Terlaksananya percantuman NSTP-Utusan adalah satu foregone conclusion – kesimpulan berlepas. Abdullah Ahmad kini sudah menunjuk belang. Dia peduli apa, siapa dan berapa ramai yang menentang rancangannya.
Malah dia langsung tidak rasa bersalah atau malu bila rakyat jelata sudah dapat tahu bahawa Singapura akan memegang 40% dari saham entiti baru NSTP-Utusan.
Abdullah Ahmad sudah tidak gerun dilihat rakyat sebagai pengkhianat yang menjual negara. Malah saya tidak hairan jika suatu hari kelak dalam waktu terdekat ini, dia bertanya kepada kita semua – kepada siapa harus Perdana Menteri gentar? UMNO? (Jangan nak bergurau).
Anwar Ibrahim kepatahan sayap. Tun Mahathir sudah luruh taring lagi gering pula. Tengku Razaleigh bukan berdarah pahlawan, cuma keturunan Raja Pujud, Pattani, yang lari ke Kelantan setelah kalah perang. Genetiknya pengecut.
PAS seperti biasa hanyalah seekor “harimau kertas.” (Geng “Tiga Abdul” masih mencatur Kelantan. Si “laksamana,” admiral, yang karamkan armadanya sendiri masih berkokok di Terengganu). Kepada siapa harus bangsa Melayu mengadu?
Baiklah, kita semua pasrah dengan nasib yang bakal menimpa kita. Maka itu ayuh kita ramai-ramai beronani mental, sambil bertanya – mengapa Abdullah Ahmad kini begitu nekad?
Jawapannya mudah. Belum lagi segala aset negara ini terjual habis, Abdullah Ahmad sudah mengikut telunjuk Singapura dengan lurusnya. Sudah mengaminkan segala formula kejayaan Singapura.
Khususnya formula kejayaan Lee Kuan Yew memastikan dinastinya kekal mencengkam Singapura. Memastikan Dinasti Lee Kuan Yew itu kebal dari sebarang serangan politik.
Di Singapura semua media dikawal oleh hanya dua badan korporat: Singapore Press Holdings (SPH), dan MediaCorp.
SPH mengawal semua media cetak -- 15 suratkhabar dan 6 penerbitan berkala. Manakala semua penyiaran telivisyen dan radio dikawal oleh MediaCorp.
Sebagaimana Singapura, begitulah mahunya Ahmad Abdullah & Menantu Sdn Bhd. Dia mahu kawal otak rakyat. Mahu corakan arah dan tahap rakyat berfikir. Mahu keupayaan mewarnai dan menjinakkan minda rakyat. Yang mana jika itu semua terlaksana, dia peduli apa dengan pembangkang dan tentangan politik. Keputusan PRU 12 sudah dalam tangan. Kerana blog terbesar (yakni media
Kemenangan PRU 12 hanyalah satu objektif jangka pendek. Semata-mata satu “wajib mendatang.” Firasat saya tentang percaturan media ini ialah – succession planning – rancangan penggantian. Matlamat akhir ialah untuk membolehkan Khairy Jamaluddin menantu tersayang menjadi perdana menteri. Kerana itu Abdullah Ahmad terpaksa bertindak nekad, sekarang.
Pengawalan minda rakyat Singapura melalui media yang dikongkong secukup rasa telah membolehkan Lee Kuan Yew menyaksikan anaknya Lee Hsien Loong menjadi perdana menteri Singapura.
Ya, memang, semasa proses dan sementara menunggu anaknya matang, Lee Kuan Yew telah meletakkan seekor “kuda kayu” – Goh Chok Tong – untuk memanaskan kerusi perdana menteri buat seketika, tetapi itu semua pun berlaku dalam keadaan terkawal. Kerana semuanya siang-siang lagi sudah terkawal, terutama bila media
Jika model Dinasti Lee Kuan Yew boleh berjaya di Singapura, mengapa tidak di
Kendati, Najib yang sedang meniti buih dan jemaah penyokongnya (yang tinggal tidak berapa kerat lagi tu) tidak seharusnya menarik nafas lega! Kerana saya tidak jangka Abdullah dan menantunya memerlukan seekor boneka seperti Goh Chok Tong. Lantaran Najib tidak akan merasa peranan Goh Chok Tong.
No comments:
Post a Comment