I suppose it is now kosher for the Malays to dissect the 13 May Race Riot given that the Chinese has formally started it. Why should I, a Malay, allow the non-Malays a monopoly of its discussion? After all, doesn’t nature abhor a monopoly?
Dengan posting ini saya mulakan luahan tafsiran dan pengetahuan saya tentang peristiwa rusuhan kaum yang terjadi di Kuala Lumpur dalam tahun 1969, yang popularnya dikenali sebagai “Peristiwa 13 Mei” atau dengan kata singkatnya “13 Mei” [1], [2].
Berlainan dengan segala kenyataan rasmi, penulisan dengan analisis tentang 13 Mei yang tuan/puan pernah bertemu sebelum ini, saya mempunyai tesis – pegangan – tersendiri tentang insiden ini.
Tesis saya ialah kaum Cina yang dihasut Lee Kuan Yew dan suku sakatnya dari Singapura adalah punca rusuhan 13 Mei.
Sesungguhnya, dalam tempoh 30 tahun yang lepas, sejak saya tahu mengeja dan membaca pada kadar yang agak laju sedikit dari sebelum saya baligh, saya sudah pun tidak setuju dengan kebanyakan penjelasan yang dibuat tentang peristiwa ini.
Dan terkini saya rasa tertampar dengan putaran rumusan tentang insiden ini yang dibuat oleh Kua Kia Soong [3] penulis buku MAY 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 -- bahawa insiden itu adalah perbuatan rampasan kuasa oleh puak Almarhum Tun Razak dari puak Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama
Bagi saya rumusan ini adalah satu penghinaan terhadap segala memori dan legasi Almarhum Tun Razak.
Saya harap tuan/puan pun perasan bahawa semua “sastera” (literature), penulisan tentang 13 Mei, baik yang ditulis di Malaysia oleh warga negera, mahupun di luar Malaysia oleh warga Malaysia atau pemerhati asing hanya menghuraikan dan menjelaskan apa yang berlaku dalam tempoh tiga hari selepas 10 Mei, yakni hari membuang undi PRU 1969.
Bertolak dari peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam tempoh tiga hari ini, pelbagai dan ribuan analisis dan tafsiran telah dibuat, dan ramai yang telah dapat cari makan dengannya.
Bagi saya perbuatan memfokus insiden 13 Mei kepada tingkap masa tiga hari seputarnya adalah satu penipuan. Satu percubaan untuk menggelapkan dan menyempitkan fakta sejarah. Perbuatan
Bagi saya, analogi perbuatan ini ialah membincangkan hari atau saat seorang bayi dilahirkan, dan menjadikan peristiwa buruk baik yang berlaku pada titik itu sebagai pletfom segala analisis dan justifikasi sosial ke atas segala apa, adalah nyata satu jenayah intelektual. Begitu juga jika hanya menceritakan apa yang berlaku di hari satu persandingan dilangsungkan.
Dalam kedua-dua kes analogi, konteks cerita telah sengaja dihilangkan.
Cerita kelahiran seorang bayi mesti dirujuk kepada segala sejarah yang berkaitan dalam tempoh sembilan bulan sebelumnya. Termengandung si-ibu rentetan apa? Ekoran satu pernikahan atas dasar sama cinta? Dasar paksa? Diperkosa? Tidak ketahuan siapa bapa bayi sebenarnya? Dan begitulah sepatutnya diceritakan kelahiran itu.
Begitu juga dengan cerita meriah atau suram sesuatu majlis persandingan. Ceritalah mengapa jadi suram, atau mengapa jadi meriah. Ceritakanlah apa peristiwa yang terjadi dalam tempoh sebulan, malah setahun dua sebelum dari tarikh itu. Mulakanlah cerita dengan suasana hari bertunang, jika satu majlis pertunangan memang dibuat. Dan kalau tiada pun pertunangan, terangkanlah mengapa berlakunya persandingan. Mengapa tidak hanya akad nikah? Atau seumpamanya.
Janganlah buat macam cerita 13 Mei.
Cerita rasminya ialah orang Melayu Kampong Baru mengamuk. Mengapa mengamuk? Kerana Cina berarak masuk Kampong Baru setelah menang besar dalam PRU 1969. Setakat itu saja.
Dah tu terus lompat cerita pasal Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kemudian cerita tentang kaum lain rasa terdiskriminasi akibatnya. Puncak cerita, DEB mesti dihapuskan kerana Melayu kini sudah capai segala matlamat DEB
Dari jalan cerita di atas, nampak sangat bahawa bangsa Melayu itu cetek pemikiran lagi jahat,
Kerana saya seorang Melayu, maka itu saya bertanya: Mengapa tidak cerita apa yang membolehkan parti-parti politik Cina menang besar dalam PRU 1969? Mengapa tidak bercerita tentang mengapa mereka begitu gembira setelah menang, lalu terlintas untuk berpesta besar-besaran memaki hamun Melayu?
Ceritalah tentang itu semua.
Huraikan sebab-sebab kepada itu semua. Di atas nama kebebasan intelektual dan bersuara, apa yang nak dimalukan?
Kerana saya tidak berjumpa dengan penjelasan kepada persoalan di atas, maka saya pun mencari jawapan. Dan posting saya pada hari-hari dan minggu-minggu berikut darihal tajuk ini adalah perkongsian saya dengan tuan/puan akan penemuan saya.
Nota: Rudin X ialah seorang ahli PAS yang tidak memegang apa-apa jawatan di sebarang peringkat parti atau berkerja dalam apa-apa kapasiti dengan parti. Pandangan, tafsiran dan pendapat Rudin X tentang insiden 13 Mei adalah semata-mata peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa atau mana-mana kumpulan.
4 comments:
Niat buruk (?) telah ditetaskan pada 1962 di Singapura sebelum lahirnya Persekutuan Malaysia lagi. Singapura mahu "Operation Coldstore" dilancarkan setelah Singapura bergabung dalam Persekutuan Malaysia. Tindakan serampang dua mata Lee Kuan Yew ini akan menghasilkan, (i) pembersihkan radikal-radikal komunis yang memenuhi PAP dan (ii) Cina-cina Singapura yang simpati dan juga tidak simpati kepada komunis akan melihat kepimpinan Melayu Malaya bersifat rasis. Cina-cina Malaya, Sabah, dan Sarawak akan melihat kepimpinan Melayu sebagai kejam. Nasib baik Tengku dan Tun Razak atas nasihat Tan Sri C.C. Too berkeras tidak bersetuju. Dan Operation Coldstore seperti khalayak maklum telah dilaksanakan pada Februari, 1963.
Wah!!! Pak Rudin,
Hari tu Sukhoi, hari ni 13 Mei pulak! tahniah Pak.. tahniah...!
Cayalah Pak!
bangsa yang mengkhinati sejarah akan musnah menjadi sejarah. 13 mei lambang kebiadapan kaum bukan Melayu dalam menggugat legasi Melayu. 13 mei satu pengajaran kepada bukan Melayu, jangan cuba mengambil hak Melayu, kami sudah banyak bertolak ansur dan memberi kepada anda, membujur lalu melintang patah, jangan sampai 'Malays ran amok!'
Saya amat menyesali kelakuan ramai yang mempunyai pandangan myopic atau visi pendek dan fikiran cetek. Jika Malaysia bertanding dengan negara-negara lain dalam dunia globalisasi ini, siapakah yang akan berdagang dengan Malaysia jika 70% aktiviti ekonomi tertumpu kepada Bumiputera atau lebih menonjolkan lagi sepuak bangsa Melayu yang tamak haloba dan bukan semua Bumiputera yang layak menerima bantuan dari DEB.
DEB hanya untuk tempoh sementara untuk membina landasan pembangunan bangsa Melayu. Ia dirancang selama hanya 20 tahun sejak dilancarkan pada tahun 1970. Rancangan DEB semoga bangsa Melayu dan Bumiputera dapat berdikari selepas itu kerana DEB bukan satu-satunya kaedah pengagihan sumber yang efisyen. Ia tidak telus dan tidak menggalakkan penggunaan sumber yang efisyen. Tetapi, DEB sekarang sudah melepasi tempohnya dan digunakan oleh segelintir bangsa Melayu yang mencampuradukkan politik UMNO untuk mengaut kekayaan Malaysia dan merompak dari usaha-usaha dari masyarakat yang lain.
Inilah sebabnya Malaysia tidak mengecapi kejayaan seiras Singapura. Negara-negara lain seperti India, Vietnam, Thailand kian maju bertanding dan mungkin melepasi Malaysia sebelum 2020. Malah dikhuatari Malaysia tidak dapat mencapai Visi 2020 jika diteruskan perkembangan ekonomi yang tidak rancak kini. Perkembangan di bawah 6% yang dialami 2-3 tahun sekarang sudah tentu tidak cukup untuk mencapai Visi 2020.
Inilah masanya bangsa Melayu bangun untuk menyahut cabaran untuk berdikari. Inilah masanya bangsa Melayu tidak bergantung kepada susu ibu lagi. Sudah masanya untuk makanan orang dewasa. Jika 20 tahun masa yang lama, berapakah lamanya lagi nak jadi bayi? Sudah 36 tahun DEB bergiat menghabiskan kekayaan negara dengan tidak menggalakkan pertandingan sewajarnya.
Biarlah 31 Ogos 2007 - tahun kelahiran Malaysia 50 tahun sebagai waktu membangunkan diri dan bebas dari DEB.
Semua hak-hak bangsa Melayu tetap di dalam Perlembagaan Malaysia tetapi bukan DEB. Bangsa Melayu dan Bumiputera sepatutnya diberi peluang pendidikan dan biasiswa tetapi tidak diberi lulus peperiksaan semata-mata dan kemasukan ke dalam universiti secara buta tuli. Kedudukan sultan dijaga tetapi kedudukan Perdana Menteri dan kabinet lain dibuka kepada mereka yang berwibawa tidak kira bangsa dan agama. Agensi kerajaan ditubuhkan supaya lebih giat memberi pinjaman dan nasihat untuk golongan peniaga Bumiputera tetapi tidak membenarkan mereka mengaut projek kerajaan melalui amalan tidak telus, tidak halal dan tidak adil. Inilah masanya bangsa Melayu menyahut cabaran globalisasi sebelum terlambat.
Mansurkan DEB Dasar Ekonomi Baru sebelum terlambat. Jika nak pandai, kita harus mengajar memancing dan bukan memberi hasil tangkapan beribu-ribu ikan. DEB hanya memberi projek kerajaan buta tuli dan mereka yang tidak mampu mengendali projeknya hanya menjadi penjaga tol untuk mengaut kekayaan tanpa sebarang kerja dan usaha. Ini tidak halal dan tidak menggalakkan pembangunan bangsa Melayu.
Mansurkan DEB Dasar Ekonomi Baru sebelum terlambat. Mansurkan DEB sebelum ulangtahun 50 hari jadi Malaysia 31 Ogos 2007.
Post a Comment