Jika Malaysia, khususnya Kelantan ada Mak Yong dan Menora, Jepun ada “kabuki.” Visual kabuki yang dipaparkan di sini adalah difikirkan sesuai dengan jalan cerita yang di ketengahkan. [1], [2]
Oh? Satu lagi wayang tinggi sedang di aksikan oleh Pemuda UMNO dan DAP [3].
Kali ini DAP menuduh sektor awam – jabatan, kementerian dan segala agensi yang bersangkut dengan kerajaan -- sebagai bakul sampah di mana graduan Melayu yang berkualiti rendah dilambakkan [4].
Keesokan harinya, dalam bersikap di luar karektornya (out of character) sejak 3-4 tahun lepas, Pemuda UMNO nampaknya bingkas menuntut DAP supaya menghantar maaf di atas statmen yang dibuat [5], [6].
Dan dalam rangka menampakan kelompok akademik Melayu tidaklah sebegitu impoten minda mereka, seorang Profesor Melayu pun turut membisikkan seloka mempertikaikan kenyataan DAP [7].
Tepuk … tepuk ... tepuk.
Mengapa saya labelkan episod ini sebagai satu wayang tinggi?
Kerana saya pasti isu ini telah memberi semua pihak terlibat perbatuan politik (political mileage) yang mereka tercari-cari untuk PRU ke 12, yang sah, sudah dekat sangat [8].
Dengan memainkan isu lambakan graduan Melayu ke dalam khidmat kerajaan, DAP telah mengembirakan Maharaja PAP – LeeKuan Yew – kerana sebagai cabang PAP [9] di Malaysia [10], [11], parti ini berjaya menghidupkan isu dalam genre (aliran) Malaysian
Betapa seronoknya Lee Kuan Yew yang berada dipintu maghrib hayatnya.
Tetapi lebih dari itu, laksana seorang perempuan yang lazimnya boleh menikmati beberapa orgasm (kemuncak seks) dalam sekali perlakuan jima’ Lee Kuan Yew telah mendapat kemuncak kedua berturut-turut bila Pemuda UMNO telah bertindak seperti yang Lee Kuan Yew mahu dunia lihat – Melayu itu bangsa yang cetek lagi latah. Bangsa yang memerlukan penjagaan spesis terlindung untuk hidup.
Ahhhh … sekalung tahniah untuk Lim Kit Siang dan Menantu Perdana Menteri yang nampaknya dalam konteks ini telah berkonspirasi.
Ini semua spekulasi saya tentang apa yang berlaku diperingkat tinggi.
Tetapi di peringkat marhain, peringkat pejalan kaki
Satu isu jadian win-win (menang-menang) untuk DAP dan UMNO. Tak wayang namanya?
Bersambung.
No comments:
Post a Comment