Monday, May 14, 2007

Mengapa PAS Kelantan Akan Kecundang PRU 12?

Pola kuasa dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan kini ialah: PAS 23 kerusi, UMNO 22 kerusi.

Tetapi untuk PRU ke 12 kelak, setelah segala usaha, tenaga, titik peluh, air liur dan wang ringgit yang PAS curahkan ke setiap 45 kawasan DUN Kelantan dalam tempoh tiga tahun lepas, gosip dalaman dari pihak sana membayangkan UMNO menjangka hanya 10 kerusi adalah “selamat” bagi mereka.

Kalau begitu, bagaimana caranya menabalkan Annuar Musa sebagai Menteri Besar?

Jawapannya mungkin terletak dalam langkah percaturan ini.

Keadilan Kelantan menuntut agar diberikan 15 kerusi untuk dipertandingkan dalam PRU ke 12 kelak [1]. Dan setentunya bila Brader Anwar Ibrahim datang menujah dahi PAS Kelantan dalam sedikit hari lagi, permintaan ini akan menjadi nyata.

Umum ketahui bahawa Keadilan Kelantan kini hanya wujud atas kertas dan dalam khayalan orang-orang tertentu sahaja. Track record buruk sahabat-sahabat karib Brader Anwar Ibrahim sebagai wakil rakyat dalam penggal 1999-2003 dulu telah menyaksikan semua calun Keadilan kalah dalam PRU 2004.

Andaikan rakyat Kelantan masih lagi dihantui fe-el wakil rakyat Keadilan. Maka adalah rasional untuk menjangka bahawa PAS secara otomatik akan hilang 15 kerusi, tanpa banyak songel. Sebab jika Keadilan bertanding di kerusi-kerusi tersebut, calun mereka wajib akan kalah. Waima Keadilan diberi peluang bertanding di DUN Chempaka (kerusi TG Nik Aziz sejak 25 tahun lepas) sekali pun. Kalah yang tidak perlu selak kain.

Katakan memang benar UMNO hanya ada 10 kerusi selamat. Penglibatan Keadilan di 15 kerusi DUN adalah laksana “manna dan salwa” dari langit buat UMNO. Pucuk dicita ulam raja mendatang. Ufti dan “bunga mas “ dari Brader Anwar untuk UMNO. Agar terbukalah pintu UMNO untuk menjayakan cita-cita keperdana menterian beliau. Hajat Brader Anwar mungkin, ulang taip, mungkin, akan tercapai; tetapi Annuar Musa sudah sah akan jadi Menteri Besar menggantikan TG Nik Aziz.

Dalam pertimbangan yang lain pula, katakanlah berkat doa Brader Anwar dan sahabat-sahabatnya di Timur Tengah dan Washington, Keadilan menang semua 15 kerusi DUN.

Persoalannya: Apakah yang akan menghalang Keadilan dari menawarkan atau menerima tawaran UMNO untuk “rujuk” serta mendirikan sebuah mahligai bahagia kerajaan campuran di Kelantan dengan Annar Musa sebagai Menteri Besar?

“Waq tasimu” gapo, tali apa yang sebenarnya mengikat Keadilan dengan PAS?

Kuda Trojan, Trojan Horse, Kuda Khairy [2]? Nilailah kedua-dua senario ini dalam konteks kecenderongan, fitrah, pembesar-pembesar Keadilan untuk “tikam belakang” semasa mereka dalam UMNO dulu. Nilaikan apa politik Keadilan. Apa yang Keadilan sebenarnya perjuangkan sejak lahir ke buana ini.

8 comments:

Anonymous said...

Anwar nih kira macam badai semalam... a spent force. pakai daun ape nak nego untuk 15 kerusi tu bruv?

Amat2ti kata2 Datuk M Daud Kilau dalam tv semalam... Saya dah tua dah itu pun dah tak kuat... dah lama dah tak... tanya bini saya...

Kalau nak onani pun dah tak larat pekejadahnye.

Anonymous said...

pada pandangan cetek saya, Keadilan sepatutnya beri tumpuan pada kawasan bandar.. kelantan & terengganu adalah tempat yang selayaknya utk Pas berdepan dengan Umno...

Anonymous said...

Satu kali lagi cakap. Anwar serupa itu anu sudah lembik. Sudah longlai sudah tak ader kuasa untuk tawar menawar (u cover my back i cover ur back).

Dengan itu PAS tidak punye "pekdah" untuk berunding. Melainkan PAS sudah hilang....(malas mau cakap).

Pa'chik said...

saya memang terpikir hal ini. dan rasanya memang pas sendiri pun takkan bagi. setakat lapan buleh la.

tapi secara logik, apa perlu keadilan dalam dun kelantan? kalau mereka bersama-sama pas, maka tidak wujud sangat keperluan itu.

Kalau mereka nak parlimen, buleh la bagi lebih sikit. macam kata kiboddanmaus tu, keadilan, tumpu kat kl/selangor/johor/pp la... ke mereka takut tak menang?

jangan nanti jadi macam 46 dulu, elok-elok bersama APU masuk partai keris. Takke tak pasal-pasal pas hilang kerusi.

Anonymous said...

PAS "bodoh" kalau beri walaupun satu kerusi kepada PKR. Tak kiralah samada kerusi Dun atau Parlimen.

Perjuangan AMPAJA ialah menghambat keluar Jepun daripada Federation of Malaya. Bila Jepun kalah perjuangan AMPAJA sudah tidak relevan. AMPAJA pun berkubur.

Perjuangan PKM ialah membebaskan Federation of Malaya daripada penjajahan Inggeris. Dengan lahirnya Persekutuan Tanah Melayu "sepatutnya" perjuangan PKM tamat. Maksud sudah tercapai. Sampai hari ini perjuangan PKM tidak pernah tamat. Perjanjian 2 Disember 1989 tu hanyalah perjanjian meletak senjata.

PKR "lahir" semata-mata untuk membebaskan Anwar. Wadah perjuangan PKR ialah "bebaskan Anwar." Tiada yang lain melainkan "bebaskan Anwar." Di arena antarabangsa laungan mereka ialah, "freee Anwar."

Nah Anwar sudah bebas. Apa lagi sibuk? Pergilah main konda-kondilah kat mana-mana.

Anwar dan Raja Mandaliar manusia sejenis iaitu pembelot.

Bendahara Seri Maharaja ditikam dari belakang oleh Raja Mandaliar. PAS sebagai satu kelahiran, kemungkinan besar akan ditikam dari belakang. Siapa tikam? Anwar tikam.

Kitul dan Laksamana Khoja Hassan sudah lama bermukim dalam negeri PAS. Menunggu masa untuk menabalkan Annuar satu lagi sebagai sultan.

Akan "bodoh"kah cerdik pandai PAS?

A Voice said...

Sekarang ni, ahli2 korporat sedang memikirkan cara nak delist syarikat tersenarai masing2 utk jadi private.

Mungkinkah tindakan anwar ni serupa menggunakan backdoor utuk mendapat penyeneraian?

Seronok lagi dia pakai pintu belakang ni ...

Dignity said...

anwar masih tak sedar diri, sanggup buat apa sahaja uintuk kepentingannya, opportunist nombor 1

UMNO PARTI PENJARA said...

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com