Thursday, May 31, 2007

Kes Lina Joy: Soalnya Sikap Terhadap Melayu

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Teramat Arif Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif kerana menyelesaikan kemelut “Lina Joy” dengan sungguh bijaksana dan penuh sopan santun bangsa Melayu [1].

Saya belum lagi berkesempatan membaca keputusan asal sepenuhnya, cuma mengikuti lapuran akhbar dan komentar blog [2] akan keputusan yang dibuat. Namun itu sudah cukup membuat saya amat terharu bila membaca betapa Yang Teramat Arif (YTA) dan Yang Arif (YA) telah mempamirkan satu contoh sukar ditandingi, akan keheningan minda dan keupayaan menganalisis bebas emosi akan isu-isu yang dibicarakan.

Bagi saya, tanpa menyebut sepatah ayat, YTA dan YA telah mengajak rakyat, khususnya orang Melayu menilai isu Lina Joy dari sudut:

  • Pendokong dan agents provocateur [3] di belakang Lina Joy [4] telah bertindak melalui saluran yang salah, dan

  • Meletakan Mahkamah Syariah pada martabatnya yang wajar.

Amati bahawa Jabatan Pendaftaran Negara telah akur dan bersetuju menukar nama “Azlina binti Jailani” kepada “Lina Joy” kerana pemohon telah mengemukakan permohonan yang sah -- yakni kesaksian dan pengesahan mahkamah sivil akan hakikat Azlina mahu dipanggil Lina Joy.

Amati bahawa hal-hal pengesahan tukar nama adalah dalam bidang kuasa mahkamah sivil.

Menukar nama adalah hak asasi semua manusia, termasuk Lina Joy. Begitu juga dengan hak menukar ugama. Sesiapa pun boleh dan berhak menukar ugama mereka. Tiada siapa yang boleh menghalang. Malah Allah pun tidak menghalang. Bab kesan perbuatan tersebut, itu soal lain. Pokoknya Allah tidak pernah menghalang.

Tetapi.

Tetapi di Malaysia sebuah negara yang berdaulat, seperti dengan hak mengsohihkan dan mewartakan penukaran nama itu adalah hak mahkamah; hak mengsohihkan dan mewartakan perbuatan menukar ugama adalah hak mahkamah -- hak Mahkamah Syariah.

Kes Lina Joy tidak sepatutnya menjadi sensasi negara dan menarik perhatian serong dunia terhadap undang-undang dan penghakiman tentang Islam di Malaysia, sekiranya Lina Joy dan agen-agen provokator di belakangnya mempunyai hormat sebesar zarrah, sebesar tungau, terhadap PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan Mahkamah Syariah.

Pengesahan murtad atau pun santunnya di panggil “penukaran ugama” Lina Joy sepatutnya diselesaikan di saluran Mahkamah Syariah. Sebaliknya Lina Joy dan sekutunya enggan berbuat demikian dalam saluran Mahkamah Syariah, tetapi berkeras untuk mengesahkan hasrat itu dalam saluran Mahkamah Sivil yang jelas tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara ini.

Yang dalam berbuat demikian Lina Joy dan sekutunya mempamerkan hati perut yang menghina Mahkamah Syariah. Yang sekaligus dengan itu menghina Perlembagaan.

Bagi saya kes Lina Joy bukanlah soal ugama atau hak asasi manusia. Kes Lina Joy ialah soal sikap. Soal sikap Melayu yang sudah tidak lagi merasa dirinya Melayu serta sahabat handai barunya yang dari kalangan bukan Melayu terhadap Melayu dan segala institusi Melayu.

Sikap bukan Melayu yang memandang rendah akan segala-gala tentang Melayu. Hatta apa juga sebutan tentang Melayu dalam kontrak sosial yang di panggil PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Dan sikap Melayu yang tersangat toleran dengan semua penghinaan itu.


Epilog: Semasa menadah kitab di pondok dulu, saya ada jugalah terbaca sebiji dua kitab-kitab statistik dan kebarangkalian. Khususnya kebarangkalian. Malah seingatan saya, hampir lapan tahun saya menadah kita-kitab tersebut. Yang mana ekoran itu telah mewarnai kefahaman saya, bahawa setiap fenomena yang wujud dalam alam maya ini, fenomena seperti perkahwinan atau perceraian, adalah takluk hukum statistiks dan kebarangkalian. Lalu di sini saya mengucapkan kepada Lina Joy agar hukum statistik dan kebarangkalian berada di pihak, dan menyebelahi puan. May the parameters, the alphas, betas and gammas be with you.

Monday, May 28, 2007

Politik Dalaman Pas: Di Belakang Mat Sabu Pisau Mat Sandiwara, Di Depan Ulama Machiavelli

PERHATIAN: Artikel ini telah diubah dari bentuk asal untuk memasukan pembetulan berikut [A].

Tu dia! Sah sudah Rudin X itu seorang “mercenary”, askar upahan! Memang betul lah tuduhan budak-budak saraf UMNO, Rudin X bukan setakat askar upahan, malah “pembunuh upahan.”[1] Rudin X ahli seumur hidup PAS, tetapi boleh berkawan, dan bertepuk bertampar dengan orang UMNO. (Bukan setakat itu, malah boleh jadi “syeikh pelancung” bawa geng-geng UMNO KL bersantai di Golok). Kutuk idola massa semakin pudar, Anwar Ibrahim si-Mat Sandiwara [2], [3], dalam internet pun sanggup. Sah manusia tak boleh pakai. Munafik. Bak kata seorang aktivis yang rapat dengan Tuan Guru Datuk Nik Aziz, jenis manusia projek dunia tak dapat, projek di akhirat pun tak dapat.


Pengantar Isu – Satu Dunia Silap Tafsir
Mukadimah adalah telahan saya akan reaksi pembaca bila terjeling tajuk posting hari ini.

Dan sebetulnya pun, posting hari ini hanyalah igauan saya yang didabikkan sebagai “analisis” tentang pertanding merebut jawatan-jawatan tertinggi PAS dalam Perhimpunan Agung (di panggil “Muktamar”) yang akan berlangsung tanggal 1 hingga 3 Jun 2007 [4], [5].

Sebermula, sebagai ahli PAS di kaki lima parti yang kakinya berjuntai dalam longkang, saya kadang-kadang tergelak sampai nak cramp urat perut membaca analisis media tentang pertandingan yang dijangka berlangsung di muktamar PAS yang akan datang.

“Sekular lawan ulama” jerit satu analisis [6], [7]. “Progresif lawan konservatif” tegas yang lain pula [8], [9]. Old Guards lawan Young Turks” kata seorang penganalisis politik [10], yang tidaklah secantik mana tetapi mempunyai perwatakkan yang “mengancam” dan sosok badan langsing (kata slanga Kelantan – tubuh lepas) yang mendebarkan jiwa ramai politikus lelaki (tetapi malangnya isteri orang). Dan di alam parlimen kedai kopi, berbagai spekulasi dalam jalur-jalur yang sama hangat diperkatakan.

Namun bagi Rudin X yang memanjang bersikap sinis, itu semua karut! Nonsense.


Apa Sebenarnya PAS hari ini.
Umum mengetahui persahabatan Presiden PAS Haji Hadi dengan Anwar Ibrahim adalah seakrab persahabatan Anwar dengan Nallakaruppan [11]. (Maksudnya, menunggu masa untuk dikorbankan seperti Nallakaruppan digergaji) [12].

Kamaruddin Jaafar Setiausaha Agung adalah tangan kiri sebagaimana Azmin Ali itu tangan kanan Anwar. Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS [13] tidak mempunyai lidah sendiri jika Anwar tidak bersedia untuk bertutur melalui proksi. Nasharuddin tidak boleh berfikir jelas selagi Anwar masih dilamun pengaruh medication-nya. (Anwar is on medication, so the rumours go). Hassan Ali? Bekas Pengarah Biro Tata Negara di zaman kegemilangan Anwar tidak perlu ulasan.

So there you go. PAS today is merely the Islamic branch of Parti Keadilan Rakyat. As good as when it was UMNO’s, back in the old days when PAS was the Islamic heart of UMNO. Dengan saf kepimpinan yang ada kini, PAS untuk segala tujuan praktis adalah cabang Islam Parti Keadilan Rakyat. Tidak lebih dari itu. Samalah seperti di suatu zaman dahulu, PAS itu adalah cabang Islam UMNO. Nun di zaman sebelum ada Islam Hadhari.

Itu senarionya. Dah tu, apa pula ada dengan Mat Sabu?


Isunya Anwar Ibrahim Lawan Mat Sabu
Dari kacamata saya, Tuan Haji Mohamad Sabu, perintis ungkapan nakal tapi tersohor “Al Juburi” adalah dalang percaturan dan taufan dalam cawan PAS yang hangat dianalisis kini [14],

Dan punca Mat Sabu mengambil kekuda demikian adalah Anwar Ibrahim.

Mengikut sesetengah pembawa hikayat, Anwar Ibrahim tidak pernah senang dengan Mat Sabu sejak hari-hari gemilangnya Yayasan Anda. Di zaman Wan Azizah masih anak dara lagi, bersekolah di satu sekolah tinggi (atas sikit dari sekolah menengah) di Lembah Pantai. Sejak zaman Anwar Ibrahim dan Wan Ismail bapa Wan Azizah saling membaling telor angsa yang siap berjampi (oleh bomoh yang sama, percayalah) ke dalam kawasan pagar rumah masing-masing.

Kedinginan dalam pertalian Anwar dengan Mat Sabu sampai kemuncaknya bila di satu ketika Mat Sabu di perangkap fitnah berkhalwat oleh Annuar Musa dan Nik Sepiye (yes sirree, Nik Sepiye yang sama yang kini dituduh menyembur gas pemedih mata ke muka Tun Dr Mahathir). Ketika itu, Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri, jawatan yang digila talaknya kini, telah menggunakan segala jentera media kerajaan, khususnya TV3, untuk mengaibkan Mat Sabu [15], [16].

Dalam bertindak balas, Mat Sabu telah mengadakan satu roadshow seluruh negara, dan di salah satu pidatonya itulah rakyat negara buat pertama kalinya mendengar ungkapan “Al Juburi” keluar dari mulut Mat Sabu [17].

So really, tuan/puan pendokong atau pembenci Tun Dr Mahathir, sorry to disappoint you guys, tuduhan “perangai pelik” ke atas Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang ori dari UMNO, sebaliknya adalah berpunca dari PAS. Tun Dr Mahathir merely picked up where and what Mat Sabu left.

Agak-agak boleh faham konteks sejarah perang dingin Anwar Ibrahim dengan Mat Sabu?

Fast forward ke sekitar pertengahan tahun 2006.

Saya berani cap jari, malah berani potong satu digit jari kelengkeng kiri, dengan syarat dibius dulu, yang Mat Sabu telah terhidu, kalau tidak pun mendapat bukti kukuh yang Anwar melalui orang-orangnya dalam PAS telah cuba meminggirkan Mat Sabu dan seterusnya mengenyah keluar Mat Sabu. Kalau tidak begitu masa kan pokok bergoyang dan PAS boleh dilanda taufan senyap?

Manusia mana sekalipun selagi punyai maruah dan harga diri yang berada dalam keadaan Mat Sabu akan bertindak balas -- itu kita tidak boleh salahkan Mat Sabu.


Masalah Strategi Mat Sabu -- Mendepankan Ulama Machiavelli
Saya bersimpati dengan hasrat, dan keterpaksaan Mat Sabu untuk membersihkan PAS dari watak-watak yang dilihat sebagai proksi Anwar Ibrahim. Tetapi cara Mat Sabu bertindak ini menimbulkan satu masalah.

Masalahnya ialah mendepankan Harun Taib sebagai calun Timbalan Presiden.

Sebelum Nasharuddin mengambil alih dalam tahun 2005, Hassan Shukri pernah menyandang jawatan tersebut secara default (kebetulan). Apa yang berlaku ialah Hassan Shukri telah "ter-naik pangkat" ekoran kewafatan Al Marhum Dato' Ustadz Fadzil @ Ali bin Mohd Noor yang menyandang jawatan Presiden.

Kekosongan jawatan tersebut telah diisi secara otomatik oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi yang ketika itu menduduki kerusi Timbalan Presiden. Bila kerusi Timbalan Presiden itu kosong kerana Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi "ter-naik pangkat," Hassan Shukri juga turut "naik pangkat" kerana ketika itu beliau menyandang jawatan Naib Presiden paling kanan dari segi jumlah undi yang diperolehi semasa bertanding jawatan.

Mungkin kerana Hassan Shukri dilihat gagal besar dalam peranan itu, ahli parti terpaksa menukar dia walaupun pencabarnya Nasharuddin was the least qualified person for the post [18].

Ya, memang Nasharuddin ada banyak kelulusan akademik, tetapi ramai perwakilan ketika itu juga sedar Nasharuddin tiada substance kepimpinan. Tiada zat kepimpinan. Tetapi di masa itu dek kerana "tidak tahan" dengan Hassan Shukri, perwakilan telah mengambil sikap – undilah siapa juga selain dari Hassan Shukri. Maka itu tergoleklah Hassan Shukri dari jawatannya.

Kini Hassan Shukri telah dicaturkan supaya menduduki kerusi Ketua Dewan Ulama secara "tunjuk" atau dalam bahasa pasaran saham -- backdoor listing -- penyenaraian syarikat ke bursa jalan pintu belakang.

Kini Harun Taib di pertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

Saya tidak berniat memperihalkan panjang lebar sejarah Harun Taib yang mana itu semua saya yakin diketahui intim oleh kebanyakan ahli-ahli kanan (lama) PAS. Cuma sekadar memberitahu pembaca yang mungkin tidak mahir dengan sejarah PAS, bahawa kerusi Ketua Dewan Ulama yang Harun Taib duduki kini pun adalah "teranugerah secara default."

Beliau yang menjadi timbalan kepada TG Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mendapat kerusi tersebut setelah TG Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang ketika itu menyandang jawatan Ketua Dewan Ulama naik menjadi Mursyidul Am PAS.

Sejujurnya saya tidak tahu mengapa ramai ahli tidak sukakan Harun Taib. Dan sebenarnya pun selama ini saya tidak pernah ambil pusing tentang masalah kekuatan dan kelemahan kepimpinan PAS. Tapi kebelakangan ini bila sampai bab pencalunan Harun Taib, saya tidak boleh tidak kena buka mata dan pasang telinga. Kerana apa?

Kerana dalam penilaian saya Harun Taib ialah seorang ulama berjiwa Machiavelli [19].

Mengapa saya begitu lancang dan berani tuduh begitu? Kerana saya amati dalam persiapan bertanding jawatan Timbalan Presiden, Harun Taib telah mengeluarkan satu arahan sulit melalui Setiausaha Dewan Ulama yang dikepalainya supaya tiga jawatan teratas Dewan Ulama tidak dipertandingkan.

Arahan sulit itu menimbulkan masalah dan banyak persoalan.

Masalah pertama dengan arahan itu ialah implikasi hati perut Harun Taib yang tidak demokratik dan yang membelakangkan perlembagaan parti. Atas diri dia boleh bertanding. Atas diri orang lain diharamkan bertanding. Khususnya untuk jawatan yang dia sandang – Ketua Dewan Ulama.

Gambar gelagat seorang ulama Syiah ini adalah sekadar hiasan dan dipetik dari blog condong “Salafi” ini [20]. Tidak diniatkan gambar ini membayangkan sesiapa dalam PAS. Cuma ditunjuk dengan niat mengingatkan pembaca akan kemungkinan seorang ulama itu tidak semestinya bebas dari nafsu serakah.

Arahan ini menghantar satu isyarat Machiavelli tentang Harun Taib. Dengan mengharamkan pertandingan dalam Dewan Ulama, dia sebenarnya menyediakan satu skim insurans untuk kerjaya politiknya. Jika Harun Taib kalah dalam perebutan Timbalan Presiden PAS, dia masih ada jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama. Maksudnya dia mengambil satu langkah tanpa risiko.

Itu jika Harun Taib kalah. Apa jadi kalau dia menang jawatan Timbalan Presiden?

Jika Harun Taib menang jawatan Timbalan Presiden, secara otomatik jawatan Ketua Dewan Ulama akan kosong! Dan lazimnya Timbalan Ketua akan naik menjadi Ketua. Tetapi itu tidak akan berlaku dalam Dewan Ulama. Berserta arahan sulit bertulis, satu arahan lisan telah dikeluarkan supaya Mohamad Daud Iraqi penyandang Timbalan Ketua kini tidak dinaikkan pangkat! Sebaliknya Hassan Shukri hendaklah lantik menjadi Ketua Dewan Ulama.


Masalah Hakiki PAS (dari perspektif Rudin X)
Saya tidak berhasrat untuk mecemarkan nama baik ulama dengan melabelkan peribadi Harun Taib dan Hassan Shukri itu dan ini. Tetapi saya berani meletakkan pandangan saya tentang keupayaan kolektif intelek mereka dari menilai hasil yang boleh ditunjuk selama mereka memanaskan kerusi-kerusi Dewan Ulama selama ini.

Apa peranan Dewan Ulama selama ini?

Apa fatwa yang telah dikeluarkan Dewan Ulama dalam tempoh setahun dua ini? Dalam ahli PAS bergelut mematahkan serangan balas UMNO melalui Islam Hadhari, apa fatwa Dewan Ulama tentang Islam Hadhari? Apa sikap dan fatwa Dewan Ulama terhadap kes Lina Joy? Ini satu dua contoh soalan yang wajar ditanya.

Kita ahli PAS bukannya berjuang dengan wang ringgit. Kita berjuang dengan air liur dan semangat. Ganti wang ringgit untuk bergerak, kita perlukan bekalan dan pengisian spiritual, peluru kebatinan bernama semangat untuk bertempur dengan wang ringgit dan jentera UMNO. Kekuatan semangat datangnya dari prinsip yang jelas. Dan dalam konteks PAS sebuah parti politik yang ada sayap ulama, prinsip jelas datangnya dari fatwa ulama!

Maka membawa kita kepada soalan saya kepada Harun Taib dan Hassan Shukri – hatta semua ahli Dewan Ulama: Di mana dan apa sumbangan nyata Dewan Ulama kepada perjuangan parti dalam tempoh setahun dua ini?

Tidak malu kah kita ahli PAS bila berdepan dengan penyokong atau seteru, dalam menjawab isu-isu sensitif berkaitan ugama, kita terpaksa rujuk kepada fatwa dan pendapat Harussani Zakaria Mufti Perak seorang ulama lantikan UMNO? [20] Sebab kita tidak tahu apa fatwa atau pendapat Dewan Ulama kita. Ironis sekali, kita ramai-ramai tuduh Dolah Perdana Menteri itu kaki tidur tetapi di masa yang sama ulama kita pun “kangkong,” pasif longlai laksana terbius.

Kita ahli yang tidak ulama lagi jahil fekah/fikh boleh mainkan peranan kita dengan mencurahkan segala tenaga, ilmu, kepakaran dan pegalaman sekular yang kita ada untuk menolong PAS menjayakan misi parti. Dan kita boleh serah jiwa raga sehubungan ini.

Tetapi di masa yang sama, apa sumbangan ulama selain TG Nik Aziz dan Haji Hadi dalam misi ini?

Cukupkah dengan sekadar menjadi seri panggung wal prima donna? Main peranan tukang baca doa majlis. Bercakap lebih kurang dengan poin-poin tohor yang disokong pembacaan sepatah dua firman Tuhan. Buat satu dua lawak kabur. Yang mana perbuatan itu dipanggil – ceramah politik. Realistik lah sikit! Bersamalah kita perah otak, bersamalah kita berpeluh. Kalau PAS menang pun, tuan-tuan juga yang dapat isi, kita penyokong dan ahli sekular cuma dapat kuah! Itu pun kalau dapat [21].


Rumusan
Muktamar PAS kali ini akan menyaksikan pertembungan fraksi-fraksi yang berpunca dari fe-el parasitik Anwar Ibrahim. Dalam dia gila talak mahu kembali kepada UMNO, dia telah memperkudakan segala organisasi Melayu yang dia dapat cengkam, baik secara langsung mahu pun secara proksi. Siapa yang sohih menentang atau dilihat cuba menentang akan dijentolakkan. Akan dinyah keluar dari organisasi tersebut.

Akibat intriq Anwar Ibrahim, Mat Sabu adalah di pihak yang benar dan punyai hak mempertahankan kedudukannya dalam PAS. Cuma kaedah Mat Sabu dalam hal ini, jika berjaya sekalipun, akan mengundang masalah. Barisan ulama yang Mat Sabu jadikan proksi untuk menentang proksi Anwar Ibrahim adalah punca PAS dipandang jumud lagi mundur. Kemenangan proksi Mat Sabu akan menganjak PAS 20 tahun ke belakang.

Sehubungan ini, jika Mat Sabu menang PAS akan jadi keldai perhiasan; dan jika Mat Sabu kalah PAS akan jadi baghal tonggangan. Menang jadi abu, kalah jadi arang.


Jalan Keluar
Ada jalan keluar dari dilema ini?

Ada. Jalan win-win bagi Anwar dan Mat Sabu. Jalan Mat Sabu tidak dilihat menang mutlak dan Anwar dilihat tidak kalah mutlak. Jalan di mana untuk pusingan ini perwakilan mengekalkan Mat Sabu di jawatan Naib Presiden, tetapi menangguh pertabalan Harun Taib sebagai Timbalan Presiden ke suatu waktu yang sesuai di masa hadapan.

Di masa yang sama selain dari memastikan kekal Naib Presiden, perwakilan mesti kalahkan seorang lagi watak proksi Anwar Ibrahim di barisan Naib Presiden. Untuk jawatan Setiausaha Agung, ada baiknya jika perwakilan menggantikan watak kini tanpa lengah.

Huuuu. Dengan penulisan ini maka akan berasap ler mailbox Rudin X. Dan paip-paip air kerajaan yang diswastakan pun berpancutanlah untuk membolehkan wudhu tujuan melangsungkan pesta mensolat hajat Rudin X.

Mampus aku kali ni?

Saturday, May 26, 2007

13 Mei 1969: Andaian Meleset Yang Dibukukan

Gambar di atas ialah dipiksi (depiction) satu kisah tersohor dalam sejarah Rom, yakni The Rape of the Sabine Women [i]. Gambar ini dan seterusnya adalah sekadar hiasan.


Urgggh! Malas ke tulang hitam rasanya saya nak buat kerja gratis (percuma) untuk UMNO dan sekaligus Kementerian Penyiaran. Kerja percuma untuk Menantu Dolah dan Zainuddin Maidin.

Tetapi apakan daya, kedua-dua institusi itu sudah terlalu uzur untuk berfikir (yang pertamanya berusia 60 tahun, dan yang keduanya sudah 50 tahun). Sepatutnya salah satu atau kedua-dua institusi ini yang menjawab dan membetulkan fakta. Tetapi malangnya kedua-dua membisu. (Mungkin bisu beragenda dan/atau atas arahan dari seberang Selat Tebrau).

Oleh kerana saya anggap memperbetulkan, menentang perbuatan merubah sejarah negara itu satu fardhu kifayah, dan kerana saya nampak tiada Melayu lain mahu ke depan, maka biarlah saya cuba menegur perbuatan bathil itu.

Menurut seorang apologist (tukang perbetul cerita) pengarang buku “13 Mei” [1], rumusan pengarang ialah Al Marhum Tun Abdul Razak mencetuskan rusuhan 13 Mei dalam membolehkan satu coup de tat dari Al Marhum Tunku Abdul Rahman. Nauzubillah! Zalimnya tuduhan.

Tetapi sebelum kita mengupas kezaliman itu, ada baiknya kita menafsir apakah dorongan intelektual yang merasuk pengarang "13 Mei" untuk memutar belitkan sejarah. Apakah persoalan besar yang ingin dijawab, hingga ada pihak “wang besar Cina” yang sanggup menaja pengarang bermentelaah di London selama tiga bulan untuk menggali, mengorek kononnya arkib lapuran perisikan Brtish yang telah dibatalkan palang rahsia tentang 13 Mei?

Seorang Arab (Islam?) sedang dibelasah oleh sekumpulan bangsa Kulit Putih semasa rusuhan anti-Islam di Australia dua tahun lepas.

Setepatnya, berikut ialah hasrat dan niat pengarang buku “13 Mei” seperti yang diselokakan oleh seorang apologist bagi pihak pengarang [2].

"Thesis utama Dr Kua dalam bukunya Mei 13 adalah untuk menyebarkan rancangan dan konspirasi Tun Abdul Razak dan Harun Idris yang ingin merancangkan koup de tat supaya memulakan NEP dan isu-isu ketuanan Melayu. Ini bermaksud tanpa rancangan sedemikian, peristiwa Mei 13 akan dapat dikawal dengan bantuan polis. Mungkin hanya kes-kes terpencil mati 1-2 orang saja yang akan berlaku. Ini akan dapat dikawal dengan serbuan polis yang tidak berat sebelah.

Soalnya bukan siapa salah. (Cewah cewah, tak perlu tanya siapa salah). Memang susah nak ditentukan siapa yang marah, siapa yang memulakan perbalahan. (Alahai sonang nya justifikasi intelektual. Jangan pertikai salah siapa, ianya, awak semua kena percaya cakap saya, salah Tun Razak). Kalau sekarang terdapat rakyat Melayu yang terbaca blog di internet dan memulakan rusuhan, tidak pun dapat dikenalpasti yang saudara Rudin yang bertanggungjawab (Wow, berpengaruhnya Rudin X! Langsung tak sangka). Thesis Dr Kua bukan nak salahkan siapa yang marah dulu. (Oh, jangan salahkan Cina hina dan caci Melayu. Siapa yang beri lesen dan permit tu?). Thesis Dr Kua nak kenalpasti kenapa polis dan tentera tidak dapat kawal peristiwa 13 Mei tetapi sebaliknya menggalakkan peristiwa ini. Dan apakah sebab-sebab dan konspirasi disebalik kabir."

Perhatikan dalam sedutan karangan di atas, perkataan dalam italic ialah komentar Rudin X akan penulisan apologist, manakala perkataan yang digelapkan (bold) ialah kononnya nawaitu si pengarang buku mengikut cakap apologist.

Alaaaaaahai. Kalau setakat nak tahu mengapa pasukan tentera ketika itu dilihat “memihak” dan nampak seperti tidak bertindak mengawal keadaan, jawapannya bukan berada di London. Jawapannya bukan terletak pada tafsiran jaundis (berat sebelah) oleh perisik British/Australia di Malaysia.

Jawapannya terletak pada budaya dan semangat setiakawan, esprit de corp tentera.

Semangat setiakawan yang sama telah mendorong tentera Amerika melakukan My Lai Massacre di Vietnam [3]. Budaya dan semangat setiakawan yang nendorong askar Amerika membantai umat Fallujah di Iraq [4]. Semangat setiakawan yang mendorong tentera British yang didewa-dewakan oleh bangsa Cina Malaysia melakukan penyembelihan Cina beramai-ramai di Batang Kali.[5]

Budaya dan semangat yang sama wujud di kalangan semua askar di seluruh dunia, malah juga ada di kalangan soldadu Angkatan Tentera Singapura.

Mentaliti membalas dendam terhadap apa yang mereka fikir penganiayaan ke atas salah seorang dari kalangan mereka.

Di Malaysia, sebilangan Askar Melayu Di Raja telah tompang mengamuk sama dengan Melayu-melayu lain pada 13 Mei 1969 dan sehari dua berikutnya. Sebab?

Sebab pada malam 11 Mei, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan (Leftenan Muda mengikut sesetengah versi) bersama tunangnya (isterinya) telah mati dibelasah beramai-ramai oleh segerombolan Cina yang sedang berdemonstrasi sebaik saja mereka keluar menonton wayang di Panggung Federal. Dan mengikut sesetengah versi cerita, mayat mereka kemudiannya diseret dengan motorsikal sekeliling kawasan Chow Kit.

Cerita ini dalam beberapa versi yang mengerikan, dengan lokasi kejadian yang sedikit sebanyak berbeza (ada versi Panggung Rex dan Jalan Petaling), tetapi dengan jalan cerita yang sama – seorang pegawai askar mati dibelasah Cina ketika keluar dari panggung wayang.

Itu puncanya sejarah melihat pihak pentadbiran negara gagal mengawal rusuhan – keadaan memang sudah tidak terkawal lagi. Cerita berkumpul Melayu di rumah Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu adalah kemudian dari cerita ini. Malah cerita inilah catalyst atau pemangkin berkumpulnya Melayu di Kampong Bharu.

Pembaca boleh mensohihkan cerita yang saya bawa ini dengan bertanya kepada siapa juga Melayu yang masih hidup dan mempunyai pengalaman “dekat” dengan peristiwa 13 Mei.

Untuk mendapatkan corroboration (keselarian) tentang cerita saya ini, sila klik dan lawat blog ini [6].

Jika pengarang buku “13 Mei” jujur dan tiada niat lain, pengarang tidak perlu cari penjelasan di London. Carilah penjelasan dalam rekod lapuran polis di Balai Campbell (Dang Wangi). Atau kalau tidak pun, cari dalam rekod semboyan (telex) lapuran kejadian jenayah berat di Bukit Aman untuk malam tersebut. Tidak perlu bersusah payah ke London.

Nah tuan/puan. Dalam hal tercetusnya rusuhan 13 Mei, puak chauvinis Cina telah tersilap langkah dengan membunuh seorang pegawai Askar Melayu. Yang mana ekoran itu, yang selain dari berjaya membakar kemarahan orang Melayu dengan perarakan besar-besaran menang pilihan raya, askar Melayu telah turut marah. Dan sebelum tuan/puan atau sesiapun chauvinis China menuduh Askar Melayu yang terlibat dalam 13 Mei itu campur tangan dalam politik negara, maka di sini saya sanggah -- penglibatan mereka adalah soal hati. Noktah.

Bila segerombolan askar mengamuk, tuan/puan fikir Tun Razak boleh kawal? Ingat polis boleh kawal? Lagikan seorang laskar kena tangkap polis pun, askar satu batalion sanggup rempuh dan serang balai polis, inikan pula mengawal gerombolan askar yang sedang marah dengan bersenjata lengkap.

Ingat kisah “Prebet Adam” yang mengamuk di Chow Kit dengan raifel M16 nya? Langsung mencetuskan Operasi Lalang? [7] Itulah mentaliti dan jiwa seorang askar Melayu sebagai pedoman. Siapa yang selesaikan insiden dan pujuk Prebet Adam menyerah diri? Dr Mahathir? Polis? Tidak. Pegawai Pemerintah Prebet Adam kena turun padang dan berdepan dengan muncung raifel Prebet Adam.

Nasib kamu lah chauvinis Cina. Dengar lagi hasutan sahabat handai dan saudara mara kamu dari Singapura! Kamu sudah pijak ekor ular. Kamu kena patuk. Kamu dah kejutkan harimau tidur. Kamu kena baham. Sudah itu kamu tuduh Tun Razak jahat. Kamu tuduh 13 Mei disengajakan kerana agenda nak lancarkan DEB. Kaudu sungguh hati perut kamu.

Kencing dalam tempurung bulu dan cerminkan muka kamu di situ dulu. Sesudah itu carilah salah Melayu.

Dah tu kamu orang cuba jadi revisionist sejarah pula?

Kepada Siapa Bangsa Melayu Hendak Bermajikan? -- Bahagian 1

Jika Malaysia, khususnya Kelantan ada Mak Yong dan Menora, Jepun ada “kabuki.” Visual kabuki yang dipaparkan di sini adalah difikirkan sesuai dengan jalan cerita yang di ketengahkan. [1], [2]


Oh? Satu lagi wayang tinggi sedang di aksikan oleh Pemuda UMNO dan DAP [3].

Kali ini DAP menuduh sektor awam – jabatan, kementerian dan segala agensi yang bersangkut dengan kerajaan -- sebagai bakul sampah di mana graduan Melayu yang berkualiti rendah dilambakkan [4].

Keesokan harinya, dalam bersikap di luar karektornya (out of character) sejak 3-4 tahun lepas, Pemuda UMNO nampaknya bingkas menuntut DAP supaya menghantar maaf di atas statmen yang dibuat [5], [6].

Dan dalam rangka menampakan kelompok akademik Melayu tidaklah sebegitu impoten minda mereka, seorang Profesor Melayu pun turut membisikkan seloka mempertikaikan kenyataan DAP [7].

Tepuk … tepuk ... tepuk.

Mengapa saya labelkan episod ini sebagai satu wayang tinggi?

Kerana saya pasti isu ini telah memberi semua pihak terlibat perbatuan politik (political mileage) yang mereka tercari-cari untuk PRU ke 12, yang sah, sudah dekat sangat [8].

Dengan memainkan isu lambakan graduan Melayu ke dalam khidmat kerajaan, DAP telah mengembirakan Maharaja PAP – LeeKuan Yew – kerana sebagai cabang PAP [9] di Malaysia [10], [11], parti ini berjaya menghidupkan isu dalam genre (aliran) Malaysian Malaysia. Di mana dalam kata lain Malaysian Malaysia ialah satu frasa kod kepada gerakan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Betapa seronoknya Lee Kuan Yew yang berada dipintu maghrib hayatnya.

Tetapi lebih dari itu, laksana seorang perempuan yang lazimnya boleh menikmati beberapa orgasm (kemuncak seks) dalam sekali perlakuan jima’ Lee Kuan Yew telah mendapat kemuncak kedua berturut-turut bila Pemuda UMNO telah bertindak seperti yang Lee Kuan Yew mahu dunia lihat – Melayu itu bangsa yang cetek lagi latah. Bangsa yang memerlukan penjagaan spesis terlindung untuk hidup.

Ahhhh … sekalung tahniah untuk Lim Kit Siang dan Menantu Perdana Menteri yang nampaknya dalam konteks ini telah berkonspirasi.

Ini semua spekulasi saya tentang apa yang berlaku diperingkat tinggi.

Tetapi di peringkat marhain, peringkat pejalan kaki lima seperti kita semua, jelas isu ini telah memberikan sedikit imej positif kepada masyarakat pengundi yang disasarkan. Penyokong DAP nampak DAP itu berani mencabar establishment Melayu. Satu undi dari saya. Manakala penyokong UMNO pula melihat UMNO lantang mempertahankan maruah Melayu. Nah, satu undi dari saya.

Satu isu jadian win-win (menang-menang) untuk DAP dan UMNO. Tak wayang namanya?

Bersambung.

Wednesday, May 23, 2007

13 Mei 1969: Malaysian Malaysia & Artikel 153

Gambar di atas adalah dari buku pengkisahan 13 Mei yang diluluskan oleh kerajaan ketika itu. Sila lihat gambar asal di laman Forum MyKMU.Net.


Soalan saya kepada intelektual kaum China adalah mudah – mengapa kamu pertikaikan perlaksanaan dan pemanjangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal DEB hanyalah kaedah merealisasikan hasrat Artikel 153 Perlembagaan?

Walhal datuk nenek kamu dalam kebijaksanaan mereka sudah bersetuju untuk berkontrak sosial dengan Melayu, termasuk menerima Artikel 153?

Datuk nenek kami orang Melayu telah bersetuju merelakan kamu berkongsi bumi ini dengan kamu, bersetuju memberi kerakyatan kepada kamu, dengan syarat kamu bersetuju untuk menjamin hak dan mengiktiraf ketuanan Melayu ke atas bumi ini [1].

Semasa British ada, kerana kamu terlalu takutkan British, sepatah bantahan pun kamu tidak luahkan kepada Reid Commission yang menulis Perlembagaan Malaysia [2]. Bantahlah, jika benar Artikel 153 dan lain-lain artikel yang kamu tidak bersetuju itu sememangnya zalim. Mengapa tidak bantah?

Tetapi setelah British pergi, lain pula cerita kamu. Sampai hari ini kamu masih lagi merengek tidak bersetuju dengan banyak hal dalam Perlembagaan Malaysia.

Sebenarnya, mudah sangat untuk kita selesaikan segala maslaah yang bersangkutan dengan DEB dan hak istimewa Melayu. Tidak perlu laungkan MERITOKRASI. Kamu orang usulkan saja supaya Artikel 153 di mansuhkan. Kerana peruntukan Artikel 153 itu sendiri tidak membolehkan meritokrasi. Kerajaan Dolah yang ada kini tentunya akan akur. Habis cerita.

Tidak perlu fitnahkan DEB lewat menuduh Al Marhum Tun Razak mencetuskan 13 Mei sebagai kaedah rampas kuasa, coup de tat dari Al Marhum Tuakun Abdul Rahman [3]. Tidak perlu ambil jalan berliku mempalitkan haram DEB itu, kerana dilahirkan dari coup de tat satu perbuatan mendapatkan kuasa politik yang segajat anggap cara haram.

Tidak perlu sindir bahawa China ramai mati kerana 13 Mei, demi membolehkan Melayu kecap senang melalui DEB yang terhasil ekorannya. Sindir bahawa Al Marhum Tun Razak itu tamak kuasa sehingga sanggup rampas kuasa. Dan tanpa menyebut sepatah ayat, sindir bahawa Najib anak sulong Tun Razak adalah dari baka yang sama.

Dan Brader Anwar Ibrahim pun tidak perlu ke hulu ke hilir membuang masa mencabar kewibawaan, otoriti Artikel 153 di bawah penyamaran menegakkan keadilan – mempropogandakan betapa DEB itu sudah tidak relevan dan sepatutnya dimansuhkan [4], [5].

Cakap terus terang – Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pihak kaum bukan-Melayu dan dalam rangka memancing undi China khususnya untuk PRU 12, mahukan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia di mansuhkan. Jadikan itu manifesto pilihan raya PKR. Selesai semua masalah. Mudah, kan?

Ini tidak, kamu puak China chauvinis dan wira baru kamu telah mengambil jalan persis yang diambil Lee Kuan Yew. Yakni ambil jalan payah yang lagi hiporik, yang malangnya semua orang boleh baca.

Lee Kuan Yew pun tidak pertikaikan Artikel 153 secara terang-terangan, cuma dengan penuh sopan santun, dia mahu dan laungkan MALAYSIAN MALAYSIA. Yang kini sayangnya, ramai anak muda Melayu tergoda dengan ungkapan frasa ini, lalu turut bersetuju membabi buta.

Mengikut sejarah rasmi Singapura, asalnya slogan “Malaysian Malaysia” adalah konsep ciptaan Lee Kuan Yew dalam berdepan dengan fraksi chauvinis China dalam People’s Action Party (PAP) [6] yang kemudiannya berpecah menubuhkan parti Barisan Sosialis [7].

  • Racial tensions increased dramatically within a year and was fuelled by Barisan Sosialis's tactics of stirring up communal sentiment to discredit the government of Singapore and the federal government of Malaysia. In particular, the Chinese in Singapore disdained being discriminated against by the federal policies of affirmative action, which granted special privileges to the Malays guaranteed under Article 153 of the Constitution of Malaysia. There were also other financial and economic benefits that were preferentially given to Malays. Lee Kuan Yew and other political leaders began advocating for the fair and equal treatment of all races in Malaysia, with a rallying cry of "Malaysian Malaysia!".

Dari deskripsi rasmi yang dikeluarkan PAP, apa yang dapat dibaca dengan jelas ialah perbezaan pendekatan di antara Lee Kuan Yew dan Lim Chin Siong Setiausaha Agung Barisan Sosialis terhadap apa bentuk implementasi Artikel 153. Maksudnya, sejak tahun 1961 lagi, sebelum Persekutuan Malaysia di tubuhkan pun, sudah ada prototype, janin atau lembaga kasar DEB. Dan di ketika itu pun, kaum China sudah tidak senang.

Pembawah umum di antara kedua-dua pemimpin China Singapura itu ialah mereka jelas tidak menyukai sebarang bentuk affirmative action (tindakan membetulkan) yang menghidupkan Artikel 153. Cuma cerdik-bodoh menjadi garis pemisah di antara mereka.

Di satu pihak, Barisan Sosialis yang kononnya pro-komunis mengambil sikap perkauman terus terang tidak setuju dengan Artikel 153. yang menampakan benci terhadap Melayu.

Di pihak yang lain pula Lee Kuan Yew pun tidak sukakan Melayu dijamin hak istimewa. Cuma sikap dia tidak nyata membenci. Kerana dia cuma minta kesaksamaan hak dan pembahagian sumber antara Melayu dengan kaum lain. Lee Kuan Yew tidak meletak bangsa China di hadapan, dia cuma mahukan meritokrasi. Yang dalam kata lain, bermaksud Melayu tidak layak diberi sebarang layanan istimewa.

Maka laungan Malaysian Malaysia – yang bermaksud negara Malaysia hak semua penduduk tanpa ada kaum yang mendapat keistimewaan.

Posting ini juga boleh dibaca di laman 13 Mei: Dari Kacamata Melayu.

Tuesday, May 22, 2007

13 Mei 1969: Sikap Kaum China Terhadap Artikel 153 Perlembangaan Malaysia

Slip mesej “Sapu Melayu” seperti dalam gambar telah disebarkan melalui angpow Tahun Baru China 1969. Yang jika benar tuduhan ini, membawa implikasi puak cauvanis China telah rancang satu pesta "ajar Melayu" sejak awal tahun lagi. Watak yang memberitahu saya perkara ini telah lama meninggal dunia, tetapi untuk memahami konteks gambar dan tuduhan sila lawati laman ini [i].


Terus terang saya akui, saya bukan seorang ahli sejarah. Saya tidak tahu metode kajian sejarah dan tidak pernah belajar. Saya cuma seorang Melayu celik huruf yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Maka itu saya terima apa juga kritikan terhadap pengkisahan sejarah yang saya bawa di sini dan dalam posting selanjutnya berkenaan subjek ini.

Tetapi dari atas sejadah tempat saya bersimpoh, dalam maraqobah saya, punca 13 Mei adalah cukup mudah – sikap kaum China terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia [1], [2], [3].

Amnya kaum China tersangat benci kepada Artikel 153.

Bagi China Artikel 153 meletakan bangsa Melayu yang mereka pandang rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar. Kerana Artikel 153 bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan menjamin kedudukan itu [4].

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia.

Sebutlah apa perbalahan kaum antara Melayu dengan China, baik di Sungai Manek, Batu Pahat [5], [6], Rusuhan Maulud Nabi di Singapura dalam tahun 1964 [7], dengan kemuncaknya pada 13 Mei di Kuala Lumpur; atau carilah punca terbakarnya semangat cauvanis dan ethno-centric China yang diklimakskan dengan Operasi Lalang [8], [9] -- Artikel 153 Perlembangaan Malaysia adalah puncanya.

Cuma, kaum China tidak berani berterus terang menyebutnya. Serang secara sipi.

Kerana terlalu acap kali bila tersepit dalam berhujah tentang apa juga isu kaum, mereka akan mengungkit kebebasan bersuara sebagai dijamin oleh social contract. Tanpa menyebut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, mereka menyeru kontrak sosial.

Sebaliknya mereka menyerang Dasar Ekonomi Baru (DEB) [10]. Dan selama ini menyerang dan mempertikaikan apa juga penzahiran dan perlaksanaan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Dan terkini cuba menyerang insan yang dilabel sejarah sebagai pencetus dan pengarang Dasar Ekonomi Baru. Menyerang Almarhum Tun Abdul Razak [11]. Yang sekali imbas memang nampak ada justifikasi [12], tetapi sebenarnya itu satu kesilapan dalam membaca fakta.

Sehubungan ini, izin saya catit dan tekankan di sini bahawa DEB dan apa yang UMNO perjuangkan sepanjang ianya tidak menjadi sekorup wujudnya hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Bukan satu inovasi,bukan satu bid’ah yang bertentangan dengan kontrak sosial yang dipanggil Perlembagaan Malaysia.

Sebaliknya. PAS dan UMNO berserta umat Islam-Melayu lain dalam isu-isu kepentingan bangsa yang dipersetujui bersama cuma ingin melihat Artikel 153 dihayatkan, direalisasikan, diimplementasikan. Itu saja, dan tidak lebih dari itu.

Tetapi perhatikan ironi dan hipokrisi penaakulan (reasoning) barisan intelek kaum bukan-Melayu khususnya China. Mereka tidak teragak-agak bersandar kepada apa juga artikel perlembagaan yang lain, selagi perbuatan itu boleh memanjangkan dan memenangkan hujah mereka. Perhatikan perbuatan ini dalam kes mempertahankan kebebasan untuk murtad atau kebebasan mempertikaikan segala sesuatu yang dilihat istimewa tentang kaum Melayu.

Namun juga amati, perhatikan, tafakurkan, dan tawajuhkanlah jika biasa dengan kaedah ini – bahawa dalam berbuat itu semua mereka langsung tidak mahu menyebut Artikel 153. Seolah-olah Artikel 153 tidak wujud.

Di bawah ialah paparan Artikel 153 selengkapnya [13]. Maaf ianya dalam bahasa Inggeris kerana saya tidak bertemu sumber internet dalam bahasa Melayu yang mudah di cut and paste. Saya ada menyimpan senaskah bahasa Melayu Perlembagaan, tapi seperti ramai Melayu lain, saya juga pemalas. Malas nak menaip panjang-panjang.

Article 153

1. It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.

2. Notwithstanding anything in this Constitution, but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special provision of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law, then, subject to the provisions of that law and this Article, of such permits and licences.

3. The Yang di-Pertuan Agong may, in order to ensure in accordance with Clause (2) the reservation to Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other educational or training privileges or special facilities, give such general directions as may be required for that purpose to any Commission to which Part X applies or to any authority charged with responsibility for the grant of such scholarships, exhibitions or other educational or training privileges or special facilities; and the Commission or authority shall duly comply with the directions.

4. In exercising his functions under this Constitution and federal law in accordance with Clauses (1) to (3) the Yang di-Pertuan Agong shall not deprive any person of any public office held by him or of the continuance of any scholarship, exhibition or other educational or training privileges or special facilities enjoyed by him.

5. This Article does not derogate from the provisions of Article 136.

6. Where by existing federal law a permit or licence is required for the operation of any trade or business the Yang di-Pertuan Agong may exercise his functions under that law in such manner, or give such general directions to any authority charged under that law with the grant of such permits or licences, as may be required to ensure the reservation of such proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yang di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.

7. Nothing in this Article shall operate to deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him or to authorised a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of a person any permit or licence when the renewal or grant might reasonably be expected in the ordinary course of events.

8. Notwithstanding anything in this Constitution, where by any federal law any permit or licence is required for the operation of any trade or business, that law may provide for the reservation of a proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak; but no such law shall for the purpose of ensuring such a reservation-

* (a) deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him;

* (b) authorise a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any person any permit or licence when the renewal or grant might in accordance with he other provisions of the law reasonably be expected in the ordinary course of events, or prevent any person from transferring together with his business any transferable licence to operate that business; or

* (c) where no permit or licence was previously required for the operation of the trade or business, authorise a refusal to grant a permit or licence to any person for the operation of any trade or business which immediately before the coming into force of the law he had been bona fide carrying on, or authorise a refusal subsequently to renew to any such person any permit or licence, or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any such person any such permit or licence when the renewal or grant might in accordance with the other provisions of that law reasonably be expected in the ordinary course of events.

1. (8A) Notwithstanding anything in this Constitution, where in any University, College and other educational institution providing education after Malaysian Certificate of Education or its equivalent, the number of places offered by the authority responsible for the management of the University, College or such educational institution to candidates for any course of study is less than the number of candidates qualified for such places, it shall be lawful for the Yang di-Pertuan Agong by virtue of this Article to give such directions to the authority as may be required to ensure the reservation of such proportion of such places for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yank di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.

9. (9) Noting in this Article shall empower Parliament to restrict business or trade solely for the purpose of reservations for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak.

1. (9A) In this Article the expression "natives" in relation to the State of Sabah or Sarawak shall have the meaning assigned to it in Article 161A.

10. The Constitution of the State of any Ruler may make provision corresponding (with the necessary modifications) to the provisions of this Article.

Amati peruntukan Artikel ini dengan teliti, dan saya pasti tuan/puan akan boleh teka apa hujah saya selanjut.

Nota: Segala pandangan, tafsiran dan interpolasi fakta oleh Rudin X tentang insiden 13 Mei adalah semata-mata luahan peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa atau mana-mana kumpulan. Rudin X bertanggung jawab sepeniuhnya akan apa yang ditulisnya.

Posting ini juga boleh dibaca di laman 13 Mei; Dari Kacamata Melayu.


Monday, May 21, 2007

13 Mei 1969: Pengantar Perbincangan

I suppose it is now kosher for the Malays to dissect the 13 May Race Riot given that the Chinese has formally started it. Why should I, a Malay, allow the non-Malays a monopoly of its discussion? After all, doesn’t nature abhor a monopoly?


Dengan posting ini saya mulakan luahan tafsiran dan pengetahuan saya tentang peristiwa rusuhan kaum yang terjadi di Kuala Lumpur dalam tahun 1969, yang popularnya dikenali sebagai “Peristiwa 13 Mei” atau dengan kata singkatnya “13 Mei” [1], [2].

Berlainan dengan segala kenyataan rasmi, penulisan dengan analisis tentang 13 Mei yang tuan/puan pernah bertemu sebelum ini, saya mempunyai tesis – pegangan – tersendiri tentang insiden ini.

Tesis saya ialah kaum Cina yang dihasut Lee Kuan Yew dan suku sakatnya dari Singapura adalah punca rusuhan 13 Mei.

Sesungguhnya, dalam tempoh 30 tahun yang lepas, sejak saya tahu mengeja dan membaca pada kadar yang agak laju sedikit dari sebelum saya baligh, saya sudah pun tidak setuju dengan kebanyakan penjelasan yang dibuat tentang peristiwa ini.

Dan terkini saya rasa tertampar dengan putaran rumusan tentang insiden ini yang dibuat oleh Kua Kia Soong [3] penulis buku MAY 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 -- bahawa insiden itu adalah perbuatan rampasan kuasa oleh puak Almarhum Tun Razak dari puak Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia.

Bagi saya rumusan ini adalah satu penghinaan terhadap segala memori dan legasi Almarhum Tun Razak.

Saya harap tuan/puan pun perasan bahawa semua “sastera” (literature), penulisan tentang 13 Mei, baik yang ditulis di Malaysia oleh warga negera, mahupun di luar Malaysia oleh warga Malaysia atau pemerhati asing hanya menghuraikan dan menjelaskan apa yang berlaku dalam tempoh tiga hari selepas 10 Mei, yakni hari membuang undi PRU 1969.

Bertolak dari peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam tempoh tiga hari ini, pelbagai dan ribuan analisis dan tafsiran telah dibuat, dan ramai yang telah dapat cari makan dengannya.

Bagi saya perbuatan memfokus insiden 13 Mei kepada tingkap masa tiga hari seputarnya adalah satu penipuan. Satu percubaan untuk menggelapkan dan menyempitkan fakta sejarah. Perbuatan cuba menutup bangkai gajah.

Bagi saya, analogi perbuatan ini ialah membincangkan hari atau saat seorang bayi dilahirkan, dan menjadikan peristiwa buruk baik yang berlaku pada titik itu sebagai pletfom segala analisis dan justifikasi sosial ke atas segala apa, adalah nyata satu jenayah intelektual. Begitu juga jika hanya menceritakan apa yang berlaku di hari satu persandingan dilangsungkan.

Dalam kedua-dua kes analogi, konteks cerita telah sengaja dihilangkan.

Cerita kelahiran seorang bayi mesti dirujuk kepada segala sejarah yang berkaitan dalam tempoh sembilan bulan sebelumnya. Termengandung si-ibu rentetan apa? Ekoran satu pernikahan atas dasar sama cinta? Dasar paksa? Diperkosa? Tidak ketahuan siapa bapa bayi sebenarnya? Dan begitulah sepatutnya diceritakan kelahiran itu.

Begitu juga dengan cerita meriah atau suram sesuatu majlis persandingan. Ceritalah mengapa jadi suram, atau mengapa jadi meriah. Ceritakanlah apa peristiwa yang terjadi dalam tempoh sebulan, malah setahun dua sebelum dari tarikh itu. Mulakanlah cerita dengan suasana hari bertunang, jika satu majlis pertunangan memang dibuat. Dan kalau tiada pun pertunangan, terangkanlah mengapa berlakunya persandingan. Mengapa tidak hanya akad nikah? Atau seumpamanya.

Janganlah buat macam cerita 13 Mei.

Cerita rasminya ialah orang Melayu Kampong Baru mengamuk. Mengapa mengamuk? Kerana Cina berarak masuk Kampong Baru setelah menang besar dalam PRU 1969. Setakat itu saja.

Dah tu terus lompat cerita pasal Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kemudian cerita tentang kaum lain rasa terdiskriminasi akibatnya. Puncak cerita, DEB mesti dihapuskan kerana Melayu kini sudah capai segala matlamat DEB

Dari jalan cerita di atas, nampak sangat bahawa bangsa Melayu itu cetek pemikiran lagi jahat, kan? Bertabiat memangsakan kaum lain.

Kerana saya seorang Melayu, maka itu saya bertanya: Mengapa tidak cerita apa yang membolehkan parti-parti politik Cina menang besar dalam PRU 1969? Mengapa tidak bercerita tentang mengapa mereka begitu gembira setelah menang, lalu terlintas untuk berpesta besar-besaran memaki hamun Melayu?

Ceritalah tentang itu semua.

Huraikan sebab-sebab kepada itu semua. Di atas nama kebebasan intelektual dan bersuara, apa yang nak dimalukan? Ada apa yang mahu disorok? Adakah tidak berani dibincang dengan jujur kerana ada niat ingin memutihkan satu sejarah hitam? Dan kalau begitu, sejarah apa dan siapa? Sejarah orang Melayu atau sejarah orang Cina?

Kerana saya tidak berjumpa dengan penjelasan kepada persoalan di atas, maka saya pun mencari jawapan. Dan posting saya pada hari-hari dan minggu-minggu berikut darihal tajuk ini adalah perkongsian saya dengan tuan/puan akan penemuan saya.


Nota: Rudin X ialah seorang ahli PAS yang tidak memegang apa-apa jawatan di sebarang peringkat parti atau berkerja dalam apa-apa kapasiti dengan parti. Pandangan, tafsiran dan pendapat Rudin X tentang insiden 13 Mei adalah semata-mata peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa atau mana-mana kumpulan.

Friday, May 18, 2007

TUKARAN AKAN DATANG: Wolfowitz di Pentas PAS!

Akan datang tidak lama lagi ke pentas ceramah PAS yang terdekat dengan anda -- Paul Wolfowitz, aktitek utama penganiayaan ke atas Iraq yang juga dikenali sebagai Perang Iraq [1], [2], [3].

Mengapa akan berada di pentas PAS?

Kerana ekoran skandal “seks dan pangkat” di Bank Dunia, Wolfowitz telah dipaksa meletakan jawatannya sebagai Presiden Bank Dunia [4], [5], [6]. Wolfowitz telah dilihat jijik di mata dunia kerana telah berskandal dengan bini orang, seorang bangsa Arab bernama Shaha Riza [7], [8].

Untuk menutup skandal dari mata kaki tangan bank Dunia, pada awalnya Wolfowitz telah meminta sahabat akrabnya Brader Anwar Ibrahim seorang yang juga dikenali di mata dunia sebagai presiden sebuah “yayasan hantu” mengambil temanitanya berkerja di yayasan tersebut [9], [10].

Bukan itu sahaja, tetapi juga meminta Brader Anwar menaikan gaji Shaha Riza ke satu tahap, satu angka yang masyarakat Amerika Syarikat sendiri anggap “lucah” [11], [12].

Setentunya, "main" bini orang adalah satu perbuatan yang dipandang hina di seluruh dunia. Maka itu Wolfowitz akan menjadi seekor pariah, anjing buruk telinga di seluruh dunia. Sudah diludah di negerinya sendiri.

Dan dalam membalas budi Wolfowitz selama ini terhadap Brader Anwar Ibrahim, maka PAS tanpa banyak pujuk akan menjemput Wolfowitz untuk berceramah, logiknya di Kelantan, dalam rangka membolehkan Wolfowitz melancar semula kerjaya politiknya di Washington dan pentas antarabangsa.

Mengapa gelombang menghidupkan kembali kerjaya Wolfowitz akan bermula di Kelantan? [13]

Kerana budi. Kerana dua-tiga pemain utama PAS Kelantan yang sudah lama hilang relevans (tidak kurang juga dilihat korup) sudah pun termakan, terhutang budi kepada Brader Anwar yang telah berjaya mencaturkan supaya mereka dicalunkan ke saf tertinggi kepimpinan PAS Pusat pada muktamar PAS yang akan berlangsung di hujung bulan ini [14].

Mengapa Rudin X menyebok?

Kerana saya adalah seorang ahli seumur hidup PAS yang tengah frus tengok parti saya sekaligus menjadi pemugut dan bakul sampah. Frus tengok UMNO design, mereka-bentuk keputusan PRU ke 12 untuk Kelantan dan hala tuju masa depan PAS melalui Brader Anwar Ibrahim tanpa boleh berbuat apa-apa [15].

GLOBALISASI: Mengapa PAS Mesti Subsidi Anwar Ibrahim?

Saya sebenarnya tidak bercadang untuk menghuraikan apa itu “globalisasi” [1], [2], [3], [4], [5], [6]. Kerana saya yakin dalam tempoh 10 tahun yang berlalu, tuan/puan telah pun banyak bertemu akan takrif perkataan ini, dan saya percaya kini sudah ramai di kalangan pembaca yang telah mendapat makrifat akan ia.

Cuma apa yang saya hendak berkongsi dengan tuan/puan hari ini ialah kefahaman saya tentang globalisasi. Yang mana maksudnya bagi saya boleh dirumuskan dalam satu ayat.

Hilang kedaulatan, otonomi dan hak bangsa Melayu ke atas empat perkara:

  • Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)
  • Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Subsidi, Pinjaman, dll.) [7], [8]
  • Modal sumber (Minyak, Gas, Bumi Johor, Kayu, dll.) [9]
  • Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)

Yang mana undercurrent kepada itu semua ialah hilangnya kedaulatan, otonomi dan hak bangsa Melayu ke atas ugamanya sendiri [10].

Sehubungan ini saya dapati, sejak lama dulu ketika masih lagi berdakwah memakai sut Giorgio Armani [*], Brader Anwar Ibrahim adalah pendokong kuat, jaguh yang mahukan Persekutuan Tanah Melayu menerima total dan menghayati globalisasi [11]. Yang sekaligus meliputi perjuangan keadilan yang syumuuuul [12], [13].

Oleh kerana saya kira Brader Anwar itu memperjuangkan sesuatu yang syumul – komprehensif, menyeluruh, yang lengkap – maka itu saya bertanya: Mengapa perlu PAS mensubsidi Parti Keadilan Rakyat dengan kerusi selamat di Kelantan untuk PRU 12?

Tidak cukupkah dengan kerusi-kerusi selamat di Terengganu? Setentunya sebagai tanda keakraban persahabatan TG Haji Hadi dengan Brader Anwar, bukan setakat PAS Terengganu boleh mengorbankan semua kerusi untuk Keadilan bertanding – malah TG Haji Hadi sendiri akan memboikot tidak bertanding kerusi DUN yang beliau duduki kini.

Tetapi lebih dari menagih kerusi selamat dari PAS Kelantan, persoalan saya ialah, bukankah perbuatan memberi atau menerima “subsidi” itu sendiri satu anathema [14] -- bid'ah yang lagi syirik -- dalam perjuangan keadilan yang syumul?

Walk your talk lah Brader Anwar! Janganlah tagih subsidi.

Sesentunya kesyumulan idea-idea politik Brader Anwar sudah diterima meluas di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di kawasan-kawasan urban seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Hinggakan, saya boleh nampak dalam mata minda saya di hari pengiraan undi kelak, tak terkira banyaknya, melimpah ruah undi yang diberi rakyat majmuk kepada Keadilan.

Langsung sekali lagi saya bertanya. Mengapa PAS Kelantan, malah PAS seluruh negara (kecuali Terengganu) perlu menggendong Brader Anwar Ibrahim? Mengapa begitu masochistic [15] jiwa PAS hingga sanggup membenarkan dirinya diperkudakan? [16], [17].

Apa, dan banyak mana hutang PAS dengan Brader Anwar Ibrahim?

Monday, May 14, 2007

Mengapa PAS Kelantan Akan Kecundang PRU 12?

Pola kuasa dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan kini ialah: PAS 23 kerusi, UMNO 22 kerusi.

Tetapi untuk PRU ke 12 kelak, setelah segala usaha, tenaga, titik peluh, air liur dan wang ringgit yang PAS curahkan ke setiap 45 kawasan DUN Kelantan dalam tempoh tiga tahun lepas, gosip dalaman dari pihak sana membayangkan UMNO menjangka hanya 10 kerusi adalah “selamat” bagi mereka.

Kalau begitu, bagaimana caranya menabalkan Annuar Musa sebagai Menteri Besar?

Jawapannya mungkin terletak dalam langkah percaturan ini.

Keadilan Kelantan menuntut agar diberikan 15 kerusi untuk dipertandingkan dalam PRU ke 12 kelak [1]. Dan setentunya bila Brader Anwar Ibrahim datang menujah dahi PAS Kelantan dalam sedikit hari lagi, permintaan ini akan menjadi nyata.

Umum ketahui bahawa Keadilan Kelantan kini hanya wujud atas kertas dan dalam khayalan orang-orang tertentu sahaja. Track record buruk sahabat-sahabat karib Brader Anwar Ibrahim sebagai wakil rakyat dalam penggal 1999-2003 dulu telah menyaksikan semua calun Keadilan kalah dalam PRU 2004.

Andaikan rakyat Kelantan masih lagi dihantui fe-el wakil rakyat Keadilan. Maka adalah rasional untuk menjangka bahawa PAS secara otomatik akan hilang 15 kerusi, tanpa banyak songel. Sebab jika Keadilan bertanding di kerusi-kerusi tersebut, calun mereka wajib akan kalah. Waima Keadilan diberi peluang bertanding di DUN Chempaka (kerusi TG Nik Aziz sejak 25 tahun lepas) sekali pun. Kalah yang tidak perlu selak kain.

Katakan memang benar UMNO hanya ada 10 kerusi selamat. Penglibatan Keadilan di 15 kerusi DUN adalah laksana “manna dan salwa” dari langit buat UMNO. Pucuk dicita ulam raja mendatang. Ufti dan “bunga mas “ dari Brader Anwar untuk UMNO. Agar terbukalah pintu UMNO untuk menjayakan cita-cita keperdana menterian beliau. Hajat Brader Anwar mungkin, ulang taip, mungkin, akan tercapai; tetapi Annuar Musa sudah sah akan jadi Menteri Besar menggantikan TG Nik Aziz.

Dalam pertimbangan yang lain pula, katakanlah berkat doa Brader Anwar dan sahabat-sahabatnya di Timur Tengah dan Washington, Keadilan menang semua 15 kerusi DUN.

Persoalannya: Apakah yang akan menghalang Keadilan dari menawarkan atau menerima tawaran UMNO untuk “rujuk” serta mendirikan sebuah mahligai bahagia kerajaan campuran di Kelantan dengan Annar Musa sebagai Menteri Besar?

“Waq tasimu” gapo, tali apa yang sebenarnya mengikat Keadilan dengan PAS?

Kuda Trojan, Trojan Horse, Kuda Khairy [2]? Nilailah kedua-dua senario ini dalam konteks kecenderongan, fitrah, pembesar-pembesar Keadilan untuk “tikam belakang” semasa mereka dalam UMNO dulu. Nilaikan apa politik Keadilan. Apa yang Keadilan sebenarnya perjuangkan sejak lahir ke buana ini.

Mengapa Masalah di Iraq Berpanjangan?

Sunday, May 13, 2007

Malaya Oh Malaya: Bila Politikus & Intelligentsia di Awangan


Apa nak jadi dengan negara-ku?

Bila politikus dan intellegentsia (cerdik pandai masyarakat) [1] sudah terlalu out of touch, tidak bersentuhan dengan realiti masyarakat. Langsung buta akan perkembangan lapisan-lapisan masyarakat, langsung tidak terfikir akan sub-budaya, sub-culture [2] yang wujud.

Apa nak jadi dengan negara-ku, bila orang politik – barisan pemimpin negara -- membabi buta membincangkan dalam Dewan Negara, membuang masa negara, mengutuk sebuah lagu? [3], [4].

Di pihak yang satu lagi, intelligentsia dalam reaksi bingkas lutut -- knee jerk reaction -- menghentam politikus kerana mengkritik lagu. Kerana mengikut pendapat pemerhati sosial, politikus menyekat perkembangan seni dan luahan artistik [5].

Sefaham saya lagu hip-hop “Papa Jahat” oleh kugiran The Fabulous Catz telah diharamkan [6]. Kesian budak-budak Melayu nak cari makan. Alasan pengharaman? Senikata lagu adalah tidak bermoral, kerana terdapat ungkapan “papa jahat,” “papa ligat” dan seumpamanya. Kononnya senikata lagu menyerang institusi keluarga [7].

Betul kah begitu?

Sebelum saya menjawab pun, saya tahu tuan/puan sudah menyumpah hangit dengan saya. (Ada yang dah terludah skrin?) Kerana tuan/puan lihat dan anggap saya hari ini menjadi saudagar lucah. Patutlah pada nama samaran pun ada “X” isyarat bagi seks. Sah ini posting lucah, seranah tuan/puan kepada saya.

Ya, memang, gambar-gambar yang saya paparkan ini adalah sedutan dari satu video clip lucah tersohor bertajuk “Papa Jahat.” Seperasan saya video clip ini tersebar luas di seluruh negara melalui kaedah MMS (multimedia messaging system) talipon bimbit sejak pertengahan tahun lepas lagi. Rakaman ialah aksi senggama (jima') sepasang belia Melayu yang diambil menggunakan talipon bimbit.

Frasa “Papa Jahat” adalah ungkapan yang terpancut dari mulut beliawanis yang digambarkan di sini sekitar pertengahan babak senggama. Dan Farish Ramli penggubah lagu mengakui bahawa video inilah sumber inspirasi kepada penciptaan lagu.

Astarfirullah! Sumbang mahram! Berzina antara anak dan ayah/bapa!

Tidak semestinya!

Apa yang sedang berlaku kini di kalangan belia Melayu yang sudah berpasangan, hinggalah yang ber-couple di peringkat sekolah menengah yang belum lagi ambil PMR ialah mereka membahasakan, memanggil diri masing-masing “papa” dan “mama.” Apatah lagi di kalangan yang sedang dilamun cinta, yang sudah saling bersentuhan, atau yang telah bertunang. Istilah "papa" dan "mama" ialah gantikata bagi “saya” dan “awak” atau “I” dan “you.”

Itu ajer. Fenomena sub-budaya. Lazimnya tidak ubah popularnya fesyen semusim.

Ingat lagi istilah-istilah seperti “bergetah”? Resyen”? Barang Acheh”? Atau istilah “mengancam” di zaman pembaca muda-muda dulu? Begitulah perkataan “mama” dan “papa” membawa erti mendalam yang tersendiri bagi anak-anak muda generasi kini.

Lagu “Papa Jahat” tiada kena mengena dengan serangan terhadap institusi keluarga. Ianya adalah satu lagu keluhan seorang perempuan akan sikap kekasihnya (yang lazimnya) tidak setia. Tidak lebih dari itu.

Mengapa saya membuat posting ini?

Kerana hendak mendaftarkan kekecewaan saya akan establishement akademik yang ada kini. Betapa tepatnya pemerhatian saya sejak 10 tahun yang lalu. Bahawa barisan intelek kita kini sudah mendunggukan kelas mereka sendiri dengan menumpu masa menyiapkan kertas kerja atau teks ucapan pembesar UMNO. Berebut memperagakan diri untuk menjadi think-tank UMNO. Memikirkan kaedah dan cara menegakkan benang basah regim yang sudah lama kehilangan relevans.

Giat berakademik mengejar darjat. Gelaran “Datuk” adalah aspirasi piawai. Tekun mengejar pangkat “Profesor Madya” atau “Profesor C (setara dengan pangkat JUSA-'C')” lewat membodek pembesar UMNO. Atau taksub menghambat S-Class lewat menjadi pensyarah sambilan, terkejar sana sini untuk memberi kuliah di kolej-kolej swasta.

Nah kau. Fenomena sosial yang lalu lalang bawah hidung pun tuan/puan tidak perasan. Langsung saya bertanya; di mana gunanya kewujudan tuan/puan kalau tidak boleh memberi input yang terpelajar kepada saf kepimpinan negara?

Maka itu bolehkah rakyat mengharapkan tuan/puan memikirkan masa depan negara bagi pihak mereka?

Thursday, May 10, 2007

Apa Ada Pada Sukhoi? – (4 Penamat)

Terlalu banyak yang ada pada Sukhoi. Yang tersurat sekian, yang tersirat dua kian.

Bab yang tersurat, perjanjian membeli Sukhoi dimeterai tanggal 19 Mei, 2003. Secara rasminya bayaran untuk Sukhoi adalah melalui barter trade, dagang balas. Russia beri Sukhoi, Malaysia bayar dengan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit.

Dan sekali imbas, watak utama dalam keputusan membeli Sukhoi nampaknya cukup berhati-hati supaya pesawat ini bila sampai di Malaysia kelak, bukan setakat ianya berguna di tahap strategik, malah ianya adalah sesuatu yang “halallan toyibban.”

Ya, memang Sukhoi tidak boleh mengucap syahadah, tetapi Malaysia telah mensyaratkan supaya ianya di”sunatkan,” di”khitankan” sebelum menjejak rodanya di bumi Malaysia. Yakni segala komponen avionics yang berasal dari Israel dalam versi asalnya telah ditukar kepada avionics buatan Perancis dan Afrika Selatan. Yang mana dengan itu Sukhoi versi Malaysia dengan designasi Su-30MKM layak dipanggil – Sukhoi Muallaf.

Sukhoi yang dipasang peluru berpandu SS-N-26

Itu yang tersurat.

Tetapi yang tersirat ialah selepas sembilan (9) bulan perjanjian ditanda tangani, dalam bulan Februari 2004, syarikat Russia yang mengeksport Sukhoi telah melantik pula sebuah syarikat tempatan sebagai “pemudahcara – facilitator” untuk berurusan dengan kerajaan Malaysia. Habuan sebagai pemudah cara ialah komsiyen sebanyak 12% dari nilai jualan atau US$108 juta [1]. Nyata kes rumah siap, pahat pun berbunyi.

Apa yang mendorong Russia melantik ejen penjual selepas jualan dibuat?

Di sini jelas nampak bahawa tidak terkecuali apa juga urusan, hinggalah kepada urusan G-to-G, perjalanan urusan itu tidak boleh tidak akan diwarnai trademark, tanda perdagangan budaya kerja Melayu yang dipupuk UMNO.

Persis satu transaksi tipikal di pejabat-pejabat daerah atau pejabat kerajaan yang lain di seluruh Malaysia. D.O. atau Pegawai Daerah sudah tenyeh, turunkan tanda tangan kelulusan, PAR (Pembantu Am Rendah) atau Penolong Kerani mulalah buat ragam. Tiada “pelincir” kalau, perjalanan fail akan “kiat” malah mungkin tidak bergerak langsung. Kalau kita buat lurus bendul, tinggulah dua atau tiga tahun untuk menyaksikan kesudahan transaksi.

Itu satu bab. Tetapi apa yang membuat musuh-musuh negara melompat sakan, bersorak gembira tentang Sukhoi ialah kemelut dalaman di pihak syarikat pemudahcara IMT Defence Sdn Bhd [2].

Dalam bulan Mac 2005, salah seorang dari pengarah IMT Defence telah menyeret Adib Adam pengerusi syarikat ke mahkamah. Adib Adam ialah bekas Ketua Menteri Melaka yang di suatu ketika dulu telah terpecat jawatan kerana bersyubahat dengan “Team B.” Yakni faksi UMNO yang dijaguhi Tengku Razaleigh Hamzah dan Abdullah Badawi dalam menentang Mahathir.

Kes mahkamah ialah tuduhan Adib Adam telah mencuri sebahagian dari wang komisyen yang diperolehi dari pihak Russia. Sehubungan kes ini, jika pendedahan tipikal Raja Petra itu boleh dipercayai, intriq IMT adalah cukup serius di mana Adib Adam telah di tip-off mengugut akan membunuh adiknya sendiri Askiah Mohd Adam, salah seorang dari pengarah IMT, jika membocorkan rahsia transaksi IMT dengan Russia [3].

Persoalan dan perkembangan seputar pemudahcara yang dilantik selepas sembilan bulan persetujuan membeli Sukhoi dibuat, adalah poin-poin yang mencetus tuduhan Anwar Ibrahim terhadap Najib.

Sehubungan ini, ya, memang nampak seakan-akan Anwar mendapat satu kepuasan yang jauh melangkaui nikmat pelepasan syahwat dalam bertalu-talu menuduh Najib melakukan rasuah dalam pembelian Sukhoi.

Dan saya boleh faham perkara ini. Kerana seperti seorang sufi yang sudah terfana (lebur dalam makrifat) Anwar “melihat berbilang dalam satu – melihat satu dalam berbilang” (dalam Arabnya lebih kurang - Syuhudul kasrah fi wahdah, syuhudul wahdah fi kasrah).

Bagi saya, dalam ratib dan zikir “Sukhoi,” sebenarnya tiadalah Anwar itu dalam mata mindanya melihat akan Najib, tetapi memandang dia akan Mahathir -- zat di belakang Najib.

Maka di Ijok itu terlepaslah dendam dan geram Anwar buat sejenak dua.

Inilah yang membuat saya sebagai pemerhati yang berjiwa pembangkang di peringkat awalnya tidak setuju dengan pendekatan yang diambil Anwar di Ijok. Dan di peringkat akhirnya timbul waswas dalam dada akan motif pendekatan Anwar. Terlalu jelas Anwar membataskan dan menfokuskan isu rasuah kepada satu dua insiden yang kononnya melibatkan hanya satu individu – Najib.

Seperti yang saya bangkitkan diawal posting ini, rasuah adalah satu isu maha besar di Malaysia. Tetapi di masa yang sama kita kena sentiasa ingat bahawa di Malaysia kini, terlalu banyak unsur “asap dan cermin” (smoke and mirrors) [4], [5] berkait dengan apa juga insiden yang sampai ke dada media atau pletfom penceramah pembangkang. Terlampau banyak kekeliruan yang lagi mengelirukan. Hinggakan, kalau Malaysia ini manusia, otaknya sudah berserabut sakan. Sudah lama terpaksa makan ubat -- on medication [6].

Statemen pemimpin sudah tidak boleh dijadikan buku untuk dipegang [7]. Hari ini kata boleh, esok kata tidak boleh. Hari ini bersumpah tidak pernah. Besok pagi dibuktikan menipu. Tapi masih boleh lagi tersenyum alim. Hinggakan gambar yang menjadi pasak cerita pun tidak boleh dipercayai lagi. Yang sah dikatakan Cina, realitinya Melayu yang dipaksa berketuk ketampi.

Yang dikatakan Johari Baharom itu terima rasuah untuk membebaskan Cina kepala-kepala sindiket jenayah, rupa-rupanya mengikut pendedahan Raja Petra, sebenarnya menjalankan arahan Menantu. Yang sebelum itu menerima petunjuk dari Ipar. Hakikatnya menurut Raja Petra, Anakanda Orang Itu yang berselingkuh dengan penjenayah [8], [9], [10]. Johari Baharom cuma “tompang tui” hirup kuah. Tetapi Polis Di Raja Malaysia yang kena pakai lencana – Saya Benci Rasuah.

Samalah seperti dengan cerita Sukhoi ini. Firasat saya, kalau pun benar terpalit rasuah, kemungkinan besar watak yang makan kenyang bukanlah orang yang dituduh.

Tetapi lebih dari itu semua, nampak seperti tiada siapa yang tahu jalan cerita dan apa yang sebetulnya berlaku seputar perlantikan ejen Sukhoi. Maka itu sipenuduh malu-malu kucing dari menceritakan perkara yang sebenarnya. Maka acah dalam menuduh. Tuduh yakin tak yakin. Maka jadilah buat kerja yang tidak menzahirkan kredibiliti.

Langsung dalam gambar yang lebih besar menebalkan wasangka dalam hati nurani pengundi akan kejujuran dan kebenaran pembangkang.

Wednesday, May 09, 2007

Apa Ada Pada Sukhoi? – (3)


Pembacaan Sejarah Melayu akan menyakinkan tuan/puan tentang tiga perkara [i].

Pertama, Melayu adalah bangsa yang romantis. Gemar akan nama-nama dan intonasi (sebutan) indah. Sebagai contoh, dalam apa cerita raja-raja Melayu sekali pun, merangkaikan nama Wan Empok dan Wan Malini [ii]. Kedua, sejak dari zaman Tok Kadok, Temasek tidak pernah lekang dari menyebok dan menyusahkan politik orang Melayu. Ketiga, sejarah Melayu tidak pernah sunyi dari petualang, tali barut asing, yakni pengkhianat bangsa [iii]. Itu cerita 1,000 tahun dahulu, di zaman antah berantah dan Hikayat Raja-raja Pasai.

Mungkin 1,000 tahun akan datang, di zaman kebanyakan Melayu sudah kembali kepada agama nenek moyang mereka [iv] setelah kes Lina Joy diputuskan, dalam bab Hikayat Raja-raja Ijok [v], nama-nama romantis yang bakal dirakam ialah Siti Scorpene dan Nik Sukhoi, dengan penyebok dalam politik Melayu ialah Singapork melalui tali barut asing yang kita semua kini sudah tahu tapi malas nak sebut.

Wallahu ‘alam bissawab. (Bila dah malam susah nak jawab).


Begitulah sub-teks kepada cerita Sukhoi ini [1]. Dan seterusnya sebelum pergi lebih lanjut, ada moleknya jika kita ringkaskan poin-poin penting dari perbincangan sebelum ini.

  • Singapura sebagai negara-pelanggan (client state) Amerika Syarikat tiba-tiba mendapati Malaysia yang selama ini dipandangnya hina dalam semua aspek sudah ke hadapan dengan pembelian Sukhoi [2].

  • Australia yang tidak pernah senang dengan Indonesia (negara yang banyak menanda tangani pakatan pertahanan dengan Malaysia, khususnya dalam aspek perkongsian alat ganti ketenteraan) mendapati Sukhoi menggugat, bakal menulis semula perenggan tentang kesetaraan strategik rantau Asia Tenggara [3]. And by extension, Australia tidak senang dengan Malaysia kerana akan memiliki Sukhoi sama seperti Indonesia.

Ringkasan di atas memberi konteks kepada beberapa misteri yang sedang berlaku dalam berita politik tanah air.

Sebagai contoh, sehebat-hebat Tun Mahathir. Sebijak-bijak Si Menantu. Seramai-ramai sumber dalaman Raja Petra. Semuanya tidak tahu siapa pemilik sebenar sebuah rumah mewah bernilai RM60 juta di Australia Barat [4a], [4b]. Rumah “Orang Itu,” tidak [5]. Rumah Si Ipar pun, tidak [6]. Terkini khabarnya, rumah Si Biras pula [7].

Tetapi di dalam konteks di atas, yang kalau di superimpose dengan konteks perkahwinan sebagai jalan menjalin ikatan antara kerajaan, keluarga, politik dsb. Dalam konteks ufti dan bunga mas sebagai balasan bagi satu negara tidak menyerang negara yang berbudi.

Dalam konteks menghadiahkan istana hinggap dan kunci ibu kota, rumah mewah di Australia itu boleh dilihat sebagai sebuah “safe house” – rumah selamat [8], [9], [10] – hadiah John Howard kepada “Orang Itu.” Dengan harapan, supaya jangan sampai Sukhoi Malaysia merewang sampai ke sana, ya, kerana Australia pun kampung halaman "Orang Itu" juga.

Juga dalam konteks ringkasan di atas pembaca akan mendapat satu natijah tentang hati budi Tun Mahathir.

Setentunya, pembelian Sukhoi bukanlah hasil pemikiran dan usaha Najib (dan Razak Baginda). Dalam hal Sukhoi peranan Najib adalah tidak lebih dari seorang pak pacak istana, yang khabarnya gemar menggatal dengan inang-inang, serta dayang-dayang berbelakang lentik.

Pemilikan Sukhoi ialah karya Tun Mahathir [11]. Pembelian Sukhoi adalah urusan G-to-G [12]. Urusan antara kerajaan, rundingan terus antara kerajaan Malaysia dengan Rusia. Hasil perbincangan empat mata antara Mahathir dengan Putin [13], [14].

Sehubungan Sukhoi, walaupun tidak pernah diumumkan, nampak jelas bahawa Mahathir tidak berpuas hati dengan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara “Ekonomi Harimau” [15]. Sebaliknya Mahathir juga ingin melihat Malaysia sebagai satu kuasa tentera serantau -- regional military power. Dalam ertikata Malaysia itu benar-benar sebuah regional super power -- serentaknya kuat dari aspek ekonomi dan ketenteraan.

Itu Tun Mahathir untuk penilaian tuan/puan [16], [17]. Tentunya pemikiran dan hati budi Mahathir itu jauh panggang dari api, terpisah langit dari bumi, dengan pemikiran “Orang Itu,” Anak Lelakinya serta Menantunya [18]. Yang mana tuan/puan pun sudah perasan, bahawa Kerajaan Tiga Beranak kini hanya berminat untuk menjadikan Malaysia serambi Singapork sahaja.

Bersambung dan dirumus di Bahagian 4.

Tuesday, May 08, 2007

Apa Ada Pada Sukhoi? – (2)

[Visual di atas ialah sebuah Sukhoi melakukan aksi pencak "Pugachev's Cobra"]

Maaf, pagi ini saya terpaksa membawa pembaca melancung berputar separuh dunia.

Dalam perkembangan yang lain, beberapa hari lepas, tanggal 4 Mei, dianggarkan hampir satu pertiga dari kekuatan armada tentera laut Amerika Syarikat yang berada di Lautan Hindi dan Teluk Arab, khususnya sekitar Selat Hormuz untuk menyerang Iran (jangkanya pada 6 April lepas) telah dilapurkan mula belayar pulang [1], [2], [3].

6,000 kelasi perang yang menjadikan kumpulan gempur USS Eisenhower nampaknya tidak begitu berselera untuk berdepan dengan keupayaan Iran menyerang balas. Kumpulan gempur USS Nimitz akan mengambil alih tugas, tapi ini satu cerita lain pula [4].

Dunia tahu betapa mengidamnya Amerika Syarikat dan sekutunya hendak menyerang Iran. Tetapi yang menjadi tanda tanya jutaan penganggur celik huruf dan IT macam saya, ialah kenapa sampai hari ini Amerika Syarikat masih belum menggigit Iran dan Syria seganas yang disalak? [5]

Sebahagian dari jawapan kepada persoalan ini sebenarnya telah diberi hampir tiga tahun lepas. Iran dan Syria memiliki sejenis peluru berpandu anti-kapal yang diberi nama kod “Sunburn.” Nama teknikal peluru berpandu ini ialah “SS-N-22” [6], [7], [8].

Ini Rudin X merewang nak ke mana ni dengan cerita SS-N-22 Sunburn? Apa kena mengena Amerika Syarikat dan Iran dengan Sukhoi dengan pilihan raya kecil Ijok dan Najib Si Playboy Tua tu? Rungut pembaca. Buang masa aja.

Sabar sat.

Jet perang Sukhoi yang Najib tolong beli dan dituduh mendapat komisyen (tidak semua rasuah itu komisyen, dan tidak semua komsiyen itu rasuah) dalam proses itu sebenarnya datang bersama (mungkin) sejenis peluru berpandu yang mempunyai nama teknikal “Indo-Russian Brahmos” yang diasaskan dari sejenis peluru berpandu Russia bergelar 3M-55 Onyx (SS-N-26) [9], [10], [11].

Nah, you! Iran dan Syria ada SS-N-22. Malaysia ada SS-N-26. Dan Malaysia akan ada Sukhoi yakni pletfom untuk menghalakannya.

Benda alah ini mungkin versi “sepupu” dari apa yang di miliki Iran dan Syria. Tetapi nyata (mungkin) sudah menjadi cukup sebab membuat Putera Makhota Lee Hsien Loong, anakanda Maharaja Lee Kuan Yew, datang untuk memberi kata dua kepada “Orang Lembik Itu” pada 15 Mei kelak dalam satu perjumpaan di Langkawi yang diberitakan tidak mempunyai sebarang agenda khusus [12], [13], [14].

Juga, pembaca tentu sudah boleh nampak samar-samar mengapa isteri John Howard perdana menteri Australia begitu akrab dengan isteri Si Menantu? [15], [16].

Bersambung.

Monday, May 07, 2007

Apa Ada Pada Sukhoi? – (1)

Justifikasi mencanang aspek kejelekkan pembelian jet pemintas-tempur-pengebom Sukhoi [1]?

Rasminya, ingin mengutarakan isu rasuah [2]. Bagaimana bakal seorang perdana menteri mempunyai latar belakang yang buruk. Yang katanya telah melakukan rasuah dalam pembelian jet-jet perang Sukhoi [3].

Bagi saya, kalau setakat mahu bercerita tentang rasuah, cukup menyebut tuduhan ke atas Johari Baharom [4], [5]. Sebut tuduhan ke atas Musa Aman [6]. Sebut tuduhan yang lagi serius ke atas bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah.

Dan kalau ingin melukis gambar yang lagi hodoh; penglibatan “seorang pembesar” Malaysia dalam skandal “Minyak untuk Makanan” -- Oil for Food [6]. Yang mana rakyat Iraq (hampir 99% umat Islam) yang menderita lebih dari 15 tahun akibat sekatan ekonomi dunia yang dipelupori Amerika Syarikat telah dianiayakan. Malah dilambakkan penganiayaan. Di mana duit hasil jualan minyak Iraq yang sepatutnya digunakan untuk membeli makanan bagi rakyat Iraq yang kelaparan, telah lesap, khabarnya turut dicuri oleh "seorang pembesar" Malaysia [7].

Salah laku ini telah dibincangkan di Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations) lengkap dengan perincian buktinya. Mengapa tidak mahu dibincangkan di Ijok? Mengapa enggan bercerita tentang ini semua? Mengapa asyik-asyik cerita rasuah sehubungan pembelian Sukhoi?

Langsung saya bertanya sendirian: Adakah Najib yang menjadi sasaran?

Atau sememangnya Sukhoi itu sendiri yang hendak di momokkan? Yang mana diniatkan perkataan “Sukhoi” itu sendiri dipropogandakan supaya menjadi “najis” laksana Ghazali Shafie sewaktu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dulu menpropogandakan “dadah” itu sebagai "najis"?

Jangan kata warga Ijok, rakyat Malaysia di tempat lain pun sebenarnya jika terlanggar bahu dengannya, tidak akan kenal bahawa benda yang dilanggar itu Sukhoi. Malah jika Sukhoi datang gigit batang hidung sekali pun, tidak tahu bahawa yang menggigit itu Sukhoi.

Apa kejadahnya benda Sukhoi ini [8]?

Sukhoi ialah nama generik bagi sejenis jet tempur pelbagai peranan yang kini dianggap tercanggih di dunia. Jet keluaran Rusia ini direka bentuk untuk menjadi (i) pesawat tempur “laga-anjing” (dogfight), (ii) pesawat pemintas, dan (iii) pesawat pengebom.

Jet pejuang Sukhoi yang Najib tolong beli (tak kan tolong gratis, kerja mesti ada upah, ya tak?) untuk Malaysia di tahap paling minimanya mempunyai keupayaan berikut [9]:

  • Kederasan maksima 2.3 mach (2.3 kali ganda kelajuan bunyi).
  • Julat (jarak) tempur 3,000 kilometer.
  • Stamina terbang selama 4.5 jam tanpa modifikasi, 10 jam jika dimodifikasi.
Setentunya, pesawat juang ini adalah lagi canggih dari apa yang dimiliki Angkatan Udara Republik Singapura [10], [11].

Bersambung.

Wednesday, May 02, 2007

Kepada Semua Aktivis Muda Yang Menyentuh & Disentuh Ijok

Masih tidak dapat lupakan Ijok? Ahhhh. Begitulah kehidupan ini. Bak kata perpatah kuno China (mungkin dari aliran mistik Tao Te Ching [1]) yang popular di Barat -- bila murid bersedia, guru akan muncul. When the student is ready, the teacher will appear [2], [3].

Bila kita sudah bersedia, kemenangan akan muncul.

Percayalah, Pak Chik sudah rasa apa yang kamu orang sedang rasa. Dan percayalah, luka pertama itu adalah yang paling menyakitkan. Pak Chik pun belajar melalui jalan payah, bahawa politik (cinta, perkahwinan, perniagaan dsb.) itu adalah lebih dari satu permainan. Yang kita memang bermain untuk menang, tetapi kita masih kalah juga.

Jangan putus asa. Nikmatilah clip video lagu ini, dan amati senikata. Jutaan insan telah mendapat kelegaan mendengarnya.

Nota: Saya akan cuti dari berblogging untuk beberapa hari demi memberi perhatian kepada hal-hal yang sudah banyak terabai. Jumpa lagi dalam sedikit hari.

Tuesday, May 01, 2007

Dan Pemenang Gusti Ijok Ialah …

Nun di Melaka, langit masih lagi menyahut seruan saya. Terkini ia menepuk pula perkampungan Portugis [1], selepas menepuk Putrajaya [2].

Ya, ya, saya tahu tuan/puan tidak datang ke blog saya untuk membaca cerita bertepuknya langit dan bumi, tetapi kerana ingin tahu pandangan sinis siapa pemenang sebenar pilihan raya kecil (PRK) Ijok. Maka itu saya minta maaf kerana melencung sedikit.

Dengan ini saya umukan: pemenang sebenar “gusti” Ijok ialah Najib dan Khir Toyo.

Ijok ialah medan di mana Abdullah dan Menantunya ingin saksikan kerjaya politik Najib-Khir disembelih [3], [4], [5], [6]. Tetapi sayang apa yang terjadi adalah tidak seperti dirancang.

Setelah rekod Najib dan Khir dijadikan isu hidup mati perjuangan Parti Keadilan Rakyat, dengan reputasi Najib-Khir diganyang habis-habisan, keputusan gusti menunjukan Najib-Khir masih punyai jentera setia [7], [8], [9]. Kempen UMNO-BN yang dikepalai Najib-Khir bukan saja menang, malah menang dengan peningkatan undi serta majoriti [10], [11].

Bagi Abdullah yang mengidamkan ufuk pertanda ketidak berkesanan Najib-Khir, yang sekaligus menandakan ketiada gunaan badut-badut itu kepada parti, keputusan gusti Ijok agaknya amatlah mengecewakan [12]. Keputusan Ijok tidak boleh dijadikan sebab kukuh untuk membuang mereka.

Mengapa saya sampai hati melabelkan PRK Ijok sebagai satu gusti? Jawapannya mudah.

Sama dengan perlawanan gusti tipikal yang ditayang di televisyen, unsur ganas adalah ramuan utama. Di Ijok, sejak dari mula loceng perlawanan dibunyikan (hari penamaan calun), sepanjang perjalanan kempen, hinggalah ke loceng penamat (hari membuang undi) berita adegan ganas di mainkan tanpa henti [13], [14], [15], [16].

Lagi? (Cewah, cewah, bertanya laksana seorang SB pencen yang ingin menghidupkan semula saat-saat rasa berkuasa yang teramat-amat di zaman berkhidmat).

Ganasnya menakutkan. Hampok sana, hentak sini. Tetapi tiada yang cedera (kecuali di Ijok, semuanya aktivis PAS, musuh sengoti UMNO). Dan lebih dari itu, turn of events, liku-liku drama kadang-kadang tidak terduga. Yang kena lanyak teruk akhirnya menang. Yang tangkas dan pantas tiba-tiba tidak boleh bangun kena body slam.

Nobat kemenangan UMNO-BN diikuti pula keesokan harinya dengan laungan berita keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bahawa Anwar Ibrahim tidak akan diterima masuk semula ke dalam UMNO untuk selama-lamanya [17].

Aik? Sejak bila pula kemasukan semula Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menjadi isu menggelegak negara hingga perlu dibincangkan di peringkat MT UMNO? Ribut tiada, taufan pun tidak, tiba-tiba MT UMNO sanggup membuang masa tiga jam untuk membincangkan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO! Apa maksud ini semua [18]?

Adakah usul Anwar Ibrahim itu dibawa ke MT UMNO kerana beliau telah pun lulus segala ujian dan syarat di Ijok yang ditetapkan oleh Abdullah dan Menantunya? (The poor soul was made to jump through all those hoops. But to what end?). Dan persoalan yang juga teramat menarik sehubungan ini ialah; siapa di dalam MT yang begitu berani melawan arus dengan membawa usul? Seseorang dari barisan “hangguk dan geleng”? Abdullah sendiri?

Pathetic sekali [19]. Mencaci sudah. Berjoget sudah [20]. Tersasul pun sudah [21], [22]. Skrip dituruti dengan patuh. Namun kempunan jua. Hujan tak jadi. Habuan yang diharap dicantas orang.

Moral cerita? Setialah pada yang menyayang. Jujurlah kepada lidah sendiri. Jangan perkudakan yang berharap. Kerana sebaliknya, balasan datang sepantas masaknya mee segera.