Wednesday, August 22, 2012

Hudud UMNO: Penawar Persepsi Wabak Jenayah (1)



Potong tangan mungkin boleh membawa keinsafan

Sejak 20 tahun dulu, hasil polemik nasional tentang perlaksanaan hukum hudud adalah setakat geseran dan hingar bangar, tanpa apa-apa percikan cahaya.

Apapun, ramai di kalangan umat Islam percaya perlaksanaan hudud akan dapat membasmi secara drastik jenayah dalam masyarakat, kalau tidak pun mencantasnya ke tahap sifar.

Kegusaran masyarakat kebelakangan ini tentang peningkatan kadar jenayah memerlukan satu penawar mustajab diperolehi segera. 

Sebagai langkah usaha, satu eksperimentasi sosial yang berani perlu dilakukan.  Hudud adalah eksperimentasi itu. 

Tidak perlu cipta semula roda

Jika ada kemahuan politik, UMNO sebagai peneraju Barisan Nasional adalah dalam kedudukan terbaik untuk melaksanakan hudud dan qisas.  Diberi sedikit daya imajinasi, perlaksanaan hudud bukanlah suatu perkara yang terlalu sukar.

UMNO tidak perlu mencipta semula roda dengan menggubal undang-undang baru yang bakal berkontroversi untuk melaksanakan hudud.

Sebaliknya, UMNO hanya perlu “perkemaskan” Kanun Keseksaan (Akta 574) yang sedia ada.

Semua jenayah yang liputi hukum hudud dan qisas, kecuali kesalahan murtad, telah pun diliputi oleh Kanun Keseksaan.  Tukar saja peruntukan bentuk hukuman dalam Kanun Keseksaan bagi enam jenis jenayah yang disebut di dalam Al-Quran, dari hukuman penjara atau denda, kepada hukuman seperti potong tangan, atau hukuman lain seperti yang dituntut.

Contoh, bagi kesalahan mencuri, UMNO hanya perlu pinda seksyen 379, Kanun Keseksaan, dari “... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya ...” kepada, sabit kesalahan, “potong tangan.”

Begitu juga dengan hukum qisas.  Sebagai contoh, UMNO hanya perlu pinda hukuman bagi jenayah membunuh dengan sengaja.  Sekarang ini hukuman bagi jenayah ini, seperti diperuntukan oleh seksyen 302, ialah “Barang siapa yang melakukan kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan bunuh.”

Pinda sewajarnya seksyen ini kepada, sabit kesalahan, “ ... diseksa dengan bunuh, atau di atas persetujuan waris simati denda (diat) 100 ekor unta atau nilai semasa 100 ekor unta dalam matawang Malaysia.”

Satu transformasi mudah

Nota, contoh pindaan yang diberi mungkin berbunyi mudah.  Tetapi tidaklah dimaksudkan contoh-contoh itu memperlekehkan sesuatu yang berat. Tujuan contoh ialah menjelaskan satu bentuk transformasi mudah yang boleh dibuat  kepada Kanun Keseksaan.

Darihal taktik perlaksanaan, UMNO yang dipandu ijmak pemimpin, ahli dan pakar boleh membuat pindaan secara berperingkat, atau jika bertujuan menutup rapat mulut PAS untuk tempoh 100 tahun ke hadapan, perkenalkan kesemua pindaan sekaligus. 

Tiada sebab menentang

Karpal Singh tolak hudud sebab takut hilang pelanggan
Sejak sebelum Merdeka lagi rakyat Malaysia telah menerima Kanun Keseksaan dan semua undang-undang lain yang berkaitan dengannya (seperti tatacara mahkamah, tatacara jenayah dan akta keterangan) dalam bentuk seadanya. 

Dijangka tiada pihak akan menolak usaha UMNO yang setakat menyelaraskan Kanun Keseksaan dengan hukum hudud dan qisas sahaja, dan tidak undang-undang berkaitan yang lain. 

Perbuatan ini tidak menyentuh, atau bertentangan dengan kepentingan mana-mana ugama lain, hatta kepentingan ekonomi mana-mana badan profesional. 

Salah PAS

Boleh difahami jika sekarang ini perlaksanaan hukuman hudud ditentang oleh banyak pihak, hinggakan ada tokoh-tokoh dari kalangan peguam yang mengisytiharkan sanggup mati menentang hudud.

Punca mindset (fikrah) ini ialah kesilapan PAS yang  dengan cara sifar hikmahnya telah menerangkan hudud kepada masyarakat, sebagai sesuatu yang memerlukan undang-undang dan mahkamah yang terasing.  Semua itu adalah terlalu terpisah dari pengalaman sosial dan imajinasi keadilan kaum bukan-Islam.  Lantaran itu mereka menentang hudud.

Isu sebenarnya ekonomi

Di pihak peguam pula, khususnya mereka yang bukan-Islam yang telah menghabiskan lebih dari tiga suku dari usia mereka mencipta nama dalam “mahkamah sekular”, prospek hakisan ekonomi peribadi dalam bentuk hilang pelanggan kepada “peguam syarie” adalah satu ancaman dan penghinaan yang menikam kalbu. 

Benar mereka boleh mengambil “sijil annual syarie”.  Tetapi pada usia mereka, proses itu adalah terlalu mencabar, malah hampir mustahil.  Maka itu mereka tentang hudud habis habisan.

Islam itu mudah

Diberi realiti masyarakat Malaysia, melaksanakan hudud dengan cara menyelaraskan Kanun Keseksaan dengan kehendak Al-Quran adalah jalan terbaik untuk menegakan hukum Allah, jika itulah sebenarnya kemahuan umat Islam Malaysia, khususnya pengikut PAS.  Lainlah pula ceritanya jika "hudud" hanyalah satu mainan politik.

Monday, August 20, 2012

Kenalkah PAS Hati Budi DAP?


Di celah dentuman polemik “DAP kafir harbi” sesetengah pengundi Melayu mungkin masih lagi boleh bersimpati dengan kekuda partisan PAS.  Ini kerana mereka melihat PAS sebagai pembangkang stereotaip, yang semestinya membangkang apa juga yang datangnya dari UMNO.  Itu tugas hakiki PAS.

Kasyaf yang menyesatkan dari seorang guru tarekat
Tetapi bila ada pemimpin PAS dari kelas intelektual yang mengtasybihkan DAP dengan alasan “tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar” --  penaakulan yang memualkan ini telah membawa ke permukaan sifat sebenar keupayaan fikir kepimpinan PAS.

Tidak kah terlintas di kepala kepimpinan PAS bahawa umat Islam di Rohingya, Myanmar, tidak pernah memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam, hatta hukum hudud itu dilaksanakan?

Kafir Harbi di mana mana.  Hanya tunggu masa dan peluang.
Namun semenjak wilayah mereka diilhakkan oleh kuasa British yang menjadikannya jajahan takluk Myanmar, mereka telah menjadi warga tanpa negara.  Di himpit kebencian kaum kafir yang menjadi majoriti dan pemerintah Myanmar, mereka cuma mahu hidup.  Namun tentera negara itu sendiri telah membantai mereka tanpa belas kasihan.

Dalam perkembangan terkini, diberitakan tidak kurang dari 6,000 orang telah dibunuh, manakala ribuan lain pula diperkosa, di samping ribuan kediaman dan harta benda milik penganut Islam dimusnahkan.

Di beri gambar latar kebencian kafir terhadap umat Islam yang sedemikian rupa, di mana letaknya jauhar hujah PAS yang menafikan kewujudan kafir harbi tanpa adanya sebuah negara Islam?

Justeru itu, respons kepimipinan PAS yang mensucikan DAP menagih satu soalan mudah:  Tahukah PAS menilai di titik mana DAP itu berada di dalam spektrum kafir zimmi-harbi?

Penghinaan melampau DAP mencetuskan 13 Mei 1969
Penelitian hasil perkongsian PAS dengan DAP dalam tempoh empat tahun lepas memberi gambaran jelas.  Ternyata, keupayaan kepimpinan PAS memahami implikasi ke atas kepentingan bangsa dan ugama hasil pemutusan politik yang mereka buat, adalah tumpul.

Perhatikan bagaimana di Perak, sejurus keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 diketahui, DAP dengan mudah telah berjaya memukau PAS dengan tawaran hiasan kuasa dan jawatan tinggi. 
 
Melalui tawaran dua kerusi exco, yang termasuk kerusi menteri besar yang dibuat dalam terpaksa, DAP mampu mendominasi secara total Majlis Exco Perak, dan sekaligus itu “kuasa veto” dalam Dewan Perundangan Negeri.

Dalam teruja menyambut tawaran, PAS tidak membaca bahawa saiz kabinet kerajaan negeri bukanlah terhad kepada hanya 11 jawatan exco termasuk jawatan menteri besar. 

Berhala di DUN Pasir Panjang terbina sejurus Nizar Boneka DAP di angkat jadi MB Perak

Sebaliknya, saiz sebenarnya ialah 13 kerusi termasuk jawatan Speaker serta timbalan Speaker, Dewan Perundangan Negeri.  Kenaifan PAS itu telah membolehkan DAP dengan santai melantik wakilnya di kedua-dua jawatan tersebut.

Jika PAS dilihat gagal mencerna maklumat tersurat, keupayaannya menghadam fakta tersirat adalah lebih rendah.

Dilambung gembira prospek menduduki kerusi menteri besar, PAS gagal mengambil kira bahawa YB Jamaluddin Mohd Radzi, ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N59 Behrang, yang juga dilantik exco adalah sebenarnya seorang pembawa kartu keahlian DAP yang dipertandingkan di atas tiket PKR.

Islam bergelimpangan di Rohingya. Mangsa kafir zimmi?
Sandiwaranya nampak seperti PKR yang dapat satu lagi slot exco, tetapi realitinya DAP menduduki slot tersebut melalui ADUN N59 Behrang.

Disebabkan daya catur PAS yang tumpul, DAP yang menyumbang 18 (atau 58%) dari 31 kerusi DUN yang dimenangi Pakatan Rakyat (PR) telah mendapat sembilan (69%) dari 13 jawatan kabinet negeri.

PAS tertipu?  Atau kelincahan pencak politik PAS sememangnya hanya setakat itu, dan tidak perlu ditipu-tipu?

Amati pula apa jadinya kepada PAS di Selangor.  PKR yang menyumbang 16 (atau 44%) dari 36 kerusi DUN yang dimenangi PR telah mendapat tujuh (54%) dari 13 slot kabinet negeri termasuk jawatan timbalan Speaker.  Sebaliknya PAS yang menyumbang tujuh (19%) kerusi DUN mendapat hanya dua (15%) jawatan exco.

Itu belum lagi diambil kira pembolotan jawatan dalam majlis-majlis kerajaan tempatan oleh penyokong PKR dan DAP.  Hingga diberitakan terdapat kes perlantikan ahli majlis yang buta huruf serta tidak tahu berbahasa kebangsaan.

Maksud mudah istilah “politik” ialah persaingan mendapatkan kuasa mengagihkan sumber ekonomi.

Dalam konteks ini di mana letaknya maruah sebilangan intelektual Melayu yang cenderong menyokong PAS?  Berbaloikah imbuhan yang mereka perolehi setelah menjadi tulang belakang jentera PAS, baik secara terangan atau secara sulit, khasnya di peringkat daerah mengundi, di seluruh Semenanjung semasa PRU 2008 dulu?  Terjulangkah Islam di Perak dan Selangor?

Apa pun jawapannya, terbukti PAS dan penyokongnya adalah penjelmaan hidup bagi perumpamaan “menang sorak kampung tergadai”. 

"Ulamak" yang jadi lidah pembela persekutuan dengan Kafir DAP

Dalam tahun 2008, PAS masuk ke pasaran undi seumpama seorang perawan masuk ke pasaran jodoh. Di seluruh Semenanjung calon PAS membawa imej anggun, serta suci dari noda dan dosa.

Namun, di Perak sebagai contoh, selepas dicuba hanya 11 bulan, “mempelai” yang dipilih rupanya memiliki belang “serupa, malah lagi teruk dari UMNO.”  Tetapi lebih rendah dari itu, ialah persepsi pengundi Melayu yang melihat PAS sekadar boneka DAP yang telah mengkhianati kaum.

Di Selangor, imej PAS adalah sekadar melukut yang hanya layak menjadi pembekal lasykar pejalan kaki untuk mengimarahkan majlis-majlis PKR, sebagai tompokan hadhirin yang berkopiah putih.  Setakat sesuai untuk difoto sebagai bukti kepada pemerhati di luar negara, bahawa PKR telah berjaya mengliberalkan Islam di Malaysia.

Untuk PRU ke-13, PAS akan masuk ke pasaran undi laksana seorang duda masuk ke pasaran jodoh.  Selain stigma, pasaran juga melihat kepada bagasi yang diheret bersama.  Dalam menilai semua itu, reputasi masa lepas yang PAS tawarkan akan menjadi titik tolak. Mutakhir, reputasi itu jelas kelihatan mereput.

Monday, July 16, 2012

PRU ke-13 Pada 13 September, 2012?


Kepastian tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 telah mendatangkan banyak fitnah dan tohmah kepada Datu Seri Najib Tun Razak sebagai manusia tunggal di Malaysia yang tahu bila tarikh sebenarnya.  Namun, perhatikan muka DS Najib langsung tidak berkerut dalam berdepan dengan semua tohmahan.

Tema besar tohmahan yang dilemparkan oleh dewa-dewi Pakatan Pembangkan ialah (a) DS Najib tidak yakin dengan keupayaan BN mengekalkan kuasa dalam parlimen, (b) DS Najib mahu lakukan PRU semasa musim haji untuk memastikan penyokong PAS tidak boleh mengundi, dan (c) DS Najib takutkan isteri, yang mana DS Rosmah masih belum beri kepastian.

Selang purata antara dua PRU

Katalah apa sekalipun, sebab utama mengapa DS Najib nampak "sadin", selamba (bersahaja) tentang isu ini ialah kerana pentadbiran beliau masih lagi dalam tempoh purata jarak antara dua PRU.

Tempoh purata antara dua PRU semenjak PRU pertama pada Ogos 19, 1959, hingga PRU ke-12 pada Mac 8, 2008,  ialah 4 tahun, 6 bulan dan 19 hari.

Tempoh paling lama ialah 5 tahun 3 bulan 17 hari, iaitu jarak antara PRU ke-3 dalam tahun 1969, dengan PRU ke-4 dalam tahun 1974.

Tempoh paling singkat ialah 3 tahun 9 bulan 19 hari, iaitu selang antara PRU ke-5 dalam tahun 1978 dengan PRU ke-6 dalam tahun 1982.

Mac 2013 genap 5 tahun Pentabiran BN Penggal ke-12

Mengapa September 13?

Tempoh 4 tahun, 6 bulan dan 19 hari selepas PRU ke-12 dalam tahun 2008 jatuh pada September 27, 2012.  Tetapi di berikan sebab-sebab berikut saya tidak jangka hari membuang undi PRU  ke-13 akan jatuh pada tarikh ini.

  • Pertama, bagi semua tujuan praktikal, musim haji tahun ini akan bermula pada hari Isnin, September 17, 2012 dengan berlepasnya pesawat pertama yang membawa jemaah haji Malaysia.  DS Najib tidak boleh adakan sebarang pilihan raya pada, atau selepas tarikh ini, kerana umat Islam Malaysia akan menjatuhkan beliau kafir yang lagi nyata dari kekafiran Khalid Samad, MP Shah Alam, yang mempertahankan konsep "Allah Tritini" (3 tuhan dalam satu) sebagai sesuai digunakan oleh umat Islam Malaysia.

  • Kedua, selepas September 17, tarikh paling awal DS Najib boleh adakan PRU ialah selepas November 29, 2012.  Tarikh ini ialah tarikh penerbangan pesawat terakhir membawa pulang jemaah haji. Perhatikan tarikh ini adalah bersamaan dengan bermulanya musim tengkujuh (banjir) di Semenanjung Tanah Melayu.  Sehubungan ini saya tidak jangka aktivis BN adalah dari jenis manusia gigih berjiwa besi waja yang sanggup dibasahi hujan dan mengharung lecak untuk berkempen pilihan raya.  (Jika berlaku juga PRU dalam tempoh ini, saya agak DS Najib tidak akan punyai cukup projek dari Rancangan Malaysia ke-11, 12 dan 13 untuk diagihkan pada sebelum hujung tahun 2012.)

  • Sebab ketiga ialah Hari Puasa tahun ini difalak akan jatuh pada Ogos 19 atau 20.  Andaikan DS Najib mengumumkan tarikh pembubaran parlimen pada hari Khamis 23 Ogos, Anwar Ibrahim akan mempunyai masa selesa 21 hari untuk menggerakkan gerilya-gerilya-nya (perkataan "gurila" ikut ejaan Indonesia), dan membawa masuk bantuan asing (dalam bentuk campaign manager dan pemantau PRU) untuk menghuru-harakan PRU ini.  Anwar hanya perlukan masa 10 hari untuk cetak 17 kapal kontena bendera, poster, sticker, t-shirt dan kain rentang di China dengan pembiayaan asing dan membawanya masuk ke Perlabuhan Pasir Gudang atau Kuantan.  Manakala untuk BN, 21 hari ialah tempoh yang selesa di adakan tarikh penamaan calon serta kempen selama 2 minggu.

PRU mesti hari sebelum Jumaat

September 13 jatuh pada hari Khamis.  Dan Khamis adalah hari yang paling afdhal untuk dijadikan hari membuang undi.

Hari paling "celaka" untuk BN ialah hari Sabtu.  Ini kerana jika berlakunya PRU pada hari Sabtu, apa yang akan berlaku pada hari Jumaat sebelumnya ialah aktivis PAS (baik yang bergerak secara terbuka, dan khususnya yang bergerak dalam senyap) akan melakukan rampasan kuasa besar-besaran ke-atas semua masjid di Semenanjung Tanah Melayu.  Peluang itu akan digunakan selantangnya untuk memberi "fatwa terakhir" tentang kewajiban mengundi PAS dan sekutunya.

Di Jumaat itu juga malaikat akan menjadi saksi betapa penganut Islam Liberal penyokong PKR yang tidak tahu niat mandi junub akan pakai serban dan jubah berlakun khatib dan membaca khutbah menyeru makmum menyokong Anwar.

Jika ini berlaku, BN akan tidak punya masa untuk bilas kesan "bilasan akhir" PAS yang mampu melenyapkan segala jasa baik yang DS Najib lakukan dalam tempoh 4 tahun lepas.

Apa pun tarikh PRU ke-13 yang diumumkan kelak, saya yakin 100% ianya tidak akan berlaku dalam tahun 2013.  Mengapa begitu yakin?  Jawabnya pada posting yang akan datang ...

Sunday, July 15, 2012

Pencen dan Islam – Bahagian 1


           Ilmuan Malaysia masih tidak terfikir untuk kaji fenomena "krisis rohani" (spiritual crisis)


Saya pernah jadi “tambi”(budak pejabat) kepada Allahyarham Tan Sri Jaafar bin Abdul.  Dari kalangan peristiwa yang saya ingat semasa berkhidmat bawah beliau, ialah satu insiden kecil di mana beliau kelihatan kecewa bila satu temujanji dengan seorang personaliti besar di zaman itu dibatalkan di saat akhir.

Kebetulan saya berada di bilik beliau ketika itu.  Beliau merenung saya bila setiausahanya memberitahu tentang pembatalan itu.  Tiba-tiba terpancut dari mulut beliau.   “Hah ... ingat Mat, inilah nasib kamu bila pencen kelak.  Semua orang yang pernah rapat dengan kamu akan kena foot and mouth disease (sakit kuku [kaki] dan mulut)”.

Tan Sri Jaafar Abdul.  Seorang 'bos' yang pemurah
Saya terpingga tidak faham apa maksud beliau, tetapi belum sempat saya buka mulut untuk bertanya,  beliau menyambung ... “masa kamu dalam khidmat, semua orang berebut nak jumpa kamu.  Tapi bila kamu pencen, semua tak senang nak jumpa kamu.  Kamu talipon dia orang tak senang nak bercakap.  Sakit mulut lah tu.  Kamu ajak jumpa mereka tak boleh datang.  Sakit kaki”.

Saya ketawa terkikik (nak ketawa nyaring tidak berani depan Tan Sri itu).  Tetapi ketawa bukan lah kerana apa yang beliau cakapkan itu lucu, tetapi kerana gaya beliau ungkapkan ayat tersebut.  Siap dengan mimik muka.

Ketika itu, insiden itu tidaklah mengusik kalbu.  Seepas itu adalah saya ceritakannya sebagai bahan bualan jenaka kepada dua tiga orang sahabat.  Namun suatu hari selang 15 tahun kemudian insiden itu menerjah saya dalam bentuk flashback (imbas kembali) yang sangat vivid (seakan-akan gambar hidup). 

Hari itu secara kebetulan saya bersua seorang bekas pembesar satu kementerian dalam masjid (tidak perlu sebut siapa) selepas solat zohor.  Saya merenung ke matanya, tetapi karektor itu cuba mengalihkan pandangan.  Gerak tubuh beliau kelihatan seolah-olah mahu mengelak dari bertemu saya.  Tetapi saya buat bodoh, terus menghulur kedua-dua tangan untuk bersalam.  Beliau berlakun terkejut, tetapi dari air muka beliau saya pasti dia tersangat gembira dengan salaman saya.  Bukan setakat gembira, tetapi kelihatan seolah-olah terangkat setabir mendung yang menyelubungi kewujudan beliau.

Sakit kuku dan mulut lazimnya dikaitkan dengan lembu

Di pendekkan cerita, saya borak kosong sambil menemani beliau ke parkir.  Dan ayat yang keluar dari mulut beliau ketika melangkah masuk ke dalam kereta menjentik hati saya ... "Inilah orang pencen ... nak cari kawan kena datang masjid". 

Sekoyon-koyon itu juga flashback insiden saya dengan Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul datang menerpa. 

Semenjak insiden itu, setiap kali saya terdengar, berdepan atau terbaca tentang gelagat orang pencen, saya akan tersenyum sendirian terkenang akan cakap “foot and mouth disease” Tan Sri Jaafar.

Bersambung.

Friday, July 13, 2012

Bila Pandir Menyamar Pakar Ekonomi

Jawapan kelas pariah bunting kutip botol dari seorang Menteri Besar

Satu perkara yang kita orang Melayu kena akui ialah masyarakat kita kian dibanjiri "conman" -- penipu.  Bukan setakat tipu kecilan seperti tipu "gores dan menang" tetapi tipu kelas mega.

Orang bisnes tipu darjah kebesaran (datuk bisnes kad).  Artis jahil yang mana niat mandi junub pun entah-entah lintang pukang lagi, tipu pandai ugama langsung jadi penceramah negara Islam.  Penerima manfaat Dasar Ekonomi Baru dapat pinjaman mudah juta-juta ringgit menyamar pakar ekonomi.  Macam macam tipu.

Tetapi yang paling mengerikan ialah bila penipu-penipu ini masuk pilihan raya jadi calon, kita undi mereka, dan seterusnya izin mereka jadi pentadbir negara.

Jawapan Khalid Ibrahim yang dibelakangi, kononnya, pakar ekonomi Anwar Ibrahim, tentang peranan kerajaan negeri dalam hal menyediakan perumahan mampu milik, adalah contoh klasik tipu yang layaknya dihukum potong kemaluan.  [Klik di sini untuk laporan lengkap].

Selain dari hak memilik gaya melempias nafsu syahwat, perumahan mampu milik adalah hak asasi manusia yang di ikhtiraf dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.  [Klik di sini untuk maklumat lanjut].  Yang mana akses kepada perumahan mampu milik juga adalah sebahagian besar dari keadilan sosial.

Padan muka pengundi Selangor.  Seburuk-buruk UMNO yang dilabel rasuah, perumahan rakyat adalah antara agenda utama perjuangan.  Tetapi semanis dan seindah idealisme keadilan yang PKR perjuangankan, kepentingan Cina DAP yang baru nak belajar jadi kapitalis juga yang didepankan.

Bab ini pengundi Melayu Selangor kena ingat bahawa hutan sudah tiada di Selangor.  Sudah tiada tempat untuk kamu orang nak lari!  Kamu sekarang mungkin dah "lepas" kerana dah ada rumah sendiri (yang mampu dibeli dek usaha UMNO yang kamu label korup) di taman-taman "saujana impian".  Tapi apa pula dengan nasib anak cucu serta menantu kamu?  Semua nak longgok di rumah kamu yang satu itu?

Thursday, July 12, 2012

PAS & Pelacur Takbir

Punah sakan semenjak PAS ambil Anwar & Ambiga sebagai imam

Tolak bilal dan khatib, diluar solat, orang Melayu jarang bertakbir dengan nyaring.  Rata-ratanya orang Melayu bertakbir nyaring dua kali setahun.  Itu pun kalau ke masjid atau surau untuk solat sunat Raya Puasa dan Raya Haji.

Bagi ramai orang Melayu laungan takbir - 'Allahu Akhbar' - adalah lencana identiti PAS.  Dan jika diperhatikan, penyokong PAS amnya rasakan 'takbir' adalah monopoli parti mereka.  Orang Islam lain, khususnya penyokong UMNO, tidak layak bertakbir.  Seolah-olah kalau orang Islam lain mahu bertakbir, mesti ada kebenaran PAS.

Sebagai adat, PAS gunakan takbir sebagai tanda sokongan dan sebagai tanda seru (exclaimation mark) semasa ceramah.  Cara penggunaannya begini:
  •  Jika penceramah katakan sesuatu yang bernas, ada hadhirin akan jerit 'takbir' (bukan Allahu Akhbar) tanda setuju.
  • Selesai ayat penceramah memperihal hina serta caci pemimpin UMNO, akan ada yang jerit 'takbir'.
  • Penceramah buat lawak atau kelakar, akan ada yang jerit 'takbir'.

Amnya PAS guna 'takbir' sebagai ganti tepuk tangan, kerana bagi orang PAS, tepuk tangan itu tidak Islamik.

Dalam perkembangan terbaru, ada pelacur yang laungkan takbir bila diserbu pegawai penguatkuasa.  Nampaknya seperti dengan penyokong PAS yang lain, pelacur tersebut menyangka laungan 'Allahu Akhbar' adalah kata kod (code word) untuk halau hantu, penyokong UMNO dan segala penguatkuasa undang-undang yang lain. [Klik di sini untuk laporan lengkap]

Wednesday, July 11, 2012

Insurgensi: Hari Ini Pedang Samurai, Esok Pengebom Bunuh Diri?

PM Najib terdedah kepada tindakan jahat musuh
Senario.  Insiden amuk di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin, Julai 9 mempunyai semua ramuan untuk melayakkannya di cap sebagai tindakan insurgensi.

Cubaan sepasangan pengamuk itu walau bagaimana pun telah dipatahkan oleh pengawal bersenjata yang tidak teragak-agak untuk melaksanakan tugas.  Petugas keselamatan hari itu tidak berkerja dengan santun dan pasif untuk manfaat kamera Aljazera atau BBC seperti kalau mereka bertugas semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

Hari ini diketahui bahawa ada sekurang-kurangnya tiga orang lain terlibat dalam plot tersebut.  Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah pasangan berani mati itu hanya baru berkenalan untuk tempoh satu minggu. [Klik di sini untuk contoh berita]

Dalam kejadian itu, pengamuk menggunakan pedang samurai.  Itu Isnin lepas.  Tetapi apakah yang menghalang puak-puak subversif yang menjadi dalang insiden tersebut untuk bertindak lebih berani di masa hadapan? Apa kata kalau di lain kali mereka menggunakan pengebom bunuh diri (suicide bomber)?


Konteks insiden.  Kejadian berlaku semasa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tahap tertinggi.


Takrif.   Insurgensi (insurgency):  Satu gerakan terancang bertujuan menggulingkan sebuah kerajaan yang dibentuk secara sah melalui kaedah subversif dan konflik bersenjata.

Subversyen (subversion):  Satu usaha yang sistematik untuk menjatuhkan atau melemahkan sistem kerajaan atau politik oleh orang-orang yang bekerja secara rahsia dari dalam.


Pengalaman lepas.  Pada Mei 21, 1991 Rajiv Ghandi bekas Perdana Menteri India telah dibunuh oleh seorang perempuan pengebom bunuh diri yang menyangkut bom yang digubah seperti sekalungan bunga ke leher Rajiv.  [Klik di sini untuk contoh laporan]


Apakah PDRM dan Risik Tentera sudah bersedia untuk kemungkinan seperti itu?

Tuesday, July 10, 2012

Subversif Dalam Negara Simptom Serangan Musuh Luar?


Mungkinkah penjenayah ragut kebelakangan ini bertindak mengikut skrip?  Yang mana mereka sebenarnya diupah untuk bertindak ganas?  Ganas yang diupah seperti perusuh “baju merah darah ikan” semasa demonstrasi BERSIH 3.0 dulu?  Siapa yang mengupah?  Musuh dari luar, atau pengkhianat dalam negara?  Atau gabungan musuh luar dengan talibarut dari dalam?

Perhatikan senario berikut.

Dalam tempoh seminggu dua ini banyak berita jenayah yang “tidak masuk akal” telah dilapor.  Maksudnya “jenayah biasa” yang dilakukan dengan modus operandi (MO) “luar biasa.”  Jenayah jalanan yang dinaik taraf jadi jenayah ganas membunuh.  Jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan “komuniti penjenayah” kebelakangan ini.

Rakyat Malaysia dah lali dengan ragut atau samun.  Bila disebut “peragut” umum secara otomatik boleh nampak profil penjenayah dalam mata hati.  Penagih dadah.  Lazimnya lelaki Melayu, dalam lingkungan umur 16-35 tahun. Jenayah dilakukan dari motosikal.  Jenayah dilakukan sendirian atau berpasangan. Jenayah adalah sekadar cari modal untuk lepaskan gian ("rindu") dadah.
 
Mangsa akan dikasari, ditendang, ditolak, malah boleh juga diseret, dan/atau dihentak dengan topi keledar jika melawan.  Jika jenayah berlaku semasa mangsa menonggang motorsikal, kemungkinan besar mangsa akan mengalami kecederaan, kerap parah, adakala hingga meragut nyawa.

Namun dalam tempoh 20 tahun sejak jenayah ragut menjadi ciri lanskap kehidupan di Malaysia, tidak pernah dilapor mangsa ragut dengan sengaja dilibas dengan senjata atau ditikam.  Kecuali kebelakangan ini. Perbuatan ragut sudah jadi semirip kes sengaja nak bunuh.  [Klik di sini untuk contoh berita].


Kelmarin Julai 9, sepasang “pengamuk” telah ditembak polis dalam kejadian cuba menyerang pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.  [Klik di sini untuk contoh berita].  Kejadian ini anih kerana berlaku tanpa apa-apa amaran, di saat populariti Perdana Menteri berada di kemuncak. 

Pengamuk yang mati dalam kejadian dilapor adalah seorang blogger.  Sehubungan ini apa yang nampak ialah satu “kebetulan janggal” di mana blog allayarham dimulakan seputar waktu berlakunya BERSIH 3.0.

Perhatikan kejadian jenayah ganas ini mendahului dan menyusuli sidang akhbar Wan Azizah yang mahukan PDRM menghentikan risikan kea atas aktiviti suami beliau.  Sebaliknya Wan Azizah mahu PDRM tumpukan usaha kepada basmi jenayah. [Klik di sini untuk contoh berita].

Notakan aktiviti subversif adalah satu cara musuh asing menyerang sesebuah negara tanpa perlu melibatkan tentera.  (Contohnya, Singapura yang tidak berani perang terbuka dengan Malaysia tetapi mahu lihat Malaysia “tak senang” boleh saja upah penjenayah lakukan kacau bilau dalam negeri.  Hanya perlu tiga empat orang pegawai kedutaan untuk jadi ko-ordinator.  DAP tentu tepuk tangan riang dalam diam!).

Di awal “perang saudara” Syria, demonstrasi ganas oleh lepasan pusat pengajian tinggi yang menganggur tiba-tiba meletus di seluruh negara.  Kini diketahui demonstrasi ganas tersebut telah di-orkestra-kan dan ditaja oleh kuasa NATO yang mahu lakukan “perubahan regim” di Syria.

Sudahkah Cawangan Khas tinjau sudut ini?

Saturday, June 30, 2012

Hudud PAS: Retorik Pancing Undi Yang Membelah Ummah


Selama 20 tahun “hudud” menjadi tagline atau cogan kata PAS yang ampuh untuk memecah belahkan kesepaduan umat Islam Malaysia. 

Perpecahan berlaku bila sesetengah penganut Islam merasakan mereka wajib menyokong PAS yang menjaja “hudud” kerana parti itu dilihat mahu melaksanakan hukum Islam, sedangkan menegakkan syiar Islam itu wajib.

Propaganda seputar “hudud” telah membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan hingga sekarang, dan di Terengganu, janji melaksanakan hudud telah membolehkan PAS memerintah selama empat tahun. 

Lencana “hudud” juga telah membolehkan PAS mendabik dada bahawa parti politik itu bukan lahir semata-mata untuk merebut kuasa politik, tetapi ia berperanan memikul tanggung jawab khalifah Allah di muka bumi iaitu "mendirikan agama dan mentadbir dunia dengannya”.  Begitulah murninya bunyi jalan cerita PAS.

Thursday, June 28, 2012

Musang Dilantik Penjaga Ayam (Ronnie Liu Bakal Menteri Hal Ehwal Melayu)

Tidak mustahil jika Pakatan Rakyat menang PRU ke-13 kelak, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mewujudkan satu kementerian baru -- Kementerian Hal Ehwal Melayu Serta Lain2 Pribumi.  Dan diberi corak pemikiran Anwar kebelakangan ini, tidak mustahil dia melantik Ronnie Liu yang penuh benci dan dendam kesumat terhadap bangsa Melayu dan Islam sebagai menteri menjaga portfolio itu.

Pelantikan musang menjaga ayam itu tidak semustahil yang kita sangka.  Hari ini Israel telah melantik  Rabbi Shmuel Eliyahu, manusia paling rasis di muka bumi ini sebagai ketua Persatuan Palang/Bulan Sabit Merah Israel. [Klik untuk berita lengkap]

Rekod  Rabbi Shmuel Eliyahu boleh diamati dari laporan Jerusalem Post, pada Mei 30, 2007, di mana Eliyahu dipetik menyokong "pengeboman permaidani” (carpet bombing) kawasan umum dari mana roket2 Kassam dilancarkan, tanpa mengira kos nyawa rakyat Palestin."  Eliyahu dipetik berkata bahawa "jika mereka tidak berhenti selepas kami membunuh 100, maka kita harus membunuh seribu." dan, "jika mereka tidak berhenti selepas 1000, kita perlu membunuh 10,000. Jika mereka masih tidak berhenti, kita mesti bunuh 100,000, walaupun 1 jutaApa yang diperlukan untuk membuat mereka berhenti."

Sempoi saja cara Israel menyelesaikan masalah Palestin.  Begitukah caranya nanti DAP menyelesaikan masalah Melayu bila mereka menang PRU ke-13 kelak?



PAS dan Lebuh "Pilihan Raya" KB-KKrai


Apa Yang Tidak Kena? Kos RM25 juta sekilometer atau RM1.8 bilion Untuk 73 Kilometer TIDAK MASUK AKAL.

Kos lazim tender JKR untuk lebuh raya hanya sekitar RM4 juta sekilometer untuk lebuh raya 4 lorong dua hala -- 2 lorong kiri, 2 kanan, termasuk bahu jalan. Bergantung kepada mudah-payah kerja, kos boleh naik hingga RM12 juta sekilometer. Kos ambil kira samada lintas banyak kawasan paya atau lembah, banyak kena tarah bukit, kena buat jambatan, kena pindah kubur, jarak lebuh raya dari kuari terdekat dsb. Kos juga termasuk harga kemasan jalan seperti lampu, railing besi kiri kanan jalan dsb.

Mengapa kos lebuh raya kerajaan PAS ini sampai RM25 juta sekilometer -- 2 kali ganda harga kos kerja paling mahal tender JKR -- sedangkan kerajaan PAS beritahu lebuh raya akan dibina guna batu dari kuari milik kerajaan negeri?  Tambah pula kerajaan PAS juga beritahu jajaran lebuh raya tidak melibatkan banyak pengambilan tanah orang awam, sebaliknya lebuh raya lintas tanah kerajaan.

Adakah lebuh raya ini akan bertatah emas dan perak beli dari KGT dan akan dihiasi dengan billboard gambar pemimpin PAS setiap 100 meter, maka harganya naik sampai RM25 juta sekilometer?

Siapa yang bakal kaut untung tidak kurang dari RM900 juta dari pembinaan lebuh raya ini?Atau ini cuma kaedah PAS cari dana pilihan raya?

Wednesday, June 27, 2012

BN Rembat Majoriti 2/3 PRU ke-13 -- Hukuman Terzalim Buat Ambiga


Pembesar politik Melayu tidak perlu bertindak dangkal di khalayak umum dengan statemen yang hanya boleh meraih simpati terhadap Ambiga Sreenavasan.

Ya, bukanlah rahsia orang Melayu amnya benci meluat dengan Ambiga.  Tetapi biarlah perbincangan "hukuman" terhadap betina itu dibuat tahap bisik.  Tahap cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Hukuman paling zalim ke atas Ambiga ialah BN menang majoriti 2/3 kerusi parlimen dalam PRU ke-13 kelak.

Di saat itu Ambiga akan rasa terpukul ke tulang hitam.  Di saat itu dia akan benar-benar disentap kesedaran bahawa Melayu rata-ratanya bencikan dia, dan Anwar Ibrahim atau PAS sudah berdaya untuk melindungi dia.

Biar dia hidup bebas tapi merasa dipenjara oleh tekanan khuwatir boleh "dipatuk" pada bila-bila masa oleh mana-mana Melayu seTanah Melayu yang marah dan benci  akan dia.

Untuk merealisasi hukuman itu orang Melayu kena kerja keras pastikan BN menang besar dalam PRU ke-13 kelak.

Baca cerita perbuatan lepas geram di sini. [Sila klik]

Tuesday, June 26, 2012

Mengapa Hanya Melayu Mesti Berkorban?

Kawasan Bukit Bintang itu luas, dengan banyak tompok tanah kosong dan bangunan lama.

Tetapi mengapa dimestikan lokasi stesyen Myrapid Transit (MRT) oleh MRT Corp di bina di atas tapak Bangunan Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) yang menempatkan peniaga Melayu?

Amati penemerima manfaat terbesar projek keratapi transit ini ialah peniagaan Cina besar dan kecil di kawasan Bukit Bintang.

Kenapa dalam semua hal pembangunan negara hanya Melayu saja yang diwajibkan berkorban?

Umum tahu peniaga Cina tidak suka persaingan dari Melayu.  Tetapi apa pula dengan MRT Corp yang dilihat bersikap serupa?

Cerita lanjut di sini. [Sila klik]

Saturday, March 24, 2012

Cula: Izzah, Sayang, Kalau Tak Reti Meh Uncle Ajar

C-u-l-a, istilah politik peringkat rendah yang bermaksud "anggar" atau "agak @ teka berasas".

 Macam mana rupa "cula" dan bagaimana ia dilakukan?  Resipi cula adalah lebih kurang begini.
 
1.  Perlu sekurang-kurangnya satu cawangan parti politik dalam satu Daerah Mengundi atau "Peti Undi".

2.  Perlu sekurang-kurangnya seorang "Ketua Peti Undi" atau semoleknya "Jawatan Kuasa Peti Undi".

3.  Seboleh-bolehnya Ketua Peti Undi atau Jawatan Kuasa Peti Undi mestilah orang tempatan, yang sesungguhnya orang dalam kawasan Peti Undi.

4.  Daftar Pemilih Peti Undi.  Maksudnya senarai dari SPR akan orang-orang dalam Peti Undi yang layak mengundi.

Diberi ramuan di atas, Ketua Peti Undi (JK Peti Undi) akan meneliti Daftar Pemilih dan cuba mengenal pasti "sikap" penama terhadap parti.  Makcik Munah biasanya sokong parti mana, Pak Cik Dollah, Alang Jusoh, Busu Timah, Tokey Acai dan seterusnya, sokong siapa, condong belah mana.  Kalau UMNO yang cula, Ketua Peti Undi akan tandakan samada sesuatu nama itu -- Dacing (Sokong UMNO), Bulan (Sokong PAS), Atas Pagar, Tidak Dikenali, Luar Kawasan, Dalam Penjara, Dalam Pusat Pemulihan dsb.

Bila senarai cula diaggregatkan, parti boleh anggarkan potensi kalah/menang bagi sesuatu kawasan DUN atau Parlimen.

Masalah dengan Nurul Izzah, yang mana 2 pembantunya ditangkap polis kerana menyamar pegawai SPR sekaligus membayangkan masalah besar PKR.

Parti itu tiada ahli, tiada cawangan, dan kalau ada pun, cuma atas kertas. Sebab itu lah parti itu tak boleh, malah tak reti, nak buat "gerakan cula" kawasan.  Dan sebab inilah juga yang membuatkan PKR parti yang paling kerap, dan paling kuat melolong "pengundi hantu" -- mereka tak boleh nak kenal pasti siapa pengundi dalam kawasan yang mereka bertanding.

Untuk makluman adik Nurul, kerja cula ini "celah gigi" saja, tetapi ianya tak boleh nak diswastakan kepada Merdeka Center atau bebudak universiti yang sokong PKR.  Kerja ini mesti dilakukan oleh orang parti dari dalam kawasan.  Ada faham?

Kalau cula pun tak reti, macam mana orang PKR nak tadbir Tanah Melayu, yang mana kerjanya lagi kompleks?

Saturday, March 17, 2012

Amah Indon: Masa Untuk Penyelesaian Jangka Panjang

Sampai bila kita hendak guna "pendekatan band-aid" dalam menyelesaikan masalah ini?  Pendekatan setiap kali luka, tampal saja plaster.  Pendekatan, melutut tagih simpati Indonesia, setiap kali timbul masalah.

Empat perkara yang kita perlu sedar tentang masalah amah/babu ini ialah:

1.  Ia sebenarnya simptom kecil kepada satu masalah hakiki yang lebih besar, iaitu masalah struktur masyarakat Malaysia yang perlu ditangani kadar segera, dan masalah ini perlukan long term solution -- penyelesaian masa panjang. 

2.  Indonesia, Myanmar, Kampuchea atau negara mana sekali pun yang kini mundur di rantau Asia Tenggara tidak selamanya akan kekal mundur, dan bergantung kepada eksport tenaga kerja, baik bentuk amah, buruh ladang sawit atau pelacur untuk hidup.  Malah, kalau diperhatikan Indonesia, pertumbuhan ekonomi di sesetengah daerahnya adalah lebih pesat dari pertumbuhan Malaysia.  Akan sampai masanya negara mereka akan makmur seperti negara kita, dan mereka pun akan kekurangan tenaga kerja.


3.  Kerajaan tidak perlu tunduk kepada tuntutan suri rumah etnik Cina yang tidak mahukan (sebab cemburu) amah dari negara China.  Malah kerajaan sepatutnya berkeras supaya keluarga Cina atau keluarga bukan-Islam hanya layak mengambil amah dari negara China.  Dengan terbukanya punca bekalan amah dari negara itu akan memberi persaingan kepada Indonesia yang kini besar kepala.

4.  Faktor Anwar Brahim yang mampu mempengaruhi, meracuni, keputusan pihak Indonesia dalam hal-hal urusan melibatkan hubungan Indonesia-Malaysia.

Sudah sampai masanya untuk PM Najib dan kabinetnya berfikir untuk menyediakan (secara subsidi) pusat jagaan kanak-kanak (day care center) tajaan kerajaan.  Malah untuk menggalakkan bekalan kebajikan masyarakat ciri ini, kerajaan memberi insentif fiskal kepada majikan, persatuan surau dan masjid, atau persatuan penduduk untuk menyediakannya.  Saya taksir, perbuatan ini adalah lagi berfaedah dari memberi peruntukan yang banyak bagi menyelenggara pusat pemulihan penagih dadah disegenap pelusuk negara.

Kita kena terima hakikat bahawa penyertaan kaum wanita dalam work force negara adalah satu ciri kekal ekonomi kita.

Tuesday, March 06, 2012

Coup de tat Kedah: Ustadz Azizan Kalah Dalam Menang

Pemuja Anwar menang.  Hasil usaha menggulingkan Ustadz Azizan dari jawatan Menteri Besar Kedah adalah kejayaan bagi puak Pahrolrazi dan Ismail.

Sekadar tidak memberi aib.  Ustadz Azizan kelihatan menang kerana masih menyandang jawatan Menteri Besar Kedah, tetapi sebenarnya beliau kalah besar.  Perbuatan PAS Pusat mengekalkan beliau di jawatan itu adalah semata-mata untuk tidak memberi aib kepada seorang pejuang PAS yang bertaraf ulama.

MAGERAN ala-PAS.  Berbeza dengan norma di mana seorang Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak, untuk pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, kerja dan keputusan seorang Menteri Besar kini dipantau secara aktif oleh sebuah jawatan kuasa pusat.  Implikasi paling jelas perbuatan ini ialah Menteri Besar Kedah sudah tidak boleh dipercayai untuk bertindak secara siuman dan rasional.

Di mana nilai diri Ustadz Azizan?  MB Kedah sebenarnya boleh memulangkan paku buah keras kepada PAS Pusat dengan meletak jawatan sebagai MB, tetapi kekal sebagai ADUN.  Perbuatan ini akan memuaskan nafsu loba yang tidak kenal timing fraksi Anwar dalam PAS Kedah, tetapi sekaligus mengisyaratkan kepada semua penyokong PAS di seluruh negara yang tidak walaq (setia taksub) kepada Anwar bahawa PAS perlu direformasikan secukup rasa selepas PRU ke-13 kekal.

Debat Anwar Najib: Kemaruk Nak Muncul Di Media Perdana

Tak cukup dengan gesaan, Pakatan Rakyat promosikan hasil kaji pendapat yang menunjukan rakyat mahukan debat Anwar-Najib.  Mungkin rakyat mahu lihat sarkes politik, sebenarnya.

Dan sememangnya debat itu, jika berlangsung, adalah tidak lebih dari satu sarkes politik.


PM Najib boleh debat dengan siapa yang dia suka, dan itu rakyat tak boleh halang.  Tetapi dari segi "hikmah", saya (yang menyokong PM Najib) tidak nampak manfaat yang mendatang kepada Najib.  Manfaat kepada Anwar Ibrahim, tersangat banyak.

Sejak 1998 Anwar menyelar, menghina, dan meludah segala "media UMNO".  Dan semenjak itulah Anwar tidak dapat muncul di pentas TV3 (khususnya), TV2 dan TV1 dalam "cahaya" yang "positif".  Terlalu dahaga dan rindu Anwar akan pentas media perdana (main stream media).  Adakah itu niat sebenar Anwar Ibrahim sehubung debat yang ditagih ini?  Untuk mendapat sekelumit peluang mencipta semula kredibiliti yang hilang?

Tak kan PM Najib dan segala penasihat beliau tidak nampak "angle" (sudut) ini?  Jika nampak, perlukan tagihan ini dilayan?

Andai Kata PRU Ke-13 Bulan Jun 2012

Kemungkinan besar kecoh soal gaji penjawat awam di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan selesai pada pertengahan bulan April 2012.

Tanggal 1 Mei, 99% dari semua penjawat awam berpuas hati dengan gaji baru mereka.  Tepat 12.01 pagi tanggal 25 Mei, 1.2 juta akaun bank penjawat awam akan dikreditkan dengan gaji mereka.

Katakanlah, purata seorang penjawat awam mendapat kenaikan gaji sekitar RM400.  Boleh tahan juga lah tu.  Tetapi yang lagi best, SBPA sebenarnya berkuat kausa pada 1hb Januari 2012.  Maksudnya semua penjawat awam bakal menerima tunggakan (arrears) gaji untuk empat bulan.  RM400 darab 4 bulan = RM1,600.  Campur kenaikan bulan Mei, "hadiah" dari PM Najib ialah RM2,000 seorang.

Tepat jam 12.00 tengah hari 26hb Mei, PM Najib umum bubar parlimen, dengan tarikh PRU ke-13 sekitar 15hb Jun.  Agak-agak, pada hari membuang undi kelak, undi 1.2 juta penjawat awam akan memihak kepada parti mana?

Ahhh ... talk about BN's fixed deposit.

Teka saya, selepas 16hb Jun 2012, PKR akan pupus, mati tidak berkubur untuk selama-lamanya.  Manakala Anwar Ibrahim dikejarkan ke sebuah hospital di India ...