Tuesday, December 12, 2006

Kubu Melayu (Islam) Terakhir: Visual Kelantan Dari Perspektif Off-Beat

Hari ini saya tidak sempat untuk berfalasafah hatta mengutuk UMNO secara bertulis.

Waduh? Dah nak pencen? Dah kena gertak? Tak. Cuma kesibukan sikit belajar kaedah photoblog, blog bergambar. Dan hasilnya ada di “rudin’s FotoPage.”

Diakui gambar-gambar yang ada kini tidak berapa tajam fokusnya (maklumlah kamera murah), dan tidak begitu gemersik warnanya. Sebab warna jadi begitu ialah cuaca di Kelantan kini agak mendung sepanjang hari, dengan hujan renyai atau lebat sekejap-sekejap tidak menentu masa, kerana telah masuk musim tengkujuh.

Pelawat dipersilakan untuk memberi apa juga komen yang terlintas. Malah saya meminta jasa baik pembaca/pelawat memberi cadangan tentang aspek atau tajuk berkaitan Kelantan yang ingin dilihat. Insyaallah, sekiranya berpeluang saya akan tunaikan hajat.

Nota: Link untuk ke rudin’s FotoPage ialah http://kelantan-ku.fotopages.com/

No comments: