Dari segi zat (substance) dan pendekatan, manfaatnya mungkin besar jika puak-puak yang bertarung dalam pemilihan UMNO 2008 belajar dan mengambil iktibar dari proses dan mesej pilihan raya presiden Amerikat Syarikat (AS) 2008.
Politik AS Penuh Mesej Tersirat
Lumba merebut kerusi presiden AS – tampuk kuasa dunia -- antara parti Democrat dengan parti Republican tahun ini telah menyaksikan penampilan calon-calon yang berwarna warni; baik dari segi sejarah hidup peribadi, progresi kerjaya politik, mahupun keunikan karektor dan falsafah.
Parti Democrat mempertaruhkan gandingan Barack Obama (calon presiden) dan Joseph Biden (calon naib presiden); manakala parti Republican memperjudikan John McCain (calon presiden) dan Sarah Palin (naib presiden).
Perlumbaan ke kerusi presiden AS kali ini menonjolkan satu aspek yang menakjubkan. Buat pertama kalinya dalam sejarah AS seorang kulit hitam telah berjaya menjadi calon presiden -- yakni berjaya melepasi tembok prejudis dan sentimen perkauman tebal di kalangan puak kulit putih yang menjadi penduduk majoriti AS.
Tetapi bagi saya fenomena itu tidaklah sepenting persamaan mesej tersirat yang dihantar oleh kedua-dua parti melalui gandingan calon yang dilagakan.
- Ketengahkan/raikan kepentingan minoriti
Dalam kes parti Democrat, pencalonan Barack Obama adalah kemuncak isyarat bahawa masyarakat AS yang sejak tertubuhnya negara itu didominasi budaya kulit putih (juga dipanggil dominasi budaya WASP – White Anglo Saxon Protestant) kini telah berjaya mengatasi prejudis kolektif mereka dengan sanggup menerima seorang kulit hitam sebagai kepala negara.
Di masa yang sama, parti Republican dengan menawarkan Sarah Palin juga telah mengisyaratkan bahawa budaya WASP telah berjaya memecahkan belenggu pemikiran yang selama ini tidak meletak status perempuan setaraf dengan lelaki, apatah boleh menerima perempuan sebagai ketua.
- Gandingan dua generasi – pengalaman dan tenaga
Satu ciri menarik tentang gandingan calon kedua-dua parti ialah, tidak kira parti mana yang menang, kemungkinan besarnya salah seorang dari gandingan akan mati dalam jawatan. Ini kerana kedua-dua parti telah mempertaruhkan pasangan calon yang mempunyai jarak umur yang ketara.
Joseph Biden (lahir 1942) calon naib presiden parti Democrat kini berumur 66 tahun berbanding dengan calon presiden Barack Obama (lahir 1961) yang berumur 47 tahun.
Untuk parti Republican, calon presiden John McCain (lahir 1936) kini berumur 72 tahun, berbanding Sarah Palin (lahir 1964) calon naib presiden yang berumur 44 tahun.
Idealisme Dalam Politik AS
Jarak umur pasangan calon adalah satu aspek yang ketara. Tetapi apa yang lagi halus dan subliminal ialah isyarat dari kedua-dua parti Republican dan Demokrat bahawa mereka menawarkan pengundi gabungan daya tenaga muda dengan pengalaman dan kematangan – a combination of youth, experience and wisdom. Yang mana kombinasi ini adalah salah satu dari kedahagaan umat manusia sejak anak-anak Adam a.s., – mahu muda, kuat, sihat, tahan lama, banyak duit, dan sekaligus dengan itu; banyak pengalaman, matang dan seumpamanya.
Jika parti-parti politik AS boleh bermain dengan idealisma dan apa yang manusia kepingin, saya tidak nampak sebab mengapa puak UMNO yang menentang regim Pak Lah tidak boleh berbuat serupa.
Yang Jelas Tentang Politik
Dewasa ini jelas dan bukan lagi andaian kabur di serambi masjid selepas tarawih, bahawa tidak boleh tidak, dalam menawarkan dirinya sebagai presiden UMNO, Pak Lah akan berganding dengan Najib sebagai calon timbalan presiden.
Percaturan ini ialah untuk memastikan Pak Lah dapat pencalonan yang cukup untuk bertanding, dan Khairy si-Menantu mempunyai harapan untuk bersaing dalam pemilihan Pemuda UMNO.
Ya, saya tahu pendapat saya ini tidak senada dengan hasrat
Tetapi bagi saya, perbuatan Najib mencabar Pak Lah adalah satu kemustahilan.
Kerana setahu saya, mengikut apa yang digossipkan sejak tahun 2005 lagi, yakni setahun sebelum kes Altantunya si-Mongolia meletup, Khairy si-Menantu telah pun memeras ugut kesetiaan Najib dengan mengemukakan bukti kepada beberapa kes silap-tadbir Najib.
Najib Korban Pertembungan Dalaman UMNO
Kini Najib tersepit dan tercekik. Telan mati emak – kerana Khairy sudah ugut. Luah mati bapa – kerana Tun Mahathir juga pun ugut, akan mendedahkan pekung Najib jika enggan menari rentak yang dikehendaki.
Dalam kes ini, pilihan terbaik Najib ialah untuk menarik diri dari politik
Maka tinggallah Muhyiddin dengan akar umbi UMNO yang tidak mahukan Pak Lah yang pada masa yang sama nampak disorganise, tidak tersusun jurus penentangan-nya. Nampak masih meraba taktik dan strategi.
Model Politik AS Untuk UMNO
Jalan keluar dari kebuntuan ini ialah dengan meniru pendekatan politik AS. Untuk musim ini, Muhyiddin ambil dulu Tengku Razaleigh sebagai calon presiden UMNO dengan dia sendiri sebagai timbalan. Untuk menjayakan strategi ini UMNO harus berani runtuhkan apa juga tembok prejudis yang wujud terhadap Ku Li. (Jika parti-parti politik AS boleh atasi prejudis mereka, saya tidak nampak sebab mengapa UMNO tidak boleh berbuat serupa. Semuanya soal hati dan azam.)
Bentuklah satu tim bersama Mukhriz di sayap Pemuda UMNO dan promosikan satu jenama perjuangan, katakan: Idealisme, Tenaga Muda dan Kematangan. Yang mana Idealisme ialah kata kod bagi Mukhriz: Tenaga Muda = Muhyiddin; dan Kematangan = Ku Li.
Insya Allah, gandingan Ku Li-Muhyiddin-Mukhriz akan dapat menumpaskan apa juga tim kerepot yang Pak Lah, Khairy dan Annuar Musa SiPenyamun PPRT boleh gembeling.
Jika berkelapangan sila rujuk penulisan yang berkaitan dengan tajuk ini.
No comments:
Post a Comment