Monday, December 04, 2006

Mengundang Bala Ekonomi? Tiada Beza “Kerat 18” Dengan Asset Stripping


Alkisah maka di amati spin – putaran cerita – semakin ligat.

Bermula dengan pengumuman oleh CIMB bahawa Synergy Drive Sdn Bhd, sebuah “syarikat segera” bercadang mengambilalih dan menggabungkan tiga syarikat perladangan gergasi -- Sime Darby, Kumpulan Guthrie dan Golden Hope Bhd -- milek Melayu melalui PNB; bawa kepada terpingganya ketua eksekutif PNB bila ditanya tentang cadangan tersebut.

Kemudian sebagai “ajinomoto” menyedapkan cerita, ditabur pula sejemput sabda oleh Imam Besar Hadhari Abdullah A. Badawi tentang penggabungan itu:

‘‘Langkah meluaskan kapasiti melalui usaha penggabungan sentiasa menjadi dasar kerajaan.”

‘‘Penggabungan itu yang bernilai RM31.4 bilion sudah dihalusi dengan mendalam sebelum keputusan untuk bergabung itu dibuat.’’

Terbaru telah dilapurkan oleh salah satu cabang dari lidah rasmi UMNO (Business Times), bahawa “Synergy Drive” itu ialah kata kod bagi “Sime Darby.” Kias berita tersebut, Sime Darby lah sebenarnya di belakang cadangan tersebut dan Sime Darby juga yang akan memancu entiti “mega-gergasi” yang bakal diwujudkan. Dah pulak.

Ya, saya akui, seperti juga dengan pembaca, saya pun dah naik kabur dengan cerita penggabungan ini. Apapun, supaya kita tidak hilang pandangan, ayuh kita sama-sama fokus kepada beberapa ciri penting cerita ini.

  • Cerita bahawa Synergy Drive itu adalah kata kod bagi Sime Darby adalah bohong, semata-mata satu after thought.

Mengapa saya berani tuduh demikian?

Kerana Abdullah A. Badawi sudah nyata berbohong. Abdullah kata kerajaan “sudah halusi dengan mendalam” sebelum membuat keputusan. Kalau benar begitu – mengapa Sime Darby dan PNB memberi reaksi seolah-olah tidak tahu menahu akan perkara ini? Walhal Tan Sri Ahmad Sarji adalah serentak pengurusi Sime Darby dan PNB!

(Tak kan lah Ahmad Sarji itu sebegitu "kabur," sama kelas, sama standard, dengan para pembesar PAS yang dilantik jadi pengurusi atau ahli lembaga pengarah anak-anak syarikat SEDC Kelantan. Syarikat hutang berbukit, pengarah asyik dok pusing dunia, konon-konon lawatan sambil "belajar" dan mencari pelaburan. Semuanya syarikat tanggung).

Dah nampak jalan cerita? (Heh heh). Maka itu izin saya bertanya Perdana Menteri – “siapa” sebenarnya yang dikatakan “menghalusi” cadangan tersebut?

Berbalik kepada spin terbaru dari Business Times, entiti korporat yang bakal wujud ekoran penggabungan ini akan mengambil sifat berikut.

Pembaca adalah digalakkan merenung sepuas-puasnya carta di atas, dan lepas itu sila beritahu diri sendiri dan sanak saudara, di mana letaknya pengkhusuan kepada sektor perladangan, seperti yang diwarwarkan sekian ini?

Kemudian berilah jelingan makrifat kepada carta di bawah, iaitu struktur perniagaan Sime Darby yang ada kini. Bandingkan tajuk-tajuk besar perniagaan Sime Darby dengan tajuk besar cadangan bisnes Synergy Drive.

Sudah?

Apa beza struktur bisnes Synergy Drive yang bakal wujud dengan struktur Sime Darby yang ada kini? Tidak banyak perbezaan kan! Cuma di bawah regim Synergy Drive ada semua syarikat ladang lain yang sebelum ini adalah entiti-entiti yang merdeka.

Jika benar Abdullah A. Badawi dan penasihatnya itu jujur dalam perkara ini mengapa tidak hanya ambil alih ladang-ladang Sime Darby? Lagi pun hasil aktiviti perladangannya bukanlah penyumbang terbesar kepada keuntungan kumpulan itu.

Keuntungan operasi ladang kini hanya menyumbang 14% kepada keuntungan keseluruhan Sime Darby. Maksudnya Sime Darby sebenarnya bukanlah secara ketat boleh ditakrifkan sebagai sebuah syarikat perladangan. Ia sebenarnya lebih menjurus kepada syarikat motor dan kejuruteraan berat.

Lantaran bertanya saya sekali lagi. Mengapa perlu bersusah payah mencipta satu dogeng, kalau niat sebenar ialah untuk melakukan satu coup de grace ke atas aset Melayu?

Jika berhajatkan asset stripping sekali pun, berpada-pada lah. Ambil bahagian perladangan cukuplah. Yang perniagaan lain-lain sektor tu kekalkanlah dengan Sime Darby dan biarkanlah ia terus wujud sebagai satu entiti yang bebas seperti selama sejarahnya. Yang nak dilipat dan lapah habis tu buat apa?

Sehubungan ini saya ingin mengajak pembaca menjeling ke sejarah Thailand dalam tempuh enam bulan ke belakang. Thaksin, perdana menteri Thailand dulu hanya menjual syarikat milek keluarga dia sendiri, yang kebetulannya ialah syarikat telekom terbesar Thailand, kepada Temasek Holding. Terus itu menjadi punca coup de tat yang menggulingkannya.


Nota: Komentar ini adalah sambungan kepada komentar terdahulu, “Mengundang Bala Ekonomi? Alif-Ba-Ta Permainan Percantuman & Pengambilalihan.”

1 comment:

Anonymous said...

"Kalau benar begitu – mengapa Sime Darby dan PNB memberi reaksi seolah-olah tidak tahu menahu akan perkara ini? Walhal Tan Sri Ahmad Sarji adalah serentak pengurusi Sime Darby dan PNB!"

nak komen sikit boleh....kan ?

salah satu peraturan tentang penggabungan oleh Securities Commision ialah... kalau PNB disahkan related to Synergy Drive, PNB tak boleh mengundi untuk menggabungkan 3 entiti tuu..pabila majority shareholder takleh mengundi.... minority pulak boleh dictate macam2.. penggabungan akan sangat payah berlaku.

so synergy drive kena independent atau become outsider.

so dapatlah lihat lakonan demi lakonan yang kononnya PNB cam tak der kena mengena ngan synergy drive.