Friday, May 18, 2007

GLOBALISASI: Mengapa PAS Mesti Subsidi Anwar Ibrahim?

Saya sebenarnya tidak bercadang untuk menghuraikan apa itu “globalisasi” [1], [2], [3], [4], [5], [6]. Kerana saya yakin dalam tempoh 10 tahun yang berlalu, tuan/puan telah pun banyak bertemu akan takrif perkataan ini, dan saya percaya kini sudah ramai di kalangan pembaca yang telah mendapat makrifat akan ia.

Cuma apa yang saya hendak berkongsi dengan tuan/puan hari ini ialah kefahaman saya tentang globalisasi. Yang mana maksudnya bagi saya boleh dirumuskan dalam satu ayat.

Hilang kedaulatan, otonomi dan hak bangsa Melayu ke atas empat perkara:

  • Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)
  • Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Subsidi, Pinjaman, dll.) [7], [8]
  • Modal sumber (Minyak, Gas, Bumi Johor, Kayu, dll.) [9]
  • Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)

Yang mana undercurrent kepada itu semua ialah hilangnya kedaulatan, otonomi dan hak bangsa Melayu ke atas ugamanya sendiri [10].

Sehubungan ini saya dapati, sejak lama dulu ketika masih lagi berdakwah memakai sut Giorgio Armani [*], Brader Anwar Ibrahim adalah pendokong kuat, jaguh yang mahukan Persekutuan Tanah Melayu menerima total dan menghayati globalisasi [11]. Yang sekaligus meliputi perjuangan keadilan yang syumuuuul [12], [13].

Oleh kerana saya kira Brader Anwar itu memperjuangkan sesuatu yang syumul – komprehensif, menyeluruh, yang lengkap – maka itu saya bertanya: Mengapa perlu PAS mensubsidi Parti Keadilan Rakyat dengan kerusi selamat di Kelantan untuk PRU 12?

Tidak cukupkah dengan kerusi-kerusi selamat di Terengganu? Setentunya sebagai tanda keakraban persahabatan TG Haji Hadi dengan Brader Anwar, bukan setakat PAS Terengganu boleh mengorbankan semua kerusi untuk Keadilan bertanding – malah TG Haji Hadi sendiri akan memboikot tidak bertanding kerusi DUN yang beliau duduki kini.

Tetapi lebih dari menagih kerusi selamat dari PAS Kelantan, persoalan saya ialah, bukankah perbuatan memberi atau menerima “subsidi” itu sendiri satu anathema [14] -- bid'ah yang lagi syirik -- dalam perjuangan keadilan yang syumul?

Walk your talk lah Brader Anwar! Janganlah tagih subsidi.

Sesentunya kesyumulan idea-idea politik Brader Anwar sudah diterima meluas di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di kawasan-kawasan urban seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Hinggakan, saya boleh nampak dalam mata minda saya di hari pengiraan undi kelak, tak terkira banyaknya, melimpah ruah undi yang diberi rakyat majmuk kepada Keadilan.

Langsung sekali lagi saya bertanya. Mengapa PAS Kelantan, malah PAS seluruh negara (kecuali Terengganu) perlu menggendong Brader Anwar Ibrahim? Mengapa begitu masochistic [15] jiwa PAS hingga sanggup membenarkan dirinya diperkudakan? [16], [17].

Apa, dan banyak mana hutang PAS dengan Brader Anwar Ibrahim?

No comments: