpapar di depan mata minda saya, ramai ahli dan penyokong PAS di seluruh negara yang sudah mula suspense, berdebar, kalau tidak pun cemas, mengamati sikap PAS yang nampaknya tidak begitu bersungguh tentang PRK ini. Manakala dalam perbandingan, Abdullah Ahmad telah pun menyuarakan “keyakinannya” tentang peluang UMNO di Batu Talam.

Kendati, baca berita keyakinan Abdullah itu dengan cermat. Dan tuan/puan akan dapati bahawa Si Lebai Hadhari ini pun sebenarnya bimbang kalau-kalau dia akan dihukum oleh rakyat dalam PRK ini. Warga Batu Talam, bagi pihak warga seluruh Malaysia menghukum Dollah dan Menantunya kerana dalam tempuh setahun dua yang lalu, telah bertindak mementingkan keluarga, disamping membuat keputusan yang memudaratkan negara.

Kokok Pemuda UMNO betapa mereka telah memenangi PRK di Terengganu dan Kelantan dalam tempuh tiga tahun yang lalu, pun sebenarnya, pada hemat saya, bukanlah satu kayu ukur kebolehan hakiki mereka.

Kali ini, saya amati mereka sudah canangkan beberapa kesilapan pertimbangan. Bermula dengan terlalu memandangkan rendah daya fikir dan penilaian warga Batu Talam. Mentang mentanglah Batu Talam adalah satu daerah pendalaman. (Jangan terkejut kalau didapati sesetengah warga di sana adalah jauh lagi sophistikated dari apa yang lazimnya dibayangkan. Bagi sesetengah opinion leaders di sana, yang berada jauh di hujung kampung yang tercorot, internet adalah barang mainan).

MCA rakan sekongkol UMNO juga pun telah meniup nafiri keyakinan pengundi Cina di Batu Talam akan bertindak seperti robot menyokong calun dari UMNO. Pada tahun 2004 dulu, semasa Dollah masih berimej “Mr Clean,” memanglah andaian sedemikian sangat berpatutan.

Tetapi kini setelah Dollah terbukti seorang “Mr Hopeless” saya tidak jangka pengundi Cina akan membuat keputusan laksana “lembu Hadhari.” Paling sikit, saya jangka setiap satu undi Cina di Batu Talam adalah sebenarnya mewakili 20 suara hati saudara mara mereka yang berada di kawasan urban di seluruh negara, malah yang berada di luar negara. Vox populi by proxy.

Apapun yang telah berlaku dalam tempuh seminggu yang lalu, PAS sebenarnya tidak perlu gundah serta ikut rentak gayung dan sabung UMNO. Peduli apa jika Menantu Dollah menyuarakan strategi menawan hati pengundi muda. Itu strategi dia. Tidak tentu lagi strategi itu akan mengena. Dan kalau mengena, belum pasti lagi akan mustajab.

Yang penting, segala strategi dan taktik PAS mestilah berpuncakan natijah perjuangan yang ikhlas. Kalau boleh rangkalah strategi berpaksikan kepincangan SPR. Sebagai contoh, PAS sebagai parti yang mewarisi satu tamaddun tinggi boleh mulakan kempen dengan mengingati dan meraikan Warga Emas. Cari mereka sampai jumpa, dan pastikan mereka keluar mengundi pada Januari 28, kelak.

Jika mereka masih hidup, sediakan kenderaan dan kelengkapan yang perlu untuk memastikan kehadiran mereka dalam dewan mengundi. Kalau perlu kerusi roda, dapatkan kerusi roda awal-awal lagi. Kalau perlu pengusung (stretcher), sediakan stretcher. Tetapi jika dapat dibuktikan dengan sahih bahawa sesetengah dari Warga Emas yang tersenarai dalam Daftar Pemilih itu sebenarnya sudah mati, maka “hentak” SPR sebising yang boleh. (Lakukan carian di Jabatan Pendaftaran Negara jika dibolehkan).

Imbasan di atas ialah sebahagian dari 156 nama Warga Emas Batu Talam yang berumur 85 tahun dan lebih. Senarai selengkapnya boleh di dapati di sini. (Sila klik untuk dapatkan spreadsheet). Perhatikan bahawa masih terdapat ramai lagi pemilih yang berumur 90 tahun dan lebih dalam Daftar Pemilih terkini. Nama, umur, Peti Undi, lokaliti (kampung), malah untuk sebahagiannya, alamat pun ada. Bijak-bijaklah mengatur langkah.

2 comments:

Husin Lempoyang said...

Kecewa amat kecewa ...

Nampak sgt PAS tunduk kepada permainan politik ANwar ...

Anonymous said...

PAS perlu terajang si Hadi
UMNO terajang si Dolah

Kalau tak habis Melayu at both side of the divide.
Anwar jangan di percaya penuh
Dia belum mendaftar sebagai ahli Keadilan

cwt