Bila politikus dan intellegentsia (cerdik pandai masyarakat) [1] sudah terlalu out of touch, tidak bersentuhan dengan realiti masyarakat. Langsung buta akan perkembangan lapisan-lapisan masyarakat, langsung tidak terfikir akan sub-budaya, sub-culture [2] yang wujud.
Apa nak jadi dengan negara-ku, bila orang politik – barisan pemimpin negara -- membabi buta membincangkan dalam Dewan Negara, membuang masa negara, mengutuk sebuah lagu? [3], [4].
Di pihak yang satu lagi, intelligentsia dalam reaksi bingkas lutut -- knee jerk reaction -- menghentam politikus kerana mengkritik lagu. Kerana mengikut pendapat pemerhati sosial, politikus menyekat perkembangan seni dan luahan artistik [5].
Sefaham saya lagu hip-hop “Papa Jahat” oleh kugiran The Fabulous Catz telah diharamkan [6]. Kesian budak-budak Melayu nak cari makan. Alasan pengharaman? Senikata lagu adalah tidak bermoral, kerana terdapat ungkapan “papa jahat,” “papa ligat” dan seumpamanya. Kononnya senikata lagu menyerang institusi keluarga [7].
Betul kah begitu?
Sebelum saya menjawab pun, saya tahu tuan/puan sudah menyumpah hangit dengan saya. (
Ya, memang, gambar-gambar yang saya paparkan ini adalah sedutan dari satu video clip lucah tersohor bertajuk “Papa Jahat.” Seperasan saya video clip ini tersebar luas di seluruh negara melalui kaedah MMS (multimedia messaging system) talipon bimbit sejak pertengahan tahun lepas lagi. Rakaman ialah aksi senggama (jima') sepasang belia Melayu yang diambil menggunakan talipon bimbit.
Frasa “Papa Jahat” adalah ungkapan yang terpancut dari mulut beliawanis yang digambarkan di sini sekitar pertengahan babak senggama. Dan Farish Ramli penggubah lagu mengakui bahawa video inilah sumber inspirasi kepada penciptaan lagu.
Astarfirullah! Sumbang mahram! Berzina antara anak dan ayah/bapa!
Tidak semestinya!
Apa yang sedang berlaku kini di kalangan belia Melayu yang sudah berpasangan, hinggalah yang ber-couple di peringkat sekolah menengah yang belum lagi ambil PMR ialah mereka membahasakan, memanggil diri masing-masing “papa” dan “mama.” Apatah lagi di kalangan yang sedang dilamun cinta, yang sudah saling bersentuhan, atau yang telah bertunang. Istilah "papa" dan "mama" ialah gantikata bagi “saya” dan “awak” atau “I” dan “you.”
Itu ajer. Fenomena sub-budaya. Lazimnya tidak ubah popularnya fesyen semusim.
Ingat lagi istilah-istilah seperti “bergetah”? “Resyen”? “Barang Acheh”? Atau istilah “mengancam” di zaman pembaca muda-muda dulu? Begitulah perkataan “mama” dan “papa” membawa erti mendalam yang tersendiri bagi anak-anak muda generasi kini.
Lagu “Papa Jahat” tiada kena mengena dengan serangan terhadap institusi keluarga. Ianya adalah satu lagu keluhan seorang perempuan akan sikap kekasihnya (yang lazimnya) tidak setia. Tidak lebih dari itu.
Mengapa saya membuat posting ini?Giat berakademik mengejar darjat. Gelaran “Datuk” adalah aspirasi piawai. Tekun mengejar pangkat “Profesor Madya” atau “Profesor C (setara dengan pangkat JUSA-'C')” lewat membodek pembesar UMNO. Atau taksub menghambat S-Class lewat menjadi pensyarah sambilan, terkejar sana sini untuk memberi kuliah di kolej-kolej swasta.
Nah kau. Fenomena sosial yang lalu lalang bawah hidung pun tuan/puan tidak perasan. Langsung saya bertanya; di mana gunanya kewujudan tuan/puan kalau tidak boleh memberi input yang terpelajar kepada saf kepimpinan negara?
Maka itu bolehkah rakyat mengharapkan tuan/puan memikirkan masa depan negara bagi pihak mereka?
No comments:
Post a Comment