PERHATIAN: Artikel ini telah diubah dari bentuk asal untuk memasukan pembetulan berikut [A].
Tu dia! Sah sudah Rudin X itu seorang “mercenary”, askar upahan! Memang betul lah tuduhan budak-budak saraf UMNO, Rudin X bukan setakat askar upahan, malah “pembunuh upahan.”[1] Rudin X ahli seumur hidup PAS, tetapi boleh berkawan, dan bertepuk bertampar dengan orang UMNO. (Bukan setakat itu, malah boleh jadi “syeikh pelancung” bawa geng-geng UMNO KL bersantai di Golok). Kutuk idola massa semakin pudar, Anwar Ibrahim si-Mat Sandiwara [2], [3], dalam internet pun sanggup. Sah manusia tak boleh pakai. Munafik. Bak kata seorang aktivis yang rapat dengan Tuan Guru Datuk Nik Aziz, jenis manusia projek dunia tak dapat, projek di akhirat pun tak dapat.
Mukadimah adalah telahan saya akan reaksi pembaca bila terjeling tajuk posting hari ini.
Dan sebetulnya pun, posting hari ini hanyalah igauan saya yang didabikkan sebagai “analisis” tentang pertanding merebut jawatan-jawatan tertinggi PAS dalam Perhimpunan Agung (di panggil “Muktamar”) yang akan berlangsung tanggal 1 hingga 3 Jun 2007 [4], [5].
Sebermula, sebagai ahli PAS di kaki
“Sekular lawan ulama” jerit satu analisis [6], [7]. “Progresif lawan konservatif” tegas yang lain pula [8], [9]. “Old Guards lawan Young Turks” kata seorang penganalisis politik [10], yang tidaklah secantik mana tetapi mempunyai perwatakkan yang “mengancam” dan sosok badan langsing (kata slanga Kelantan – tubuh lepas) yang mendebarkan jiwa ramai politikus lelaki (tetapi malangnya isteri orang). Dan di alam parlimen kedai kopi, berbagai spekulasi dalam jalur-jalur yang sama hangat diperkatakan.
Namun bagi Rudin X yang memanjang bersikap sinis, itu semua karut! Nonsense.
Apa Sebenarnya PAS hari ini.
Umum mengetahui persahabatan Presiden PAS Haji Hadi dengan Anwar Ibrahim adalah seakrab persahabatan Anwar dengan Nallakaruppan [11]. (Maksudnya, menunggu masa untuk dikorbankan seperti Nallakaruppan digergaji) [12].
Kamaruddin Jaafar Setiausaha Agung adalah tangan kiri sebagaimana Azmin Ali itu tangan kanan Anwar. Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS [13] tidak mempunyai lidah sendiri jika Anwar tidak bersedia untuk bertutur melalui proksi. Nasharuddin tidak boleh berfikir jelas selagi Anwar masih dilamun pengaruh medication-nya. (Anwar is on medication, so the rumours go). Hassan Ali? Bekas Pengarah Biro Tata Negara di zaman kegemilangan Anwar tidak perlu ulasan.
So there you go. PAS today is merely the Islamic branch of Parti Keadilan Rakyat. As good as when it was UMNO’s, back in the old days when PAS was the Islamic heart of UMNO. Dengan saf kepimpinan yang ada kini, PAS untuk segala tujuan praktis adalah cabang Islam Parti Keadilan Rakyat. Tidak lebih dari itu. Samalah seperti di suatu zaman dahulu, PAS itu adalah cabang Islam UMNO. Nun di zaman sebelum ada Islam Hadhari.
Itu senarionya. Dah tu, apa pula ada dengan Mat Sabu?
Isunya Anwar Ibrahim Lawan Mat Sabu
Dari kacamata saya, Tuan Haji Mohamad Sabu, perintis ungkapan nakal tapi tersohor “Al Juburi” adalah dalang percaturan dan taufan dalam cawan PAS yang hangat dianalisis kini [14],
Dan punca Mat Sabu mengambil kekuda demikian adalah Anwar Ibrahim.
Mengikut sesetengah pembawa hikayat, Anwar Ibrahim tidak pernah senang dengan Mat Sabu sejak hari-hari gemilangnya Yayasan Anda. Di zaman Wan Azizah masih anak dara lagi, bersekolah di satu sekolah tinggi (atas sikit dari sekolah menengah) di Lembah Pantai. Sejak zaman Anwar Ibrahim dan Wan Ismail bapa Wan Azizah saling membaling telor angsa yang siap berjampi (oleh bomoh yang sama, percayalah) ke dalam kawasan pagar rumah masing-masing.
Kedinginan dalam pertalian Anwar dengan Mat Sabu sampai kemuncaknya bila di satu ketika Mat Sabu di perangkap fitnah berkhalwat oleh Annuar Musa dan Nik Sepiye (yes sirree, Nik Sepiye yang sama yang kini dituduh menyembur gas pemedih mata ke muka Tun Dr Mahathir). Ketika itu, Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri, jawatan yang digila talaknya kini, telah menggunakan segala jentera media kerajaan, khususnya TV3, untuk mengaibkan Mat Sabu [15], [16].
Dalam bertindak balas, Mat Sabu telah mengadakan satu roadshow seluruh negara, dan di salah satu pidatonya itulah rakyat negara buat pertama kalinya mendengar ungkapan “Al Juburi” keluar dari mulut Mat Sabu [17].
So really, tuan/puan pendokong atau pembenci Tun Dr Mahathir, sorry to disappoint you guys, tuduhan “perangai pelik” ke atas Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang ori dari UMNO, sebaliknya adalah berpunca dari PAS. Tun Dr Mahathir merely picked up where and what Mat Sabu left.
Agak-agak boleh faham konteks sejarah perang dingin Anwar Ibrahim dengan Mat Sabu?
Fast forward ke sekitar pertengahan tahun 2006.
Saya berani cap jari, malah berani potong satu digit jari kelengkeng kiri, dengan syarat dibius dulu, yang Mat Sabu telah terhidu, kalau tidak pun mendapat bukti kukuh yang Anwar melalui orang-orangnya dalam PAS telah
Manusia mana sekalipun selagi punyai maruah dan harga diri yang berada dalam keadaan Mat Sabu akan bertindak balas -- itu kita tidak boleh salahkan Mat Sabu.
Masalah Strategi Mat Sabu -- Mendepankan Ulama Machiavelli
Saya bersimpati dengan hasrat, dan keterpaksaan Mat Sabu untuk membersihkan PAS dari watak-watak yang dilihat sebagai proksi Anwar Ibrahim. Tetapi cara Mat Sabu bertindak ini menimbulkan satu masalah.
Masalahnya ialah mendepankan Harun Taib sebagai calun Timbalan Presiden.
Sebelum Nasharuddin mengambil alih dalam tahun 2005, Hassan Shukri pernah menyandang jawatan tersebut secara default (kebetulan). Apa yang berlaku ialah Hassan Shukri telah "ter-naik pangkat" ekoran kewafatan Al Marhum Dato' Ustadz Fadzil @ Ali bin Mohd Noor yang menyandang jawatan Presiden.
Kekosongan jawatan tersebut telah diisi secara otomatik oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi yang ketika itu menduduki kerusi Timbalan Presiden. Bila kerusi Timbalan Presiden itu kosong kerana Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi "ter-naik pangkat," Hassan Shukri juga turut "naik pangkat" kerana ketika itu beliau menyandang jawatan Naib Presiden paling kanan dari segi jumlah undi yang diperolehi semasa bertanding jawatan.
Mungkin kerana Hassan Shukri dilihat gagal besar dalam peranan itu, ahli parti terpaksa menukar dia walaupun pencabarnya Nasharuddin was the least qualified person for the post [18].
Ya, memang Nasharuddin ada banyak kelulusan akademik, tetapi ramai perwakilan ketika itu juga sedar Nasharuddin tiada substance kepimpinan. Tiada zat kepimpinan. Tetapi di masa itu dek kerana "tidak tahan" dengan Hassan Shukri, perwakilan telah mengambil sikap – undilah siapa juga selain dari Hassan Shukri. Maka itu tergoleklah Hassan Shukri dari jawatannya.
Kini Hassan Shukri telah dicaturkan supaya menduduki kerusi Ketua Dewan Ulama secara "tunjuk" atau dalam bahasa pasaran saham -- backdoor listing -- penyenaraian syarikat ke bursa jalan pintu belakang.
Kini Harun Taib di pertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.Saya tidak berniat memperihalkan panjang lebar sejarah Harun Taib yang mana itu semua saya yakin diketahui intim oleh kebanyakan ahli-ahli kanan (lama) PAS. Cuma sekadar memberitahu pembaca yang mungkin tidak mahir dengan sejarah PAS, bahawa kerusi Ketua Dewan Ulama yang Harun Taib duduki kini pun adalah "teranugerah secara default."
Beliau yang menjadi timbalan kepada TG Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mendapat kerusi tersebut setelah TG Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang ketika itu menyandang jawatan Ketua Dewan Ulama naik menjadi Mursyidul Am PAS.
Sejujurnya saya tidak tahu mengapa ramai ahli tidak sukakan Harun Taib. Dan sebenarnya pun selama ini saya tidak pernah ambil pusing tentang masalah kekuatan dan kelemahan kepimpinan PAS. Tapi kebelakangan ini bila sampai bab pencalunan Harun Taib, saya tidak boleh tidak kena buka mata dan pasang telinga. Kerana apa?
Kerana dalam penilaian saya Harun Taib ialah seorang ulama berjiwa Machiavelli [19].
Mengapa saya begitu lancang dan berani tuduh begitu? Kerana saya amati dalam persiapan bertanding jawatan Timbalan Presiden, Harun Taib telah mengeluarkan satu arahan sulit melalui Setiausaha Dewan Ulama yang dikepalainya supaya tiga jawatan teratas Dewan Ulama tidak dipertandingkan.
Arahan sulit itu menimbulkan masalah dan banyak persoalan.
Gambar gelagat seorang ulama Syiah ini adalah sekadar hiasan dan dipetik dari blog condong “Salafi” ini [20]. Tidak diniatkan gambar ini membayangkan sesiapa dalam PAS. Cuma ditunjuk dengan niat mengingatkan pembaca akan kemungkinan seorang ulama itu tidak semestinya bebas dari nafsu serakah.
Arahan ini menghantar satu isyarat Machiavelli tentang Harun Taib. Dengan mengharamkan pertandingan dalam Dewan Ulama, dia sebenarnya menyediakan satu skim insurans untuk kerjaya politiknya. Jika Harun Taib kalah dalam perebutan Timbalan Presiden PAS, dia masih ada jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama. Maksudnya dia mengambil satu langkah tanpa risiko.
Itu jika Harun Taib kalah. Apa jadi kalau dia menang jawatan Timbalan Presiden?
Jika Harun Taib menang jawatan Timbalan Presiden, secara otomatik jawatan Ketua Dewan Ulama akan kosong! Dan lazimnya Timbalan Ketua akan naik menjadi Ketua. Tetapi itu tidak akan berlaku dalam Dewan Ulama. Berserta arahan sulit bertulis, satu arahan lisan telah dikeluarkan supaya Mohamad Daud Iraqi penyandang Timbalan Ketua kini tidak dinaikkan pangkat! Sebaliknya Hassan Shukri hendaklah lantik menjadi Ketua Dewan Ulama.
Masalah Hakiki PAS (dari perspektif Rudin X)
Saya tidak berhasrat untuk mecemarkan nama baik ulama dengan melabelkan peribadi Harun Taib dan Hassan Shukri itu dan ini. Tetapi saya berani meletakkan pandangan saya tentang keupayaan kolektif intelek mereka dari menilai hasil yang boleh ditunjuk selama mereka memanaskan kerusi-kerusi Dewan Ulama selama ini.
Apa peranan Dewan Ulama selama ini?
Apa fatwa yang telah dikeluarkan Dewan Ulama dalam tempoh setahun dua ini? Dalam ahli PAS bergelut mematahkan serangan balas UMNO melalui Islam Hadhari, apa fatwa Dewan Ulama tentang Islam Hadhari? Apa sikap dan fatwa Dewan Ulama terhadap kes Lina Joy? Ini satu dua contoh soalan yang wajar ditanya.
Kita ahli PAS bukannya berjuang dengan wang ringgit. Kita berjuang dengan air liur dan semangat. Ganti wang ringgit untuk bergerak, kita perlukan bekalan dan pengisian spiritual, peluru kebatinan bernama semangat untuk bertempur dengan wang ringgit dan jentera UMNO. Kekuatan semangat datangnya dari prinsip yang jelas. Dan dalam konteks PAS sebuah parti politik yang ada sayap ulama, prinsip jelas datangnya dari fatwa ulama!
Maka membawa kita kepada soalan saya kepada Harun Taib dan Hassan Shukri – hatta semua ahli Dewan Ulama: Di mana dan apa sumbangan nyata Dewan Ulama kepada perjuangan parti dalam tempoh setahun dua ini?
Tidak malu kah kita ahli PAS bila berdepan dengan penyokong atau seteru, dalam menjawab isu-isu sensitif berkaitan ugama, kita terpaksa rujuk kepada fatwa dan pendapat Harussani Zakaria Mufti Perak seorang ulama lantikan UMNO? [20] Sebab kita tidak tahu apa fatwa atau pendapat Dewan Ulama kita. Ironis sekali, kita ramai-ramai tuduh Dolah Perdana Menteri itu kaki tidur tetapi di masa yang sama ulama kita pun “kangkong,” pasif longlai laksana terbius.
Kita ahli yang tidak ulama lagi jahil fekah/fikh boleh mainkan peranan kita dengan mencurahkan segala tenaga, ilmu, kepakaran dan pegalaman sekular yang kita ada untuk menolong PAS menjayakan misi parti. Dan kita boleh serah jiwa raga sehubungan ini.
Tetapi di masa yang sama, apa sumbangan ulama selain TG Nik Aziz dan Haji Hadi dalam misi ini?
Cukupkah dengan sekadar menjadi seri panggung wal prima donna? Main peranan tukang baca doa majlis. Bercakap lebih kurang dengan poin-poin tohor yang disokong pembacaan sepatah dua firman Tuhan. Buat satu dua lawak kabur. Yang mana perbuatan itu dipanggil – ceramah politik. Realistik lah sikit! Bersamalah kita perah otak, bersamalah kita berpeluh. Kalau PAS menang pun, tuan-tuan juga yang dapat isi, kita penyokong dan ahli sekular cuma dapat kuah! Itu pun kalau dapat [21].
Rumusan
Muktamar PAS kali ini akan menyaksikan pertembungan fraksi-fraksi yang berpunca dari fe-el parasitik Anwar Ibrahim. Dalam dia gila talak mahu kembali kepada UMNO, dia telah memperkudakan segala organisasi Melayu yang dia dapat cengkam, baik secara langsung mahu pun secara proksi. Siapa yang sohih menentang atau dilihat
Akibat intriq Anwar Ibrahim, Mat Sabu adalah di pihak yang benar dan punyai hak mempertahankan kedudukannya dalam PAS. Cuma kaedah Mat Sabu dalam hal ini, jika berjaya sekalipun, akan mengundang masalah. Barisan ulama yang Mat Sabu jadikan proksi untuk menentang proksi Anwar Ibrahim adalah punca PAS dipandang jumud lagi mundur. Kemenangan proksi Mat Sabu akan menganjak PAS 20 tahun ke belakang.
Sehubungan ini, jika Mat Sabu menang PAS akan jadi keldai perhiasan; dan jika Mat Sabu kalah PAS akan jadi baghal tonggangan. Menang jadi abu, kalah jadi arang.
Jalan Keluar
Di masa yang sama selain dari memastikan kekal Naib Presiden, perwakilan mesti kalahkan seorang lagi watak proksi Anwar Ibrahim di barisan Naib Presiden. Untuk jawatan Setiausaha Agung, ada baiknya jika perwakilan menggantikan watak kini tanpa lengah.
Huuuu. Dengan penulisan ini maka akan berasap ler mailbox Rudin X. Dan paip-paip air kerajaan yang diswastakan pun berpancutanlah untuk membolehkan wudhu tujuan melangsungkan pesta mensolat hajat Rudin X.
Mampus aku kali ni?
9 comments:
Salam Sdr Rudin X,
Saya tiada komen, cuma rasanya ada kesilapan fakta dalam tulisan ini. Tim Presiden PAS sebelum Us Nasha adalah Hassan Shukri yang kalah dalam pertandingan 3 penjuru (seorang lagi yang kalah, Abdul Halim - bekas TMB Kelantan) dalam pemilihan yang lalu.
Iya kan?
Wassalam.
(Teruskan menulis, saya suka blog ini!)
bro Rudin X..
tahniah! harapnya kepimpinan PAS dapat melihat lebih dalam dan luas.
Alangkah baiknya lebih ramai ahli PAS yg sedar apa yg berlaku sekarang...
saya tak takutkan kepimpinan PAS, cuma masa yg akan menentukan barisan terbaiknya... tapi lebih takutkan pengaruh anwar dlm PAS.
"kita penyokong dan ahli sekular"
you've touched a raw nerve..
Rudin Rudin ngapalah you have the audacity buat kenyataan Pas ada ahli sekular? muahahah aku tau Pas ada penyokong dari kalangan sekular... dan aku juga tahu Pas ada ahli sekular. Soalnya Pas ya the real Pas tahukah mereka mereka punya keahlian katergori nih?
Rudin Rudin cukup-cukuplah tu.
Rudin,
Silap fakta sejarah sangat melemahkan tulisan ini. Please check your fact, bro. You can email me, kalau ada yg aku tau, aku bagi tau. Kalau aku tak tau, aku kata aku tak tau.
Hasan Shukri yang dijatuhkan sebelum ini. Bukan Harun Taib. Betul kata Mudin001.
Pemerhatian mengenai Mat Sabu juga tidak boleh dianggap tepat dalam pertandingan kali ini. Harun Taib bertanding kerana beliau dikatakan mendapat pencalonan terbanyak selepas Nasarudin.
Dari segi merit lebih kurang sahaja, walaupun Harun lebih baik dari Nasarudin - itu pendapat aku.
Tetapi, Nasarudin mempunyai penyokong tegar yang banyak.
Dengan pencalonan yang diterimanya, Nasarudin berhak mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden. Jangan pertikaikan hak beliau (sebab aku tengok ada orang pertikai).
Harun juga berhak menawarkan dirinya.
Aku tak sambung lagi tulisan bab ini sebab aku nak muktamar yang menentukan.
Lepas pemilihan, baru aku jelaskan mengapa aku menulis mengenai perkara itu.
Sdr mudin001 dan Sdr bakaq a.k.a. penarik beca,
Terima kasih di atas komen tuan-tuan, dan pembetulan yang dicadangkan telah pun dibuat. Sila lawat link di bawah untuk melihat perincian pembetulan yang dibuat.
http://docs.google.com/View?docid=dcghcqt3_6crqjmn
Dengan ini saya juga mengajak tuan-tuan menjadi "reviewer" atau penilai bagi artikel-artikel berkaitan isu-isu "berserabut" lagi kompleks yang bakal ditulis di masa hadapan tentang hal-hal dalaman PAS.
Sekali lagi saya mengucap terima kasih kerana tuan-tuan telah menunjukan kepedulian dan keikhlasan terhadap penulisan saya.
Salaam.
Rudin X
i'm not a politician..but i just love my country....soal tentang ape yang berlaku dalam dewan ulamak PAS ...dan berkaitan dengan soal Fatwa...aku budak...mungkin aku cakap tak betul...tapi kau pun belum tentu peduli...but Fatwa is sesuatu yang dikeluarkan oleh majlis Fatwa Negeri (as Harun sani) or majlis fatwa kebangsaan...dewan ulama' mana boleh keluar fatwa...kita ade perundangan..kalau semua orang boleh bagi Fatwa...maka bersepah la Fatwa...by the way...kau tahu ke Fatwa..or just tau cari salah orang? niat kau baik...tapi kena ingat..matlamat tak menghalalkan cara bro...sekian
"Apa fatwa yang telah dikeluarkan Dewan Ulama dalam tempoh setahun dua ini?"
(Rudin X)
aku anak malaysia said...
"...dewan ulama' mana boleh keluar fatwa...kita ade perundangan..kalau semua orang boleh bagi Fatwa...maka bersepah la Fatwa..."
aku:
masa sekolah dolu-dolu setiap pagi isnin Guru Besar bagi fatwa, turun fatwa, berfatwa... contoh, "murid-murid yang ditangkap merokok akan dirotan..." itu fatwa dari lembaga bernama Guru Besar, Cochrane Road School.
salah satu fatwa bapa aku ialah, "bila hang terserempak dengan aku dan pak mentua hang kat mana-mana kar... hang salam pak mentua hang dulu.. jangna buat malu aku... hang kena ingat anak dia beri hang nikmat seronok kat hang."
maksud fatwa yang sepatutnya dikeluarkan oleh Dewan Ulama ialah berbentuk 'kenyataan' 'statement' 'pandangan' atau 'stand' itu aje.
Bukan 'Fatwa' yang bermaksud keputusan tentang hukum agama yang belum pernah diputuskan sebelum ini berpandukan nas al-Quran, hadis, ijtihad ulama dsb.
wahai si lelaki dan pena...sila la rujuk pernyataan si rudin X dia cakap pasal fatwa ape bro? takkan bila masuk Mufti Harussani dia duk cerita tentang kenyataan dan pandangan..aduhh stand memang dewan ulama ade bagi..cuba ko baca bebetul artikel rudin X tu...kan dia pertikai kenapa asyik stand behind mufti beri kenyataan...sah kau ni tak paham maksud fatwa....pegi semak kamus wahai manusia dan pena...kalau tak mau paham pun takpe...aku nak bgtau kat rudin X je
aku anak malaysia ni mmg betullah budak..dia pun mengaku dia budak lagi..sbb tu pemahaman dia ttg penulisan rudin ni lain ngan pemahaman org yg dah 'bukan budak'
Post a Comment