Thursday, September 25, 2008

Harga Petrol: Muka Seposen Regim Pak Lah

Kadang-kadang saya ragu akan kelayakan pakar-pakar ekonomi Malaysia sekarang. Nampak sangat macam mereka tidak mahir dengan istilah dan konsep asas ekonomi seperti prices are 'sticky downward' -- harga barangan melekit nak turun. Fenomena ini adalah cerminan sifat manusia; siapakah yang rela diturunkan untung (gaji) selepas mengecap kenaikkan? Kenaikkan harga barangan adalah persis metafora jin ifrit mata satu yang dilepaskan dari botol. Sekali terlepas sukar hendak kembali semula ke tempat asal. Maka itu ada baiknya jika kerajaan selepas ini ambil iktibar dari episod ini dan jangan pandai-pandai buat eksperimentasi bingai dengan kenaikkan harga barangan. Kesannya menyesal tak sudah. Dalam banyak hal insentif kewangan adalah tidak mencukupi untuk mengawal gelagat manusia. Tindakan undang-undang adalah mandatori.

Penurunan sepuluh (10) sen harga petrol yang berkuat kuasa hari ini, dicampur dengan penurunan 15 sen semasa kemuncak kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu, menjadikan jumlah ‘besar’ penurunan harga petrol hingga kini 25 sen.

Sekali imbas penurunan ini nampak masih lagi short, atau kurang 53 sen berbanding kenaikkan 78 sen dipertengahan tahun.

Justeru, sebagai rakyat kita rasakan kita mesti tuntut regim Pak Lah supaya mengembalikan baki yang selebihnya (53 sen) supaya harga petrol kembali ke paras asal RM1.92 seliter.

Tetapi sebelum pembaca menyingsing lengan baju, izin saya ingatkan bahawa pertimbangan dalam hal turun-naik harga runcit petrol dalam negara adalah tidak semudah ‘regim Pak lah akan akur bila didesak’.

Sebermula, penurunan 25 sen yang kita ‘nikmati’ kini sebenarnya sudah pun lebih satu (1) sen dari jumlah subsidi 24 sen seliter yang diberi kerajaan Barisan Nasional sejak zaman antah berantah lagi. (Baiknya hati Pak Lah, kan? Di tambahnya pula subsidi pada kadar satu sen).

Berasaskan fakta ini maka secara tersirat Khairy si-Menantu, petualang yang beria-ia mahukan penghapusan subsidi petrol, sebenarnya telah menempelak rakyat Malaysia – kamu beruk-beruk sudah tidak boleh tuntut apa-apa subsidi lagi, aku dah arah Pak Mertua aku kembalikan subsidi petrol seperti sedia kala. Apa korang mahu lagi?

Dan bila muka depan akhbar menyiarkan hujah itu dalam tempoh dua-tiga hari yang mendatang, kita semua pun akan terkedu, tergigit lidah.

Terlumpuhlah tindakan kita? Tidak semestinya. Sebaliknya kita rakyat patut tuntut supaya satu suruhan jaya di raja dibentuk untuk menentukan secara telus kaedah bagaimana regim Pak Lah menetapkan harga runcit petrol.

Ini kerana dari meneliti penjelasan masa lepas yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (rujuk di sini), saya dapati wujud satu ‘kejanggalan’ besar tentang kos bahan mentah (minyak mentah?).

Sebagai contoh, regim Pak Lah mendakwa kos bahan (minyak) mentah untuk tahun 2005 ialah 164.21 sen seliter. Yang mana kos ini bila di convert, ditukar kepada harga setong minyak mentah adalah bersamaan dengan kos US$69.61.

Ini nyata satu kejanggalan besar kerana harga purata minyak mentah dunia untuk tahun 2005 ialah US$50.04 setong. Perbezaan 39%.

Kejanggalan ini boleh ditafsirkan dari dua sudut.

  • Pertama, pegawai-pegawai JPM adalah terlalu pasif mempercayai 100% apa juga harga yang diberikan oleh syarikat-syarikat minyak. Atau dalam kata lain, darihal harga minyak mentah, kerajaan telah kena tipu.

  • Kedua, kerajaan sebenarnya tidak kena tipu, sebaliknya menipu. Maksud saya ialah kerajaan hanya berdrama kononnya tidak mengenakan cukai jualan, malah sebaliknya memberi pula subsidi ke atas setiap liter petrol yang dijual; walhal realitinya kerajaan siang-siang sudah rembat cukai minyak yang tinggi, kalau tidak pun telah berkongsi untung dengan syarikat minyak di tahap transaksi/manipulasi harga minyak mentah.

Objektiknya saya tidak boleh agak apa sebenarnya regim Pak Lah buat dengan harga minyak mentah yang dijadikan asas perkiraan harga runcit petrol. Dari segi sentimen, kecenderongan saya ialah menuduh regim Pak Lah menipu.

Mungkin penyudah yang saksama bagi merungkai misteri ini ialah melalui penubuhan sebuah suruhan jaya di raja mengkaji kaedah yang kini digunapakai dan memperakukan kaedah yang seeloknya untuk menentukan harga runcit petrol.

ps.

A simple simulation of the theoretical price given prevailing exchange rate, world crude oil price, refinery and retailing charges adjusted for inflation at the rate of 9% over those of 2005, suggest that without sales tax, petrol should retail at RM2.53 per liter. A cash subsidy or that in-kind of 8.5 sen is required to support the retail price of RM2.45 per liter. I wonder who is paying and who is receiving. But as usual I don’t think Pak Lak’s regime can tell things straight even if they were in the right, and worse yet if they are unsure.

3 comments:

Keang said...

Based on the current oil prices, my rough calculation said that it's RM2.30/litre, not RM2.45!

If it's RM2.53, then we are sudsidising the gahmen 22sen for every litre of petrol!

sheesh...

Anonymous said...

terima kasih atas fakta dan hurian anda.Saya bukan cerdik pandai atau ahli ekonomi,namun saya melihat secara keseluruhan.Soal ditipu, menipu atau tertipu oleh kerajaan kita serah pada rakyat kebanyakkan untuk menilainya.

Saudara,dalam naluri setiap manusia ada satu perkara yang tidak akan ditolak iaitu keberuntungan yang dimiliki.Atas nama hak apa saja dilakukan untuk mencapainya.

Namun jika onar atau kerugian diterima, apa saja juga akan dilakukan tetapi untuk mengelaknya.

Tetapi diantara keduanya, ditengah sebenarnya perlu ada pertimbangan yang rasional.Pertimbangan ini mestilah menjadikan ilmu,suasana persekiran,bandingan dengan tempat lain dan sejarah sebagai kayu pengukur.

Saudara, dalam kita menuduh pihak kerajaan menipu, dalam kita berjuang untuk mendapatkan apa yang kita katakan sebagai hak, kita sepatutnya mengaitkan faktor harga minyak itu dengan keperluan untuk mengurus negara secara keseluruhan.Bukan hanya ditumpukan pada perbezaan harga tersebut.

Mengurus sebuah negara bukan seperti mengurus sebuah rumah.Memang diakui rakyat menerima kesan daripada permasalahan ini.Namun kesan tersebut masih boleh diserap oleh rakyat kebanyakkan.Buktinya pasaran saham, perniagaan dan segalanya masih berjalan lancar.Belum ada orang Malaysia yang mati kerana kekurangan makanan tetapi ramai yang mati kerana lebih makan.

Lantas Sdr juga perlu melihat kesan yang timbul akibat kenaikan harga minyak di negara jiran kita.Apakah payah untuk kita memuji bahawa kelebihan yang dinikmati oleh rakyat di negara ini adalah kerana KEHEBATAN dasar kerajaan kita.

Memang PR berjanji dengan janji manis tinggi melangit.Kalau kita percaya pada hanya janji dan mengenepikan fakta, sempunakah kita sebagai manusia yang dikurniakan ilmu dan kecerdikan?

Kalau hanya mengurus beberapa buah negeri dengan pelbagai masalah, pelbagai janji yang tidak tertunai..apakah janji untuk sebuah negara menjadi janji termaktub?

Kalau mengurus sebuah rumahpun tidak terurus dan sempurna mengikut syarak, jangan kita berangan untuk mentadbir tempat yang lebih besar. Uruskan rumah biar sempurna, tunaikan semua janji yang telah dibuat, tunjukkan keberkesanan dan intergriti.Biar rakyat menilai dan membuat kesimpulan.

Pada masa tersebut...barulah idea untuk mentadbir negara nampak RELEVAN.............. ADIBETA

abdrahim kassim said...

Sdr. Rudin,

Nak turun macam mana lagi. Kalau turunkan juga macam mana dengan duit road tax yang sudah dipulangkan balik RM 625 itu. Nak kena minta baliklah.

Kan ke pening dibuatnya....

Siapalah punya idea baghal tu....