Monday, May 07, 2007

Apa Ada Pada Sukhoi? – (1)

Justifikasi mencanang aspek kejelekkan pembelian jet pemintas-tempur-pengebom Sukhoi [1]?

Rasminya, ingin mengutarakan isu rasuah [2]. Bagaimana bakal seorang perdana menteri mempunyai latar belakang yang buruk. Yang katanya telah melakukan rasuah dalam pembelian jet-jet perang Sukhoi [3].

Bagi saya, kalau setakat mahu bercerita tentang rasuah, cukup menyebut tuduhan ke atas Johari Baharom [4], [5]. Sebut tuduhan ke atas Musa Aman [6]. Sebut tuduhan yang lagi serius ke atas bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah.

Dan kalau ingin melukis gambar yang lagi hodoh; penglibatan “seorang pembesar” Malaysia dalam skandal “Minyak untuk Makanan” -- Oil for Food [6]. Yang mana rakyat Iraq (hampir 99% umat Islam) yang menderita lebih dari 15 tahun akibat sekatan ekonomi dunia yang dipelupori Amerika Syarikat telah dianiayakan. Malah dilambakkan penganiayaan. Di mana duit hasil jualan minyak Iraq yang sepatutnya digunakan untuk membeli makanan bagi rakyat Iraq yang kelaparan, telah lesap, khabarnya turut dicuri oleh "seorang pembesar" Malaysia [7].

Salah laku ini telah dibincangkan di Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations) lengkap dengan perincian buktinya. Mengapa tidak mahu dibincangkan di Ijok? Mengapa enggan bercerita tentang ini semua? Mengapa asyik-asyik cerita rasuah sehubungan pembelian Sukhoi?

Langsung saya bertanya sendirian: Adakah Najib yang menjadi sasaran?

Atau sememangnya Sukhoi itu sendiri yang hendak di momokkan? Yang mana diniatkan perkataan “Sukhoi” itu sendiri dipropogandakan supaya menjadi “najis” laksana Ghazali Shafie sewaktu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dulu menpropogandakan “dadah” itu sebagai "najis"?

Jangan kata warga Ijok, rakyat Malaysia di tempat lain pun sebenarnya jika terlanggar bahu dengannya, tidak akan kenal bahawa benda yang dilanggar itu Sukhoi. Malah jika Sukhoi datang gigit batang hidung sekali pun, tidak tahu bahawa yang menggigit itu Sukhoi.

Apa kejadahnya benda Sukhoi ini [8]?

Sukhoi ialah nama generik bagi sejenis jet tempur pelbagai peranan yang kini dianggap tercanggih di dunia. Jet keluaran Rusia ini direka bentuk untuk menjadi (i) pesawat tempur “laga-anjing” (dogfight), (ii) pesawat pemintas, dan (iii) pesawat pengebom.

Jet pejuang Sukhoi yang Najib tolong beli (tak kan tolong gratis, kerja mesti ada upah, ya tak?) untuk Malaysia di tahap paling minimanya mempunyai keupayaan berikut [9]:
  • Kederasan maksima 2.3 mach (2.3 kali ganda kelajuan bunyi).
  • Julat (jarak) tempur 3,000 kilometer.
  • Stamina terbang selama 4.5 jam tanpa modifikasi, 10 jam jika dimodifikasi.
Setentunya, pesawat juang ini adalah lagi canggih dari apa yang dimiliki Angkatan Udara Republik Singapura [10], [11].

Bersambung.

2 comments:

Anonymous said...

apakah agaknya yang saudara cuba sampaikan? saya ternanti-nanti...

Anonymous said...

apa nie???? kata cuti jepun. tak sampai lima ari dah buat posting (bertugas).

peta ko tu menteorikan cik sue khoi boleh rewang sampai pekan2 di Northern Territory seperti Darwin, Broome, Port Hedland dan Karratha. hehehhe takkan pasal tu pun Ostolia tesampok makhluk halus yang boleh buat Sleepless in Canberra?

agak2 kalo minta budak2 Airod Sdn Bhd adjas sikit mana2 punat boleh tak agaknya cik sue khoi sampai ke rumah peranginan tuan dollah?

Nasihat free: Gilah habiskan cuti jepun ko tu.