Syahdan itu, tersebutlah kisah SPR sendiri mencadangkan bahawa ianya perlu dirombak.
Terharu saya membaca berita ini dan saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keberanian bersuara dan kejujuran SPR dalam menghadapi kritikkan. Saya doakan semoga Allah menetapkan hati warga SPR – semoga bikin adalah seperti cakap.
Walaupun saya tahu bahawa dalam banyak hal, kaitan antara sebab dan musabbab itu mungkin tidak wujud, namun di peringkat peribadi saya merasa teramat berbaloi sungguh dalam menghabiskan masa dan daya dengan blog ini yang di antara lainnya, mendedikasikan persepsi dan kefahaman saya tentang tindak tanduk SPR. (Tuan/puan tidak perlu memberikan apa-apa reaksi tentang komen saya ini, kerana lepas subuh tadi isteri saya telah pun mengtahniahkan saya dengan “anugerah” yang terkhusus. Langsung menjadikan apa yang dunia kata dan buat kepada saya adalah irrelevant lagi inconsequential).
Bermudek dari pengamatan di atas, saya kira firasat UMNO tentang transformasi pemikiran warga SPR telah pun terbingkas. Maka itu tidaklah menjadi misteri jika kita dapati UMNO telah mula berbunyi panik, malah penasaran. Dengan hampir semua pemimpin atasannya membuat kenyataan akhbar yang berbunyi cemas. Walhal, selama ini depa dok canang kata Batu Talam itu adalah kubu kuat depa!
Sekali lagi saya ucapkan – SYABAS Suruhanjaya Pilihan Raya!
(Cuma satu perkara lagi, tolong piat sikit telinga bebudak sistem analisis dan pengaturcara komputer tu, supaya lebih peka tentang pengkelasan/pengkodan bangsa pemilih. Pengkodan (coding) bangsa pemilih “
No comments:
Post a Comment