Thursday, December 07, 2006

The Last Temptation of Abdullah Ahmad: Godaan Terakhir Imam Besar Hadhari

Seumpama pantasnya berlalu tengkujuh semusim, Imam Besar Hadhari sempat juga menyentuh daging mentah yang terdedah. Ya, mungkin boleh dijustifikasikan sebagai sentuhan keakraban. “Sentuhan” mesra seorang ayah buat seorang anak. Sentuhan bangsawan, seorang Datuk Seri akan seorang Datuk. Sentuhan saling berbalas.

Tetapi itulah poin moral yang PAS Kelantan perjuangkan bila menwajibkan penutupan aurat wanita. Sebab Allah, Muhammad dan ramai manusia yang masih mukmin pun tahu – bahawa kalau sudah dinamakan jantan tu, tak banyak, sikit pun jadilah.

Ada peluang, mesti “ngap.” Sentuh tetap sentuh.

Masalah kita Muslim “orthodok” dengan babi dan anjing ialah bila kita “ter” atau “ber” sentuhan kulit, syariat memperuntukan kaedah “samak” sebagai jalan pembersihan dari najis.

Walau bagaimana, saya masih belum jumpa kaedah pembersihan selepas bersentuhan kulit lelaki perempuan yang bukan muhrim. Hukumnya saya tahu, batal wudhu, sama seperti bila tersentuh anjing, babi atau lain-lain najis berat. Yang mana bersentuhan yang sengaja itu haram.

Bagi pembaca yang arif bab-bab taharoh, penyucian, sila beritahu saya yang jahil ini akan kaedahnya.

Apa kata pembaca jikalau tak kala terserempak, langsung saya “sendeh” mesra Maya Karin, atau meraba pinggul Ziana Zain sebagai tanda hormat saya? Penganut Hadhari tentu akan kata orait, kan?


Nota: Saya berterima kasih kepada forumers di Forum Gerak Reformasi, khususnya saudara(i) dari alamat IP 219.95.57.118, dan IP 61.6.39.139 kerana telah mengenengahkan insiden ini.

4 comments:

Anonymous said...

Menarik...

Perasan tak jarak antara Pak Lah dan Datuk Michell Yeoh...Nampaknya seakan beliau merapatkan dia punya "ehem"...kuikuikui...

Long Man said...

bedollah ni dah tak waras agaknya. maklum la. balu kematian bini. tak de tempat nak senggol ahemnya. buat malu aje. aku rasa kuat senggolan dia tu. sbb kalau tak kuat dia tak rasa. almaklujm diakan pakai pampers.

buat sajak pasal cari imam shafie, ghazali etc.. dia tak jumpa agaknya. yg pi cari imam shafie, ghazali etc tu buat apa? mmg tak kan jumpa. tapi ajaran imam2 tsebut tak kan hilang ditelan zaman. u better be careful minister.

tak tau nak cakap apa lagi.. cuma aku rasa bodooolaa...

Anonymous said...

alar,,tu die punye pasal ar..kita sambil mengingati dah ar... x payah nak kutuk, dosa korang gak dapat.. tak gitu?

Anonymous said...

mungkin tak terasan kot....
lagipun mata dia pandang kelain....
tersilap....
saya tak brani nak tuduh...