Ulasan Rafidah, atau dari personaliti sekaum dengannya memang saya sudah nantikan. Tetapi saya agak “terkezut” bila untuk kali pertama dalam satu tempuh yang sudah terlalu lama, saya dapati Rafidah bercakap menggunakan intelek, guna akal. Berasaskan ilmu.
Sebenarnya, apa yang Rafidah komen tentang cadangan mencantum NSTP-Utusan itu hanyalah sekelumit dari banyak faktor yang telah disahkan secara ilmiah akan menggagalkan sesuatu merger & acquisition (M&A).
Faktor pertembungan dua budaya kerja dan imej diri adalah sesuatu yang tidak mungkin akan dapat di-serasi-kan bila NSTP-Utusan digabungkan kelak.
Sepatutnya penggabungan ini tidak menjadi isu. Tetapi kerana seperti biasa Abdullah Ahmad (Badawi) itu adalah terlalu hipokrit, dan menantunya telah tercium peluang buat duit, maka ianya menjadi isu. Hipokrit dan tamak pemimpin. Membuat UMNO memberontak lawan taukeh. Nasiblah
Berterus terang sahajalah – NSTP sudah nak bangkrap sejak diambil alih pengurusannya dek Kalimullah. Cakap sajalah, NSTP perlukan bailout untuk menyambung hayat. Mengapa perlu bullshit dengan 1,001 daleh yang tak masuk akal?
Usahlah nak diulang helah lama penutupan Bank Bumiputra di mana Renong yang sepatutnya digulung tikar kerana hutang tak terbayar kepada Bank Bumiputra, tetapi akhirnya Bank Bumiputra telah ditelan oleh anak syarikat Renong. Langsung kini jadilah Bumiputra Commerce.
Cakap sajalah bahawa Utusan, dengan segala Melayu yang tak tahu cakap Orang Putih itu adalah diharapkan untuk memulihkan NSTP yang serba sophistikated. Habis cerita. Bingai punya Dollah Nasrul Haq Ajaran Sesat.
No comments:
Post a Comment